Thursday, March 29, 2012

~Bertenang tapi..B.O.S.A.N~

Waktu di pc aku baru jam 10.53 pagi...bosan laaa weeeiii!! mengantuk pun ada..tapi bertenang sebab bos aku cuti arini dan esok..fuuuh..lega!

Aku dah mula bosan jadi secretary cabuk nie wei!..Ya Allah..kuatkanlah azam dan semangatku untuk berusaha kerja sendiri.  Tak nak stuck kat sini jadi secretary sampai tuo..lotih! uhuk-uhuk-uhuk!

Okeh lah, nanti bila aku da ok sket..kita citer lain yer..

~ till next entry ~


Wednesday, March 28, 2012

~ T. A. B. A. H ~


Aku tersentuh membaca kesah suami ni...

Mintak maaf kepada kaum Adam...statement aku ialah :  1 dalam beribu-ribu lemon..susah nak jumpa suami yang sanggup berkorban macam ni..

'speechless'...

~ Persediaan semasa mengandung ~

Salam Sumer...


~tq mr. scanner~

Selalu bila mengandung je, kita akan lebih buat persediaan bersalin, selepas melahirkan ataupun lebih tepat, masa ibu-ibu nak berpantang.  Tapi jarang-jarang kita concern tentang amalan atau persediaan ibu semasa mengandung, yang mana ini lebih penting.  Buku ni aku beli sejak mengandung sulong lagi ~ Nu'man ~ Alhamdulillah, sampailah kali yang kelima ni, masih aku jadikan panduan.  Maklumlah, manusia kan mudah lupa!  

Buku ni pun lengkap dari mula merancang kehamilan saaaampaaailaaah melahirkan, siap panduan menamakan anak lagi.  Antara yang boleh aku kongsikan amalan semasa mengandung secara ringkas :

  1. Banyak Bertaubat
  2. Menutup Aurat
  3. Membaca Al-quran - janganlah ambil sebahagian-sebahagian surah sahaja, lebih cantik kalau dapat kita baca hingga selesai semua juzu' sehingga sampai waktu untuk melahirkan. Inikan 'manual' dari Allah kepada kita!
  4. Selalu berdoa agar anak dalam kandungan dipelihara
  5. Jaga pertuturan dan tingkah laku, emosi ibu mempengaruhi tumbesaran anak dalam kandungan.

Persediaan lain, sebagai ibu dan bapa banyakkanlah membaca artikel/buku/majalah keibubapaan, kerana setiap anak berbeza cara 'approach'nya.  Kepada bakal ibu bapa, carilah buku-buku yang boleh kita manfaatkan sepanjang tempoh mengandung sehinggalah tiba waktu melahirkan.

Berdoa ini terpulang mengikut kehendak kita, Allah sentiasa Mendengar permintaan hamba-Nya.  Sekadar perkongsian yang aku ambil dari buku ni bunyinya:

'Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit'.

'Ya Allah, rupakanlah, bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupay yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu'.

'Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.  Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna akal dan pandai, soleh solehah dan beramal.  Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam'.

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membaca blog aku ni..Amin ya Rabb!

~till next entry~

Thursday, March 22, 2012

~ Oh anak! ~

Salam Sumer...

Dalam bulan ni, bila baca paper jer, citer yang hangat, pasal anak-anak yang kena culik, ada yang kena bunuh dan yang PALING tak boleh terima..buat-buat kena culik! grrrrrr!

Ada ke patut, dibuat main-main perkara macam ni!  Mak Ayah risau melalak-lalak, adik-beradik sedih, dia boleh pulak buat drama culik..kena culik betul-betul baru tau!

Inilah pentingnya KOMUNIKASI antara ibu ayah dan anak-anak.  Kalau kita tak bercakap atau bertanya dengan anak-anak, dan kita dok YAKIN yang anak-anak kita tidak memendam perasaan, tak de masalah apa-apa, lama-lama, macam nilah jadinya.  Berbual-buallah dengan anak-anak kita, salah satu cara kita mendidik anak-anak bukan sekadar pandai bercakap, tapi, untuk kita sebagai parents, lebih kenal personaliti anak, lepas tu, beri peluang untuk dia 'bercakap' meluahkan emosi dia, apa yang dia rasa, pendapat dia..itu yang kita pentingkan.  Ibu ayah kena banyak mendengar, dan beri ruang supaya pemikiran dan ideologi yang kreatif boleh dicerna oleh minda anak-anak kita.  Tak lah nanti anak-anak kita jadi 'katak bawah tempurung' waima sekarang memang dah takde katak yang duduk bawah tempurung, sebab tempurung pun orang dah buat beniaga, convert jadi senduk ker atau barang-barang perhiasan atau jadi bahan bakar..ssssuuudaaahh! aku tersasar dan terbawa-bawa dengan konsep katak pulak..sorri..

Jangan ingat anak-anak sentiasa selesa, suka dengan kita, atau suasana rumah, atau mungkin dia ada masalah dengan kawan-kawan kat sekolah..kita kena tanya..bila anak-anak da biasa berkongsi cerita dengan kita, ini akan ajar dia lebih berterus-terang, tak sembunyikan apa-apa dari kita dan InsyaAllah, tak pandai nak menipu.
Kan bagus macam tu?  So, jadilah sahabat dan pendengar setia kepada anak-anak kita...jangan terlewat untuk kenal anak-anak kita yer..

~ till next entry ~


Saturday, March 10, 2012

~Happy Weekend~

Salam Sumer....


~heroku~

Korang tengah buat apa?  Bestnye la cuti kan-kan-kan?  Minggu depan da mula cuti sekolah..jom jalan-jalan!  Kat rumah aku hari ni ada kenduri kahwin.  Jiran sebelah rumah ni, buat kenduri kahwin adik dia kat sini.  So, tak ke mana la kami hari ni..malam nanti ada satu lagi jemputan di Putrajaya.  Kitorang punya jadual kenduri kahwin dari bulan lepas membawak ke akhir minggu cuti sekolah adalah full!! dengan makan nasi minyak yerrrr!!  Alhamdulillah..nanti tahun depan mesti masuk topik pregnancy pulak kan..huhuhu..standardla tu.  Bermulalah episod sebagai ibu dan ayah..mencabar tau!

Bukan setakat mencabar, banyak yang boleh diambil pelajaran sepanjang pengalaman cum peristiwa yang kita lalui..putaran hidup namanya kan? sambil tu, terus belajar, belajar dan belajar menjadi ibu ayah yang baik, mengikut era terkini, zaman ini..

Anak-anak zaman sekarang, memang jauh beza dengan zaman kita dulu-dulu..cara approach pun lebih toleransi, kena banyak beri peluang anak-anak bercakap dan kita juga kena banyak mendengar supaya tak menyekat idealogi dan kreativiti anak-anak.   Cuma, kita kena juga monitor batas-batas mana yang perlu.  Kenal apa kecenderungan anak-anak kita dan gilap keupayaan minat mereka tu supaya mereka excel, akhirnya mencapai kejayaan dalam hidup dan membantu merahmati alam dengan skill mereka tu..InsyaAllah!

Oklah, sekadar renungan untuk kita semua..sebelum aku mengaruk menda yang tidak bermanfaat, baik stop sini dulu yer..daaaa!

~till next entry~


Thursday, March 1, 2012

~Allah Maha Besar~

Salam Sumer..

Alhamdulillah..hari ni aku diberi kerajinan untuk berceloteh di blog yang lama aku diamkan..

Alhamdulillah..aku yang dilanda 'penyakit Malas' atas sebab aku sudah 3 bulan mengandung!! yeaayy!!

Ya Allah, mohon kuatkan anak ini sehingga selamat aku lahirkan, dan aku besarkan sama seperti abang-abangnya..berilah kesihatan yang baik, akhlak yang baik, segala kebaikan dunia dan akhirat untuk anak ini.
Supaya anak ini berjaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..amin ya Rabb!

Dalam pada aku mengubati hati dengan pengalaman gembira (untuk kali ke-5 pregnant), tapi harus juga dengan ujian lain..apa dia kan-kan-kan?  

BJA 6116 - tunggangan mencari rezki kami sekeluarga merangkap kereta..ROSAK LAGI!! untuk yang ntah keberapa kali dari tahun lepas membawa ke tahun ini..Sabaaar Hasbira Hasbullah!..mujurla ada sahabat yang bermurah hati bagi pinjam keta.  Dah masuk hari ketiga kami pinjam.  Kalau tak, macam manalah aku nak hantar anak-anak ke sekolah..Alhamdulillah..ada yang sudi membantu..harap-harap cepatlah sembuh sakitnya tu yer..

Oklah, lepas ni, boleh la aku meneruskan entri-entri tips konsep ibu mengandung dan anak-anak yang pernah aku buat sebelum ni..harap korang tak bosan layan blog aku yer..

~till next entry~