Saturday, March 10, 2012

~Happy Weekend~

Salam Sumer....


~heroku~

Korang tengah buat apa?  Bestnye la cuti kan-kan-kan?  Minggu depan da mula cuti sekolah..jom jalan-jalan!  Kat rumah aku hari ni ada kenduri kahwin.  Jiran sebelah rumah ni, buat kenduri kahwin adik dia kat sini.  So, tak ke mana la kami hari ni..malam nanti ada satu lagi jemputan di Putrajaya.  Kitorang punya jadual kenduri kahwin dari bulan lepas membawak ke akhir minggu cuti sekolah adalah full!! dengan makan nasi minyak yerrrr!!  Alhamdulillah..nanti tahun depan mesti masuk topik pregnancy pulak kan..huhuhu..standardla tu.  Bermulalah episod sebagai ibu dan ayah..mencabar tau!

Bukan setakat mencabar, banyak yang boleh diambil pelajaran sepanjang pengalaman cum peristiwa yang kita lalui..putaran hidup namanya kan? sambil tu, terus belajar, belajar dan belajar menjadi ibu ayah yang baik, mengikut era terkini, zaman ini..

Anak-anak zaman sekarang, memang jauh beza dengan zaman kita dulu-dulu..cara approach pun lebih toleransi, kena banyak beri peluang anak-anak bercakap dan kita juga kena banyak mendengar supaya tak menyekat idealogi dan kreativiti anak-anak.   Cuma, kita kena juga monitor batas-batas mana yang perlu.  Kenal apa kecenderungan anak-anak kita dan gilap keupayaan minat mereka tu supaya mereka excel, akhirnya mencapai kejayaan dalam hidup dan membantu merahmati alam dengan skill mereka tu..InsyaAllah!

Oklah, sekadar renungan untuk kita semua..sebelum aku mengaruk menda yang tidak bermanfaat, baik stop sini dulu yer..daaaa!

~till next entry~


No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..