Thursday, November 14, 2013

~ Kenapa Beloglebah?~

Basmallah...
Salam Sumer...
Mula-mula sekali, nak citer pasal hpon kesayangan yang dicurik orang semalam (16 Nov 2013)! Tempat kejadian ialah di PWTC, melayan KLIM - Kuala Lumpur International Motorshow 2013..tension dan sangat geram dan marah sangat-sangat sebab banyak sangat info dalam hpon tu, dan yang membuatkan lagi tak best ialah, banyak video ngan gambar anak-anak dalam hpon tu!!! 
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiii!!!!!!
Hpon aku tu idak la gempaks or hebak tahap gaban pun..tapi cik suami yang belikan. Dan kalau korang nak tau, aku dah lama tak beli hpon, sebab aku kan supplementary no dengan cik suami yang dah dengan MAXIS berpolohan tahun, makanya, setiap tahun adalah akan diofferkan data plan baru untuk line dia dengan diberikan hpon secara percuma.  So, aku akan dapat hpon percuma tulah, kalau cik suami nak tukar data plan line phone tu..tapi idaklah deme bagi hpon latest, tapi idaklah zaman tok adam sangat, ate buleh leer...

Dah la, tak nak citer kisah sedih nie..amek pelajarang, yang jodoh & rezqi tu urusah YA Rabb!!
Ok, sambung ikut tajuk aku di atas...

Aku baru perasan rupanya aku g publishkan entri ni sebelum letak citernyer..huhuhu..sebab, aku selalu bila ada terlintas tajuk-tajuk yang nak diletakkan ke dalam belog, aku akan letak dulu dalam list, sebelum nak nulis-nulis ni...takut lupa!

Kenapa aku bagi nama belog aku camtu? Brilliantbee lah, dan skang ni, belog lebah...jeng3x!
Ada ke hoghang kesah? tih-tih-tih!! Korang tak kesah pun aku nak citer jugak!
Sapa yang ada terbaca entri aku yang ni : My Brilliantbee..

Pelan aku yang nak buka taska tu kan-kan-kan...sejak 2008 tau aku punya angan-angan tu!! Ya Allah! Malunyer la sebab TAK BERTINDAK lagi sampai da nak masuk 2014!!

Aku amek binatang Lebah petikan dari Surah An Nahl (16) dalam AQ. Dalam Surah ni, diceritakan tentang sifat-sifat lebah dan segi-segi pelajaran yang ada lengkap tentang kehidupan.  Ada kisah Nabi Ibrahim, ada kisah kejadian manusia yang direlatekan juga dengan kejadian Lebah yang boleh diambil pelajaran untuk kita.  Umpamanya, sifat Ratu Lebah menunjukkan peranannya kepada anak-anak buahnya; begitu juga seorang Pemimpin dengan rakyatnya...Very Unite! Kelebihan madu Lebah sebagai penawar untuk pelbagai jenis penyakit dan banyak lagi, ada juga tentang hukum-hakam.  So, pendeknya, korang nak tau detail, bukak la Manual kita tu, dan dalami inti pati terjemahan yang boleh diambil pelajaran.

Pastu, kebetulan pulak, kalau dalam bahasa Inggeris; Bee selain daripada maknanya Lebah, huruf 'B' sama dengan permulaan nama panggilan aku; Bira..

Selain tu, aku tambahkan Brilliant bersesuaian dengan konsep Taska, anak-anak yang dididik InsyaAllah, anak-anak yang punya skil-kemahiran hidup berdikari, rajin (macam sang Lebah), suka membantu dan tidak mementingkan diri sendiri, kewujudannya juga sentiasa diperlukan dan merahmati alam.. dalam masa yang sama Bijak dari semua sudut!

Dari segi warna Lebah, Kuning terang, (kalau tak salah aku) makna warna Kuning ialah tentang baik untuk perkembangan minda dan idea untuk anak-anak. 

Dan lagi, kalau korang pernah dengar ada juga penceramah-penceramah jadikan contoh; bunyi lebih kurang macam ni:
"Jangan jadi mata Lalat; yang selalu cari benda-benda busuk dan hinggap atas benda-benda busuk tu, dan menyebarkan wabak penyakit, tapi jadilah mata Lebah, sebab Lebah selalu cari bunga-bungaan yang baik untuk dijadikan madunya..yang bukan sahaja menjadi makanan kepada kaum keluarga Lebah yang lain, tetapi juga menjadi ubat kepada manusia". 

Menunjukkan perspektif yang positif mestilah kita terapkan kepada anak-anak kita, barulah dapat melahirkan anak-anak yang mindanya positif, jiwanya positif dan akhlaknya juga InsyaAllah, positif dan baik.

Panjangkan cita-cita aku nie..Harap doaku ini dimakbulkan ya Rabb!! Amin...




Oklah, sampai sini dulu yer...Najihah pun da bangun...
~till next entry~

Saturday, October 26, 2013

~ Ada apa dengan DAO & Magnet 2013 ~

Basmallah...
Salam Sumer...


~ Kredit to magnet2013.com- Mentor terchenta Dr Azizan Osman cum DAO..boleh gitew? ~


Alhamdulillah..aku dan suami berkesempatan attend sesi Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan di Wisma MCA hari ni, 26 Oktober 2013 (Sabtu). 

Ini kali kedua aku dan suami pergi seminar DAO anjuran Richworks ni.  Pertama dulu, aku pergi Seminar Hidup Luar Biasa 2013. 

Bak kata pepatah, 'tak kenal, maka tak cinta'..sebelum ni, aku banyak dengar-dengar tentang program DAO kat tv, especially dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) tv9.  Sejak dari situ aku mula search di Internet pasal DAO, pasal Richworks, tengok testimoni orang-orang yang telah berjaya dibantu. 

Dulu, masa mula-mula aku nak pergi Seminar Berani Berniaga..tapi masa tu, aku pun sama lah macam orang yang berlambak-lambak kat luar sana, dok bermain dengan 'kata-kata budak kecik', bermain dengan perasaan sendiri..'nak pergi ke, tak nak?'.  Itulah kita ni kan, belum buat apa-apa langkah dah fikir yang bukan-bukan.  Pergi la dengar dulu..bukak jer dia punyer website, tapi TAK JUGAK DAFTAR!
Memang TAK LA PERGI!

Kali kedua, muncul pulak program Hidup Luar Biasa 2013.  Aku tengok kat tv9, DAO buat promosi album tentang seminar tu.  Dalam hati, kali ni, try pergi tengok & dengar lah! 
Alhamdulillah, kali ni, aku berjaya melawan 'kata-kata budak kecik dalam hati kecik' aku!  Dan paling best ialah, aku pergi dengan 'my heart & soul' suamiku Kamal Bashah bin Bahrin.

MEMANG TERUJA TAHAP GILER SAMPAI AKU SUSAH NAK TIDUR SEBAB SEMINGGU DOK PIKIR SETIAP KATA-KATA DAO!

Pendekkan citer, apa yang aku nak kongsikan dengan korang yang membaca belog lebah aku ni ialah, DAO, memang seorang yang SANGAT-SANGAT-SANGAT memberi INSPIRASI. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, Dia Maha Mengetahui, Dia yang menggerakkan..ada insan yang benar-benar punya matlamat untuk membantu manusia lain, yang sebangsa dan seagama untuk berubah, menambahbaik kehidupan.

Aku nak kongsi antara kata-kata yang buat aku rasa terkesan...dan antaranya adalah 'ayat-ayat standard' orang yang berjiwa kecil sebenarnya.

'Alah! poyo jer ni!'..

'Nak buat apa kaya, nanti lupa diri'

'Bukan boleh bawak mati pun harta tu sumer'

'Hidup ni hanyalah sementara, bukan boleh menongkat langit kalau kaya banyak harta pun'

Ini semua 'ayat-ayat standard' kebanyakan orang-orang kita, bangsa Melayu, agama Islam!  Matlamat yang sebenar-benarnya yang DAO nak bina ialah KAYA JIWA, JIWA BESAR BUKAN JIWA MISKIN! Kita perlu ubah hidup kita menjadi orang yang KAYA JIWA, KAYA MINDA, KAYA HARTA supaya kita boleh beri manfaat kepada orang lain.  Konsep MERAHMATI ALAM.  Allah tak ciptakan manusia hanya duduk tanpa berusaha ntuk hidup.  HIDUP yang macam mana yang kita nak?  Takkan selama-lamanya kita hidup nak tersekat di Highway, lalu jam setiap hari, sambil dok dengar radio pekenakan orang, apa faedahnya? 
 
Buat apa bila banyak duit, kaya-raya, pastu dok pergi main golf, pukul bola golf, jalan kutip, baik aku spend masa aku citer ngan bangsa aku, macam mana nak ubah hidup diorang untuk jadi lebih baik!

Kata DAO lagi:

Kita hidup bukannya lama, kenapa tak fikirkan apa yang kita boleh buat persediaan kita 'di sana' sementara kita hidup ni? Berapa banyak sedekah & amal yang kita dah buat? Sampai bila kita nak hidup tak de masa untuk Allah, tak de masa untuk diri sendiri, dok terkejar-kejar pergi balik kerja, tak sempat tengok suami, isteri dan anak-anak? Kalau kita tak de masalah ekonomi, apa kesah dengan bajet-bajet ni sumer? Kalau tak dibagi bajet, korang bising, dibagi bajet pun korang bising! Sebab tu KENA BERUBAH!

Bagi aku, keikhlasan DAO membantu, menambah nilai hidup orang lain adalah perkara yang tidak ternilai.  Buktinya, Yayasan Richwell dibawah Richwork jugak, yang sentiasa buat kerja-kerja amal dan menerima sumbangan daripada orang ramai jugak, untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.  Kata DAO, mudah-mudahan, bila saya dah meninggal, semua kerja-kerja amal ni berterusan..adalah sikit untuk saya bila di sana nanti.

Macam dalam sesi kali ni, berbeza dengan seminar Hidup Luar Biasa, sebab kali ni, DAO kongsikan pengalaman hidup dia, siapa dia sebelum dia berjaya, sampailah dimana dia berada sekarang.  Tujuan dia, bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi nak memberi inspirasi.  So, banyak gambar-gambar dia kongsikan tadi.  Gambar rumah yang arwah dia sewa semasa di Kelantan. Gambar Isteri & anak-anak, gambar ibu & ayah beliau, gambar tempat-tempat seminar dalam dan luar negara, tempat-tempat yang dia melancong bersama isteri dia.

Dia berkongsi rutin hidup dia setiap hari.

Setiap hari dia akan bangun 4.30-5.00 pagi dan mulakan urusan dia dengan Allah, bersolat Jemaah di masjid, balik dia akan singgah di level mak dia berbual-bual atau bergolek kejap dengan mak dia, pastu sarapan..tapi kadang-kadang tak sebab dia tengah diet katanya..dengan nada sedih..huhuhu!

Dia tanya, 'siapa nak hidup macam tu, say I'..banyak masa, banyak duit, boleh bantu orang!

Seminar Mini Magnet 2013 ni jugak, dia beri buku percuma! Dan hari ni, Pelancaran buku MAGNET Kekayaan & Kejayaan diadakan di MPH,One Utama Damansara.  MPH juga bersetuju untuk menjadi pengedar buku DAO di MPH seluruh Malaysia.  So, nanti akan ada satu rak khas di MPH seluruh negara untuk jualan buku-buku DAO.


Antara tips DAO :

  • Yakin dengan ALLAH! Mintaklah kepada ALLAH sejelas-jelasnya. Doa dengan emosi. Sungguh-sungguh!

  • Kita mesti tulis matlamat kita hari-hari, selagi kita tak tulis, semuanya hanya angan-angan!

  • 4 magnet - apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasa, apa yang kita kata, apa yang kita buat..SEMUANYA DOA!
  1. magnet fikiran
  2. magnet emosi/rasa= keinginan
  3. magnet komunikasi
  4. magnet perbuatan = tindakan
  • buat sesuatu/kerja sampai habis..stick till e end.

Kalau nak diceritakan dengan satu entri memang tak cukup..belum lagi kesah hidup orang-orang yang bermula dengan '0' tak de apa-apa tapi sekarang dah berjaya selepas dibantu.

Apa-apa pun, sesiapa yang BERANI dan betul-betul SERIUS nak berubah, ALLAH akan beri jalan.  Yang penting 'istiqomah'..buat sampai habis!

Perasaan teruja!! Publish!

~till next entry~








Wednesday, October 23, 2013

~ Nak Jejiwa-Jejiwang Sket ~

Basmallah...
Salam Sumer...

Tau...dah lama sangat tak ke sini..asik mahsyuk dengan yang satu lagi..ha! tu mula la buat sangkaan yang macam-macam bila baca statement kat atas tu..

Maksud aku tu, 'asik mahsyuk dengan yang satu lagi' dengan belogku yang baru, yang satu lagi tu..yang ni lah..http://brilliantbeeboutique.blogspot.com/

Salah satu langkah untuk menuju ke impianku..wah! gitu!

Jom lah kita borak-borak..dah lama tak berkongsi cerita kan-kan-kan..Kata tajuk nak 'jejiwang'..

hmm..just nak share this word:

Live with Intention
Walk to the Edge
Listen Hard
Practice Wellness
Play with Abandon
Laugh
Choose with No Regret
Continue to Learn
Appreciate your Friends
Do What You Love
Live as if This is ALL There is..

quotes by : MARY ANNE RADMACHER

Dalam nak capai impian, kita akan jadi lebih kuat, bila ada orang yang sama-sama punya arah tuju yang sama, saling mendokong antara satu sama lain, saling memberi perangsang dan kata-kata semangat supaya sentiasa fokus..

Aku? Hamdallah, ada kawan-kawan yang walaupun tak pernah kenal secara fizikal gitew..cuma kenal melalui 'alam maya pada' jer..tapi sangat membantu dan setiap hari ada jer diorang beri pelajaran yang baru..salute!

Lain..aku suka baca pengalaman orang, sebab kesah hidup orang, pengalaman orang, berbeza-beza..diuji mengikut kemampuan masing-masing, tapi end up daripada peristiwa yang diorang lalui tu, diorang 'menjadi' atau 'mencapai' sesuatu..sebab? Diorang orang yang kuat semangat dan tak goyah!

Dah la, tak nak merapik meraban..till next entry!!

Monday, October 7, 2013

~ Hari Ini Hari Aku Keluar ~

Basmallah...
Salam Sumer...

Tajuknya ialah Hari Aku...iyer..kalau post entri aku di bulan September ialah pasal Anak Daraku yang sorang itu (setakat ini..huhuhu), kali ini post entri di bulan Oktober ialah pasal aku yang menyambut 'hari keluarku dari perut ibuku' 33 tahun yang lalu...

Doaku..

Terima kasih Allah, atas kesempatan ini..

Mohon Kau kuatkan iman & takwa ku, agar aku menjadi insan yang menunaikan amanahku, dapat merahmati alam & membuat kebaikan kepada keluarga serta saudara seagamaku, sebelum Kau mengambilku..amin Ya Rabb!!

~ till next entry ~

Thursday, September 12, 2013

~ Anak Daraku da 1 tahun ~

Basmallah...

Salam Sumer,

Hari ni 11 September 2013, Karmila Najihah da 1 tahun!!! Masa memang pantas, kadang-kadang tak terkejar aku.  Itu maknanya aku pun da 'tuo' gitew..huhuhu!!

Kami berlima celebrate simple jer, sebab Najihah pun belum faham lagi.  Kitorang pergi dinner di Secret Recipe @ Alamanda, Putrajaya.  So, semua pilih kek per slice masing-masing.  Tapi, boleh pulak tak ambil gambar masa kat situ..masing-masing terlupa..

Tapi sebab nak juga ada simpan kenang-kenangan 1st birthday menyambutnya, balik umah kitorang pun wat la 'action' guna kek yg ada kat umah..huhuhu...

Photo: My cute baby princess is one year young today. Hepi bestday my dear sweet young baby. You're one of the best things ever happened to me. May Allah bless us always.
tengok Nabhan buat tinga rabbit kat ibu!!


Photo: Celebrating her 1st birthday today..we love you Najihah!!
Najihah dok tengok jari abang Nu'man la plak!!

Yer..sama tarikh dengan peristiwa WTC dilanggar tu kan..nak mention pun takut plak..

Tak kirala walaupun arini birthday adik Najihah, ibu tetap nak doakan untuk semua anak-anak ibu, semoga anak-anak ibu diberi kesihatan akal, jiwa dan fizikal supaya menjadi soleh & solehah, kuat semangat dalam apa jua keadaan, rajin berusaha mencapai cita-cita, menjadi insan yang merahmati alam...amin ya Rabb!!

~ till next entry ~

Monday, July 8, 2013

~Salam Ramadhon Al-Mubarak~

Basmallah...

Salam Sumer...

Lamanya tak berbual-bual dengan korang-korang di belog kecil ku ni...Sebulan lebih aku tak menjengah ke sini..

Buat entri kali ni, aku cuma nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Salam Ramadhon' buat korang sumer.  Memang la, ikutkan BAAAANYYAAAKKK sangat-sangat-sangat yang nak aku kongsikan..nanti kita mula satu persatu la ye..ceritera sebulan lah katakan...

Aku harap Ramadhon kali ni, kita lebih bersungguh-sungguh, lebih kuat semangat dalam menjalani ibadah puasa.  Selama sebulan ni, jom kita isikan dengan perbuatan yang baik di samping rutin berpuasa.

Jumpa nanti yer!!

~ till next entry ~

Sunday, May 12, 2013

~ Mother's Day Ever :T.R.I.B.U.T.E 4 M.Y. K.I.D.S ~

 
Salam Sumer...

Korang tengah buat apa?  Aku jer yang masih menggagahkan diri nak buat tribute ni..tak kira nak buat skang jugak..ditemani anak-anakku yang dah lena tido..

Entri ni da lama aku teringin nak buat..tapi cam biasa masa aku adalah VERY E LIMITED EDITION!!

hmmmm...macam mana nak mula yek?

Sempena Hari Ibu ni..aku nak buat tribute untuk anak-anakku..sebab anak-anak pengarang jantung Ibu la..Ibu masih di sini..Ibu sayang sumer anak-anak Ibu, anak-anak Ibu yang ajar Ibu untuk jadi lebih sabar..walaupun kadang-kadang memang hilang sabar jugak dibuatnya..hiihihhii..cabaran untuk Ibu la tu kan..

Ibu nak letak dalam belog Ibu ni siapa anak-anak Ibu..untuk jadi kenangan dan pengubat rindu Ibu bila Ibu dah tua nanti..kalaulah Allah makbulkan..InsyaAllah..
 



 
Nama : Kamal Nu'man bin Kamal Bashah
Umur : 9 tahun
                                         
Anak sulong Ibu ni lahir pada 11 Februari 2004, PUSRAWI Puchong.  Nama Nu'man Ibu yang pilih.  Maknanye Abah cakap ialah Ni'mah a.k.a Nikmat. Masa tu, masih ada lagi PUSRAWI, skang da xde da.  Kalau nak citer pasal fizikal Abang, Abang orangnya kurus tinggi.   Menu utama Abang ialah Nasi putih dengan Lauk ayam.  Abang sebenarnya suka menyanyi tapi pemalu.  Abang jugak seorang yang rajin tolong Ibu dan pandai jaga adik-adik dan kadang-kadang suka manjakan adik.  Sampaikan sumer menda Abang nak buatkan..iyer!! Abang seorang yang perfectionist dan buat apa-apa kena ikut step..dalam erti kata mudah 'lurus'!! tapi bukan lurus bendul tak bertempat tu..apa-apa pun, Ibu tetap sayang Abang.  Ibu yang kena belajar macam mana nak didik anak Ibu ni, approach mana yang sesuai dengan karakter Abang.
 
 

 
 



mana ada Abang Nabhan, kat situlah Abang Nu'man
 
 
Nama penuh : Kamal Nabhan bin Kamal Bashah
Umur : 8 tahun
                                                                                 
Anak kedua kecik (stakat ini..huhuhuhu) orangnya 'cheeky'..banyak cakap yang kadang-kadang tu, risau jugak Ibu dibuatnya sebab terlalu 'berterus-terang' sangat, bak kata omputih 'outspoken'..jenuh Ibu nak cover line.  Pastu, Abang Nabhan suka berkarya. Tak kiralah, melukis, mewarna dan menulis memang Abang Nabhan suka.  Abang Nabhan berani mencuba dan kreatif.  Fizikal pulak lebih berisi, makan pun tak memilih sangat.  Nama Abang Nabhan, Abah yang pilih..maknanya ialah 'perwira'..Abang Nabhan lahir pada 19 Februari 2005 di Poliklinik Syahirah, Shah Alam. Macam mana pulak lahir kat situ? Sebab, Ibu ikut Dr Yus, so, dia da ada klinik sendiri waktu tu. Jarak kelahiran Abang Nabhan genap setahun seminggu dengan Abang Nu'man..yeay!! sambut birthday sekali!! Jom layan gambar lagi..
 
 
 
 
Anak Ibu dua orang yang bujang nie, memang rapat sangat.  Kalau sorang takde, mesti tercari-cari. Bila depan mata bergaduh jugak kadang-kadang tu..normal la tu kan, namanyer adik-beradik. Ada masa bergurau, ada masa bergaduh. Apa pun, harapnya rapatnya Abang berdua ni, sampai bila-bila macam tu lah hendak-Nya..Amin Ya Rabb!!
  
 
 
 
*Ibu tetap ingat dekat arwah Kamal Naufal..Al-fatihah..
 
Allah Maha Penyayang. Setelah menunggu 7 tahun, Alhamdulillah, Allah bagi Ibu peluang kali ke-5. Yelah, masa 2011, Ibu pernah keguguran.  Belum rezki la masa tu..tapi kemudian tu.....
 
~ba-ba-cak~
 
 
Nama penuh : Karmila Najihah binti Kamal Bashah
Umur : 8 bulan
 
 
Adik (stakat ini jugak..huhuhu) Ibu lahirkan pada 11 September 2012..40 minggu duk dalam perut Ibu yer..puas Ibu tunggu Adik keluar. Penyudahnya, terpaksala 'ikut tingkap'..takpelah Dik, asal Adik selamat..Ibu tak kesah pasal Ibu!
 
Alhamdulillah..Adik sihat..Nama Adik ialah pemilihan bersama Ibu dan Abah, maknanya ialah 'Kebangkitan'..Adik lahir di Pusat Bersalin UMRA, Shah Alam..dengan Dr. Yus jugak..Fizikal Adik masih lagi comey tapi bermata galak..rambut anak-anak Ibu sumernyer ikut rambut Abah masa kecik, kerinting!  Yeeeaayyy!! Dah ada geng Ibu nak pakai color pink dan beli baju kembang payung!! ngee..suka-suka-suka!
 
 
 

 
Semoga Allah beri Ibu peluang melihat dan medidik anak-anak Ibu menjadi insan yang baik di dunia & di akhirat.  Tanpa kamu, siapalah Ibu..Anak-anak Ibu lah tempat Ibu belajar supaya sabar, kuat semangat selalu.  Ibu mintak anak-anak Ibu sihat, berjaya mencapai cita-cita masing-masing, dilindungi dari segala masalah yang merumitkan, dari segala perkara yang tidak baik serta menjadi soleh & solehah..Amin ya Rabb!!
 
PinjamanMu ya Allah tidak ternilai..Selamat Hari Ibu..Hamdallah!!
 
~till next entry!!~

Thursday, May 9, 2013

~10th Anniversary cum Labour Day~

Salam Sumer...
 
Korang tengah lunch ke? atau gi 'sopping-sopping'? 
 
Aku hari ni malas nak keluar dan memang nak kuatkan semangat mengupdate belogku yang ntah ada tak hoghang menjengah waima membaca citer-citer aku ni...huh!

~ sikit punya lentok daaa...~

10 tahun lepas tuh!! Huk aloh mung! ngeeeeee.....

1 Mei setiap tahun kita sumer sambut Hari Pekerja kan-kan-kan? Tapi aku ngan Cik Suami lebih-lebih sikit sambutannya..sebab itu ler tarikh 1st dating kitorang cum declaration menjadi bopren-gepren!  Masa nak nikah, kitorang nak pilih 1st May gak, tapi tak dapek nak nolong e..Tok Imam nak cuti tak nak kojo so, kitorang menikah yo la pada 2nd May 2003.  Tak sangka udah spuloh tahun!

Nak diikutkan spuloh tahun kawin, kami da 5 hoghang anak dah..tu kalau ada sumer sekali laa..tapi, Innalillah, aku kehilangan arwah Kamal Naufal pada tahun 2006, meninggal dalam perut, dan satu lagi, tak compose jantung dan aku bleeding, tahun 2011, bukan rezqi waktu tu.  Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita..so, mana tau lepas spuloh ni ada pulak tambahan kuota untuk tahun depan..kui-kui-kui...aku ok jer..Alhamdulillah..Allah Maha Pemurah!

Apa yang aku harapkan dalam perkahwinan ni, Allah beri kami berdua kekuatan dalam menempuh segala ujian yang mendatang. Beri kami berdua kesihatan yang baik, limpahkan rezki untuk kami sekeluarga, beri kami kesempatan untuk mendidik anak-anak kami, beri kesempatan melihat anak-anak kami membesar bersama..InsyaAllah hingga akhir hayat kami..amin ya Rabb!!


~yeerrr..aku gumoks II~
Dah nanti kita citer lain plak...

~till next entry~

Wednesday, May 1, 2013

~SPECIALLY 4 F.O.Y~

Salam Sumer...

Nak share dengan korang pada 27 April 2013 (Sabtu) kami sumer telah berkumpul untuk Dinner FOY yang berlangsung di D Tasik Restaurant, lokasi yang dekat dengan Masjid Uniten, Bangi.

Kepada korang yang masih tak kenal maka tak chenta dengan FOY; a.k.a : Friends of  Y..ialah hasil nukilan teman sekolah kepada Wahida Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya 'Y' yang berjuang melawan kanser. 

Aku terharu dengan semangat teman-teman sekolah Y dan Y sendiri yang punya semangat juang tinggi, tenang dan senyum tidak lekang di bibir Y.

Ada few pictures during last Saturday nite dinner. Cik Suamiku yang diorang panggil 'MIKE' nolong memasangkan 'MIC' untuk malam tu..huhuhu..layan gamba sat na :

e announcement!!

 
~ yang dirai our dearest Y~
 
 
Kitorang sampai awal sebab nak kena set up all the sound system dan nak bagi Ati try guitar yang Cik Suami pinjam dari kawan opisnya, sebab Ati punya guitar masih lagi dibengkel...
 
So here we are...please ignore gamba yang bergegaq macam kena effect hentakan kaki jin mata satu tu yer...
 
~ all setup in White Color ~
 
 
 
~ even all my kids, all in White ~
 
 
~ Ada jugak yang interframe!  topi lah ckit ha!~




~ Najihah jugak!!~

 
~ haa..baru clear ~
 
 
 
Program malam tu kita mula dengan bacaan doa makan..huhuhu...then masing-masing menikmati menu yang best! Nasi putih, ikan kerapu masak sweet sour, ayam goreng kunyit,daging tu xigt masak apa, udang goreng dengan butter & sayur campur.  Pencuci mulut, bubur pulut hitam dengan buah.
 
Pastu, Ati perform 3 lagu... Ati nie kawan diorang jugak..percayalah, suara dia best!!!
 
 
~ sejibik muka diorang ni kan? ~
~ bagi la chance ibu dia pulak ~
 
Ok da masa nak balik...borak-borak lagi tu!
 
 
 
 
 
 
 
 
last kopek!!!
 

~memang!! aku dah gumoks banyak!!! menci3x!!~

 
Udah-udahla melayan gamba aku kan-kan-kan?  Bagi sesiapa yang nak follow kisah Y or nak join apa-apa program sambil beramal boleh tengok kat sini :http://friendsofwahida.wordpress.com/ atau boleh add FB kat sini www.facebook.com/friends of y
 
~till next entry~


Sunday, April 21, 2013

~Part 2 : A.U.R.A H.I.N.D.U.S.T.A.N~

Salam Sumer...

Meh nak citer kecintaanku dekat filem ni, sehingga menjilat ja..ingat kfc?  bukan-bukan-bukanlaaa..

Sehingga meneteskan air mataku.... terasa macam aku pulak 'berada di situ' OH!

Terharu cum terujanya kalau BF kita chenta ke kita camtu sekali taw!..(peluk bantal peluk, muka senyum macam kucing dalam citer Shrek)...

Tajuk : Jab Tak Hai Jaan dalam bahasa kita makna dia (Sehingga Hujung Nyawa) lebih kurang...

Shah Rukh Khan in Jab Tak Hai Jaan (232793) size:1280x1024

Dalam citer ni hero hindustanku bawak 2 watak..biasala citer hindustan kan banyak flashback!  Nama dia Samar Anand.  Dia merantau ke London dan buat kerja macam-macam lah, nak survive.  Kerja kat pasar la, bersihkan salji la, kadang-kadang dia basking..


Aku belajar :

Kena kuat semangat, tak putus asa nak capai sesuatu..berani,berani & berani..sanggup buat apa sahaja untuk capai apa yang dicita-citakan..jangan MALAS!



Masa dia di London ni dia kenal dengan Meera (Katrina Kaif)..anak orang Hindustan kaya yang da duk di London lama..

Satu hari tu, Meera datang minta Samar ajar dia menyanyi dalam bahasa hindi untuk birthday ayah dia. Samar kata dia boleh ajar, tapi dengan syarat Meera kena ajar dia bahasa inggeris..So, diorang pun done-done London!

Pendeknya, diorang terjatuh chenta, walaupun Meera sebenarnya da bertunang dengan mamat Mat Salleh.



Meera ni pulak, watak dia ialah, dia anak orang kaya yang membesar dengan ayah dia jer, sejak umur 12 tahun. Emak dia tinggalkan ayah dia, sebab ada bercinta dengan lelaki lain, so, dia membesar dengan membenci mak dia.  Tapi Samar jugaklah yang tolong dia, temankan dia untuk jumpa mak dia balik.  Lepas jumpa mak dia, barula dia faham kenapa mak dia tinggalkan dia..

Aku belajar :

Bahagian hidup kita berbeza-beza..ada yang diuji begini, ada yang diuji begitu..ikut kemampuan kita menghadapinya.  Setiap kelebihan ada kekurangan.  Mungkin si A ada kelebihan yang si B tak ada, tapi bila dipertemukan ia menjadi 'complementary'..to support each other...

Kesetiaan, kejujuran,keikhlasan, pengorbanan, dalam perhubungan..tak kira la, sebagai suami isteri, sebagai sahabat atau ibu dengan anak.




Watak ni namanya Akira.  Dia seorang wartawan yang happy go lucky and adventures..Dia pun terjatuh chenta 'bertepuk sebelah tangan' dengan si Samar.



Ini watak kedua si Samar bila da keciwa dengan si Meera..waktu nilah si Akira nak coba jadi gf dia..tapi HAMPA!

Korang tau dia kerja apa lepas berpisah dengan si Meera? tadaaa....



Dia masuk Army! 

TAK NAK! Aku tak nak citer, pasal apa dan macam mana dia berpisah dengan si Meera tu! Korang kena tengok and feel sendiri...

Aku belajar :

Hidup dan mati, jodoh pertemuan ketentuan Allah!  Allah tahu apa yang terbaik untuk kita!  Dia beri pinjam segala-galanya yang terbaik untuk kita manfaatkan dan untuk bantu kita sama-sama merahmati alam..bukan untuk kita sorang-sorang! Kita tak boleh hidup sorang-sorang..Jalan cerita ni, banyak sentuh tentang sejauh mana kita benar-benar percaya dengan qada' dan qadar Allah.  Dalam apa juga agama yang dianuti, semuanya sama, menyeru untuk berbuat kebaikan!

Aku suka sangat-sangat citer ni sebab lain jugak, ialah:

Scenary yang cantek-cantek! Yang ntah bila tahun aku boleh jejakkan kaki..kui-kui-kui!



Oh LON DON!



Ini aku tak tau kat mana...








 

Sampaikan ke lagu-lagu dalam citer ni pun aku suka..makna lagu dia bukan yang sia-sia la..

Ok la..cukup-cukup sudah..cukup sampai disini saja..

~till next entry~