Sunday, December 9, 2012

~ Hanya Mengingatkan..kerana Sayang ~

Salam Sumer...
 
Panjang pulak tajuk tu..tapi tak tau apa tajuk yang tepat nak aku letakkan untuk entri kali ini..
 
Cerita yang nak aku tulis ni daripada perkongsian ibu aku sendiri, yang aku rasakan sesuai untuk aku mengingatkan sesiapa yang sudi menjengah or terjengah belog kecil aku ni.  Seperti biasa, untuk saling mengingatkan, supaya ada pelajaran setiap kali orang membaca belog aku..bukan sekadar 'omong kosong'..itu jugak la sebabnya, (lama tak menulis) adalah lebih baik aku diam daripada 'bercakap'..itu yang selalu aku sematkan dalam diri kerdil pinjaman Allah ni.
 
Terus..(bunyi cam indon pulak) Sekarang kan musim cuti sekolah kan-kan-kan..ramai tak parents yang hantar anak-anak balik ke kampung? atau memang ada anak-anak sendiri yang dok jerit-jerit tarik ujung baju ibu diorang, mintak naaak sangat duduk kampung dengan grandparents diorang?  kalau ada yang memang naaak sangat tinggal di kampung sepanjang cuti sekolah dengan rela hati, tak pela, boleh jugak temankan wan or atuk di kampung, boleh jugak bantu mak ayah kita yang dah tua, buat kerja-kerja rumah sikit-sikit..kaan. Sebab masa aku sekolah rendah dulu pun macam tu jugak, memang request ngan ibu dan arwah ayah nak duduk kampung bila time cuti sekolah. Taaapiii..masa tu aku da besar la kan, da pandai uruskan diri sendiri, tak payah kena mandikan, siapkan pakai baju atau suapkan makan ke mulut. Macam mana pulak anak-anak yang kita hantar balik duduk di kampung sepanjang cuti sekolah, yang anak-anak tu masih kecil, dan masih kena diuruskan makan pakainya?  Ini sekadar peringatan, mungkin ada yang tak perasan..
 
Kesiankanlah mak ayah kita yang dah tua, sebab kena uruskan cucu-cucu pulak. Lainla kalau cucu-cucu da besar, boleh buat sendiri semuanya kan.  Tapi mungkin ada jugak wan atuk yang willing sendiri panggil cucu-cucu balik ke kampung, itu takpela kan.  Personally, tak tau la di masa akan datang, tapi setakat ini, selagi aku boleh uruskan anak-anak kecilku sendiri, manage la macam mana pun..kesiankan ibu aku, da la kecik-kecik besarkan aku dan adik..da tua nak kena jaga cucu pulak, (waima sepanjang cuti sekolah jer..sebulan lebih kowt cuti sekolah..lama jugak tu). Berilah masa untuk ibu aku untuk berehat dan beribadah di usia tuanya. Balik bersama dengan anak-anak di hujung minggu bila ada saja ruang dan peluang, itu lebih bermakna dan menanam sayang buat orang tua kita.  Lagi pun, aku sendiri tak boleh nak berjauhan dengan anak-anak aku lama sangat, sampai sebulan lebih macam tu..huhuhu.. Tak tau la, bila anak-anak ni da besar, nak pulak duduk ngan wan bila cuti sekolah..boleh la dipertimbangkan. Itu pun kalau aku yakin yang kehadiran anak-anak ni, tak menyusahkan ibu aku. Sebaliknya, boleh bantu wan diorang..then, it's fine for me..
 
Apa-apa pun..sekadar peringatan..terpulang kepada individu la kan..peace!
 
Malam ni aku berpeluang berceloteh di belog ni, sebab...Encik suami dan anak-anak lelakiku pergi tengok bola di stadium..aku pulak, tinggal berdua dengan Najihah..daaaan..Najihah sedang lena dalam buaian..bolehla aku jengah belog 'sawang' aku ni..hiks!  Esok Najihah dah masuk 3months!..
 
 
 
 
ok..till next entry~

Monday, November 12, 2012

~ K. I. S. A. H. N. A. J. I. H. A. H. ~

Salam Sumer..
 
Korang da tido ke? Aku tengah ada mood nak berborak kat sini malam ni..da 11.30 da ni, anak daraku Najihah sedang lena tido..hari ni Najihah da masuk 2 bulan..kejap je rasanye..esok kena pergi 2nd injection..huhuhu..syiiian dia!
 
 

~ anak daraku Najihah ~
 
 
Banyak lagi sebenarnye gambar Najihah..tapi dalam phone..phone plak tengah charge..nanti-nanti la yer..stakat ni ada dua keping dalam notebook nie..tu pun masa umur dia sebulan..
 
Malam nie aku nak berkongsi pengalaman manis melahirkan anak ketiga cum kelima aku nie dengan korang, dan jugak untuk aku abadikan dalam belogku ini..huhuhu..sasteranye bahasa!
 
Kenapa ketiga cum kelima? Sebaab..sebelum dapat Najihah, aku pernah kehilangan seorang anak dalam kandungan ,masa tu 8 bulan, kira-kira 6 tahun yang lalu..lepas tu, 2011, aku pregnant lagi, tapi, benih yang aku kandung tak compose jantung, Dr nasihatkan cuci, sebab benih tu dikira tak menjadi.  Mau tak sedih! melalak gak la aku..da menanti punya la lama, alih-alih ada masalah macam tu dan terpaksa cuci..tapi, Alhamdulillah, Allah Maha Besar, lepas je aku cuci, aku terus isi balik..hiks! Dapatlah Najihah..syukur!
 
Sepanjang mengandung, sama jugak pengalaman masa aku mengandungkan Nu'man, Nabhan dan arwah Naufal, takde sebarang masalah..selera makan ok, takde mabuk-mabuk dan takde mengarut yang bukan-bukan lah..cuma dua minggu pertama je aku loya  setiap kali gosok gigi..tapi tak dinafikan memang terasa gak letih mengandung di usia '3 series' nie..da 7 tahun la pulak kan, baru mengandung balik..
 
Dipendekkan citer, setelah aku punya tunggu punya tunggu punya tunggu...saaampaaaila ke tarikh due yang terakhir aku pegi check-up which was 10/9. Hari tu, aku pegi check-up waktu pagi dengan cik suami..haaruss kena seluk!  baru bukak 2cm yer korang!..Dr Yus kata, balik dulu, nanti kalau ada rasa or tanda call dia dan terus ke UMRA (Shah Alam). Aku pun dihantar cik suami balik ke rumah. Pastu, cik suami pegi kerja balik.  Sampai la waktu Asar, sebelum tue adalah jugak rasa kejang-kejang di perut, tapi tak kuat sangat. Satu pulak masalah aku ialah aku ni jenis yang tahan sakit.  Jadi kalau takat rasa-rasa kat perut tue, aku pun da reti monitor ikut jam, so, tak risau sangat la..tak mungkinlah aku terberanak dalam masa tue. Aku pun pegi buang air lepas solat Asar..tengok ada tanda!  Aku pun call Dr Yus..dia pun suruh aku gerak jer, takut nanti tak sempat dari rumah aku di Puchong ni nak ke Shah Alam nun..sebab ikut sejarah bersalin aku yang sebelum-sebelum ni, memang cepat, takde sakit lama-lama sangat. So, malam tu aku pun pegi jela 'serah diri'..sampai jer, agenda rutin..aku diseluk lagi..baru bukak 2.5cm..boleh?!! terus aku diadmittedkan jer...sebab Dr Yus takut kalau-kalau malam tue aku bersalin takut tak sempat.  Cik suami dan anak-anak balik ke Seremban, jemput ibu aku..harusla aku tak boleh nak tido! Aku jalan-jalan la kat wad, turun tengok tv kat tingkat bawah UMRA, macam-macam la aku buat..tapi masih belum jugak rasa sakit kuat, cuma gitu-gitu jer..adoiyai!
 
Esok paginye, Dr Yus datang..rutin! seluk lagi..tak bukak lagi yerrr.. still maintain 2.5cm!  Sudahnya, Dr Yus kata, "Bira, i rasa kita cuba masukkan tablet, pastu, u pegi makan, jalan-jalan dulu, pukul 2 nanti kita tengok macam mana"..masuk la satu tablet ke vagina nak bagi bukak jalan..pengalaman nie bukan kali pertama, sebab masa nak melahirkan arwah Naufal aku da lalui da..lagi pulak, tabletnye besar, pastu, masuk 2 dos sampai 5 kali sehari yeeerrr..barula arwah Naufal selamat keluar dari perut aku ni..so, setakat 1 dos kecik..Alhamdulillah..aku ok! Aku pun keluarla makan kat Giant Shah Alam, tak jauh dari UMRA..takut pulak kang buatnya tetiba nak bersalin, tak sempat pulak kang..so, tak berani nak jalan jauh dari UMRA.  Aku lunch Nasi Ayam..jalan-jalan dalam Giant sampaila pukul 12 lebih..tak jugak ada rasa!  Balik jer daripada lunch tu, aku pun diseluk lagi untuk kesekian kalinyer..daaan hasilnya ialah 3cm sahaja!  Allah hu Akbar!
 
Sudahnyer, aku dibawak masuk labour room..sampai jer kat situ, aku dimasukkan ubat berak, dan masuk lah induice (betul ke aku eja tue)..nak tolong aku bagi rasa cepat nak bersalin. Setelah sejam, masih tak bukak jalan. Aku diseluk lagi..huhuhu..tak berganjak, tetap 3cm yer korang!  Nak dipecahkan air ketuban pulak, so that, aku cepat rasa sakit nak bersalin..sekali, Dr rasa-rasa, air ketuban aku da kering! Aku pun pelik ntah mana dan masa bila air ketuban aku keluar..Suhu badan aku pulak tetiba naik, aku demam! Makan panadol untuk turunkan suhu..saat tu jugak, heartbeat Najihah, turun naik, turun naik, turun dan hilang sekejap! Ya Allah! berderau darah aku kejap! Janganlah aku kehilangan anak ini..dalam hati da macam-macam ayat aku baca..Aku kena pakai oksigen, untuk tolong dapatkan heartbeat normal Najihah balik..Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar!  So, Dr Yus tak nak ambil risiko untuk tunggu lagi..kenalah caesar jugak! Tunggu pulak dekat sejam untuk panggil Dr bius dan jugak set up OT room..Dipendekkan citer, tepat jam 5.16 petang, 11 September, selamat la Karmila Najihah keluar setelah 40 minggu duduk dalam perut aku ni..Syukur, Tq Allah..aku redho dengan kenangan pengalaman ini..sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku..
 
 
 
Akhirnyer, penantian 7 tahunku menjadi kenyataan..setiap anak lain kan..baik dari cara melahirkan sampailah perangai anak tu sendiri..Ibu sayang Najihah tau!  Berat Najihah masa lahir 3.1kg..besar jugakla untuk baby girl..tapi takpe, asalkan sihat..
 
Semoga Najihah diberikan kesihatan yang baik, solehah dan diberikan segala kebaikan di dunia dan di akhirat..amin ya Rabb!  Ok..sampai sini dulu..nanti aku berciter lagi yer..
Good nite!
 
~ till next entry ~


Tuesday, November 6, 2012

~ R. I. N. D. U ~

Salam Sumer...
 
Rindu nak berceloteh kat sini..hari ni aku gagahkan jugak diri, sementara si anak dara tido lena dalam buaian..
 
Dalam cuti berpantang dua bulan ni, aku yang konon-kononnya nak survey-survey tentang impian Brilliantbee ku tak kesampaian..huhuhu..sudahnya, da nak masuk keje balik da..sibuk melayan Najihah..
 
Aku patutnya masuk keje balik 12hb, which is, minggu depan..taapiii..esok aku akan apply cuti untuk minggu tue..kui-kui-kui..yerla, selang-seli cutinya tue..baik seminggukan jer..so, 19hb nanti baru aku masuk opis! yeeeaaayyy! lagi pun cuti sekolah da bermula! ( ayat macam iklan tv plak )..
 
Walaupun ntahapapantah aku da lepaskan rindu sikit..okeh la tue kan..

~ till next entry ~

Wednesday, September 26, 2012

~ My Sept Eleven ~

Salam Sumer..
 
Ya Ammmpuuuunn...berbulan-bulan aku tak menjengah ke belogku ini..faktor biasa la, penyakit "M" melanda diri, ketandusan idea pun yer jugak..huhuhu.. tengok orang yang 'membelog tegar', semuanya dah beratus-ratus entri sepanjang tahun...aku?? segan lah, korang tengok la sendiri..
 
Masa aku 'terrajin' hari ni, lokasi aku berada di rumah..sebab?? Alhamdulillah..aku sedang berpantang, selepas menyambut kelahiran anak daraku yang sulung ( skrip cik suamiku terchenta ) yang diberi nama Karmila Najihah..




Alhamdulillah..setelah 40 minggu ( ini kali pertama aku mengandung sampai 40 minggu yeerrrr ) dan melalui macam-macam pengalaman dan kenangan manis melahirkan Najihah, selamat akhirnya walaupun secara Caesarean.
 
Apa-apa pun, rasa seronok dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami..tambah pulak, dah lama takde baby..7 tahun ibu menanti Karmila Najihah..Alhamdulillah, syukur kepada Allah!
 
InsyaAllah, di entri seterusnya aku ceritakan kenangan manis sewaktu melahirkan Karmila Najihah pada 11/9/12 bersamaan 24 Syawal, jam 5:16 ptg.
 
~ till next entry ~
 

Friday, May 11, 2012

~ Awatlaa M.A.L.A.S sangaat!! ~

Salam Sumer..

Walaupun ntah baper hoghang jer yang konon-konon mengintai di tabir tirai kamar ke belog haku nie, ampuuun ya! kerna aku kini dilanda penyakitnya MALAS!

Hidup aku Alhamdulillah..berjalan seperti biasa.  Rutin harian tetap dijalankan, pagi lepas hantar (kira hantarla tu, waima cik suami drive sampai opis dia, lepas tu, pas batten ke aku), hantar anak-anak ke sekolah, masuk opis, tengahari pergi jemput anak-anak, hantar pergi nursery, balik semula ke opis, last sekali, jam 4.45 petang, aku balik amek anak-anak, jemput cik suami..haaaah...SUPIRWOMEN la katakan..

Hari Ahad ni, hari ibu kan-kan-kan?  Apa plan korang?  Aku tak tau lagi..cuma hari ni, kesah yang meruntun kalbu sikit buat anakku Nabhan..yang melalak, sebab da beriya-iya buat kad untuk aku, tapi da hilang. Siap aku patah balik ke sekolah, namun hampa..tak pela nak, ibu ok. 

Oklah, aku masih lagi rasa yang aku ketandusan idea buat masa ini..daripada aku merapu, merapik, meraban, baikla aku berhenti dulu..daaa


~ till next entry ~

Thursday, March 29, 2012

~Bertenang tapi..B.O.S.A.N~

Waktu di pc aku baru jam 10.53 pagi...bosan laaa weeeiii!! mengantuk pun ada..tapi bertenang sebab bos aku cuti arini dan esok..fuuuh..lega!

Aku dah mula bosan jadi secretary cabuk nie wei!..Ya Allah..kuatkanlah azam dan semangatku untuk berusaha kerja sendiri.  Tak nak stuck kat sini jadi secretary sampai tuo..lotih! uhuk-uhuk-uhuk!

Okeh lah, nanti bila aku da ok sket..kita citer lain yer..

~ till next entry ~


Wednesday, March 28, 2012

~ T. A. B. A. H ~


Aku tersentuh membaca kesah suami ni...

Mintak maaf kepada kaum Adam...statement aku ialah :  1 dalam beribu-ribu lemon..susah nak jumpa suami yang sanggup berkorban macam ni..

'speechless'...

~ Persediaan semasa mengandung ~

Salam Sumer...


~tq mr. scanner~

Selalu bila mengandung je, kita akan lebih buat persediaan bersalin, selepas melahirkan ataupun lebih tepat, masa ibu-ibu nak berpantang.  Tapi jarang-jarang kita concern tentang amalan atau persediaan ibu semasa mengandung, yang mana ini lebih penting.  Buku ni aku beli sejak mengandung sulong lagi ~ Nu'man ~ Alhamdulillah, sampailah kali yang kelima ni, masih aku jadikan panduan.  Maklumlah, manusia kan mudah lupa!  

Buku ni pun lengkap dari mula merancang kehamilan saaaampaaailaaah melahirkan, siap panduan menamakan anak lagi.  Antara yang boleh aku kongsikan amalan semasa mengandung secara ringkas :

  1. Banyak Bertaubat
  2. Menutup Aurat
  3. Membaca Al-quran - janganlah ambil sebahagian-sebahagian surah sahaja, lebih cantik kalau dapat kita baca hingga selesai semua juzu' sehingga sampai waktu untuk melahirkan. Inikan 'manual' dari Allah kepada kita!
  4. Selalu berdoa agar anak dalam kandungan dipelihara
  5. Jaga pertuturan dan tingkah laku, emosi ibu mempengaruhi tumbesaran anak dalam kandungan.

Persediaan lain, sebagai ibu dan bapa banyakkanlah membaca artikel/buku/majalah keibubapaan, kerana setiap anak berbeza cara 'approach'nya.  Kepada bakal ibu bapa, carilah buku-buku yang boleh kita manfaatkan sepanjang tempoh mengandung sehinggalah tiba waktu melahirkan.

Berdoa ini terpulang mengikut kehendak kita, Allah sentiasa Mendengar permintaan hamba-Nya.  Sekadar perkongsian yang aku ambil dari buku ni bunyinya:

'Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit'.

'Ya Allah, rupakanlah, bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupay yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu'.

'Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.  Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna akal dan pandai, soleh solehah dan beramal.  Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam'.

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membaca blog aku ni..Amin ya Rabb!

~till next entry~

Thursday, March 22, 2012

~ Oh anak! ~

Salam Sumer...

Dalam bulan ni, bila baca paper jer, citer yang hangat, pasal anak-anak yang kena culik, ada yang kena bunuh dan yang PALING tak boleh terima..buat-buat kena culik! grrrrrr!

Ada ke patut, dibuat main-main perkara macam ni!  Mak Ayah risau melalak-lalak, adik-beradik sedih, dia boleh pulak buat drama culik..kena culik betul-betul baru tau!

Inilah pentingnya KOMUNIKASI antara ibu ayah dan anak-anak.  Kalau kita tak bercakap atau bertanya dengan anak-anak, dan kita dok YAKIN yang anak-anak kita tidak memendam perasaan, tak de masalah apa-apa, lama-lama, macam nilah jadinya.  Berbual-buallah dengan anak-anak kita, salah satu cara kita mendidik anak-anak bukan sekadar pandai bercakap, tapi, untuk kita sebagai parents, lebih kenal personaliti anak, lepas tu, beri peluang untuk dia 'bercakap' meluahkan emosi dia, apa yang dia rasa, pendapat dia..itu yang kita pentingkan.  Ibu ayah kena banyak mendengar, dan beri ruang supaya pemikiran dan ideologi yang kreatif boleh dicerna oleh minda anak-anak kita.  Tak lah nanti anak-anak kita jadi 'katak bawah tempurung' waima sekarang memang dah takde katak yang duduk bawah tempurung, sebab tempurung pun orang dah buat beniaga, convert jadi senduk ker atau barang-barang perhiasan atau jadi bahan bakar..ssssuuudaaahh! aku tersasar dan terbawa-bawa dengan konsep katak pulak..sorri..

Jangan ingat anak-anak sentiasa selesa, suka dengan kita, atau suasana rumah, atau mungkin dia ada masalah dengan kawan-kawan kat sekolah..kita kena tanya..bila anak-anak da biasa berkongsi cerita dengan kita, ini akan ajar dia lebih berterus-terang, tak sembunyikan apa-apa dari kita dan InsyaAllah, tak pandai nak menipu.
Kan bagus macam tu?  So, jadilah sahabat dan pendengar setia kepada anak-anak kita...jangan terlewat untuk kenal anak-anak kita yer..

~ till next entry ~


Saturday, March 10, 2012

~Happy Weekend~

Salam Sumer....


~heroku~

Korang tengah buat apa?  Bestnye la cuti kan-kan-kan?  Minggu depan da mula cuti sekolah..jom jalan-jalan!  Kat rumah aku hari ni ada kenduri kahwin.  Jiran sebelah rumah ni, buat kenduri kahwin adik dia kat sini.  So, tak ke mana la kami hari ni..malam nanti ada satu lagi jemputan di Putrajaya.  Kitorang punya jadual kenduri kahwin dari bulan lepas membawak ke akhir minggu cuti sekolah adalah full!! dengan makan nasi minyak yerrrr!!  Alhamdulillah..nanti tahun depan mesti masuk topik pregnancy pulak kan..huhuhu..standardla tu.  Bermulalah episod sebagai ibu dan ayah..mencabar tau!

Bukan setakat mencabar, banyak yang boleh diambil pelajaran sepanjang pengalaman cum peristiwa yang kita lalui..putaran hidup namanya kan? sambil tu, terus belajar, belajar dan belajar menjadi ibu ayah yang baik, mengikut era terkini, zaman ini..

Anak-anak zaman sekarang, memang jauh beza dengan zaman kita dulu-dulu..cara approach pun lebih toleransi, kena banyak beri peluang anak-anak bercakap dan kita juga kena banyak mendengar supaya tak menyekat idealogi dan kreativiti anak-anak.   Cuma, kita kena juga monitor batas-batas mana yang perlu.  Kenal apa kecenderungan anak-anak kita dan gilap keupayaan minat mereka tu supaya mereka excel, akhirnya mencapai kejayaan dalam hidup dan membantu merahmati alam dengan skill mereka tu..InsyaAllah!

Oklah, sekadar renungan untuk kita semua..sebelum aku mengaruk menda yang tidak bermanfaat, baik stop sini dulu yer..daaaa!

~till next entry~


Thursday, March 1, 2012

~Allah Maha Besar~

Salam Sumer..

Alhamdulillah..hari ni aku diberi kerajinan untuk berceloteh di blog yang lama aku diamkan..

Alhamdulillah..aku yang dilanda 'penyakit Malas' atas sebab aku sudah 3 bulan mengandung!! yeaayy!!

Ya Allah, mohon kuatkan anak ini sehingga selamat aku lahirkan, dan aku besarkan sama seperti abang-abangnya..berilah kesihatan yang baik, akhlak yang baik, segala kebaikan dunia dan akhirat untuk anak ini.
Supaya anak ini berjaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..amin ya Rabb!

Dalam pada aku mengubati hati dengan pengalaman gembira (untuk kali ke-5 pregnant), tapi harus juga dengan ujian lain..apa dia kan-kan-kan?  

BJA 6116 - tunggangan mencari rezki kami sekeluarga merangkap kereta..ROSAK LAGI!! untuk yang ntah keberapa kali dari tahun lepas membawa ke tahun ini..Sabaaar Hasbira Hasbullah!..mujurla ada sahabat yang bermurah hati bagi pinjam keta.  Dah masuk hari ketiga kami pinjam.  Kalau tak, macam manalah aku nak hantar anak-anak ke sekolah..Alhamdulillah..ada yang sudi membantu..harap-harap cepatlah sembuh sakitnya tu yer..

Oklah, lepas ni, boleh la aku meneruskan entri-entri tips konsep ibu mengandung dan anak-anak yang pernah aku buat sebelum ni..harap korang tak bosan layan blog aku yer..

~till next entry~

Monday, February 6, 2012

~ di landa penyakit MALAS~

Salam Sumer....

Lama aku tak berborak-borak ngan korang sumer kat sini..(mcm la ramai yang follow..huhuhu)..

Aku dilanda penyakit malas laaaa, sampaikan entri review aku pun tergantung..ngeeee...

Meh aku summarykan supaya boleh abiskan entri yang tergantung ni..

~September 2011~

Nabhan perform dengan RAIHAN di Pesta Buku, PWTC.





~Disember 2011~
Pastu, Nabhan jadi wakil Coloring Contest for Genius Aulad..so, finalnya buat di Pavillion, KL.  Kalau tak kerana Nabhan masuk ni, tak pernah sampai aku kat sini.  Sesak ngan orang!
Alhamdulillah, Nabhan menang tempat ketiga..yeayy!















 
Cuti Sekolah ke Lost World of Tambun, Ipoh, Perak.













Rasanya..cukup-cukuplah sampai sini jer aku abiskan entri tajuk ni..dah! pasni, boleh cerita lain pulak..

~till next entry~

Thursday, January 5, 2012

M.Y 2011 R.E.V.I.E.W - part 2

Salam Sumer...

Jom sambung terus yeh, sebelum aku terlupa flownya..kalau Januari 2011 aku ke Kuala Gandah, bulan Mac 2011, kami bawa anak-anak ke Cameron Highlands.  Kitorang pergi sekali dengan family adik ipar aku dan tinggal di Strawberry Park.  Oleh kerana gunapakai kemudahan penginapan ofis aku, so, kitorang tinggal di sana 3hari 2malam dengan bayaran RM20/malam..ngee..bahagia!

Pendek citer, semua orang enjoy bercuti sama-sama kat sana..tempat-tempat wajib yang pasti semua orang akan pergi bila ke Cameron Highlands tentunya ladang teh dan ladang strawberi..ni aku letakkan gambar-gambar yeh..






~ pluck our own strawberries ~

~gamba gediks satu!~





Oleh kerana masalah berukband yang slow sangat-sangat nie, sampai sini dulu lah entri kali ni..continue to part 3..

~till next entry~