Sunday, May 12, 2013

~ Mother's Day Ever :T.R.I.B.U.T.E 4 M.Y. K.I.D.S ~

 
Salam Sumer...

Korang tengah buat apa?  Aku jer yang masih menggagahkan diri nak buat tribute ni..tak kira nak buat skang jugak..ditemani anak-anakku yang dah lena tido..

Entri ni da lama aku teringin nak buat..tapi cam biasa masa aku adalah VERY E LIMITED EDITION!!

hmmmm...macam mana nak mula yek?

Sempena Hari Ibu ni..aku nak buat tribute untuk anak-anakku..sebab anak-anak pengarang jantung Ibu la..Ibu masih di sini..Ibu sayang sumer anak-anak Ibu, anak-anak Ibu yang ajar Ibu untuk jadi lebih sabar..walaupun kadang-kadang memang hilang sabar jugak dibuatnya..hiihihhii..cabaran untuk Ibu la tu kan..

Ibu nak letak dalam belog Ibu ni siapa anak-anak Ibu..untuk jadi kenangan dan pengubat rindu Ibu bila Ibu dah tua nanti..kalaulah Allah makbulkan..InsyaAllah..
 



 
Nama : Kamal Nu'man bin Kamal Bashah
Umur : 9 tahun
                                         
Anak sulong Ibu ni lahir pada 11 Februari 2004, PUSRAWI Puchong.  Nama Nu'man Ibu yang pilih.  Maknanye Abah cakap ialah Ni'mah a.k.a Nikmat. Masa tu, masih ada lagi PUSRAWI, skang da xde da.  Kalau nak citer pasal fizikal Abang, Abang orangnya kurus tinggi.   Menu utama Abang ialah Nasi putih dengan Lauk ayam.  Abang sebenarnya suka menyanyi tapi pemalu.  Abang jugak seorang yang rajin tolong Ibu dan pandai jaga adik-adik dan kadang-kadang suka manjakan adik.  Sampaikan sumer menda Abang nak buatkan..iyer!! Abang seorang yang perfectionist dan buat apa-apa kena ikut step..dalam erti kata mudah 'lurus'!! tapi bukan lurus bendul tak bertempat tu..apa-apa pun, Ibu tetap sayang Abang.  Ibu yang kena belajar macam mana nak didik anak Ibu ni, approach mana yang sesuai dengan karakter Abang.
 
 

 
 



mana ada Abang Nabhan, kat situlah Abang Nu'man
 
 
Nama penuh : Kamal Nabhan bin Kamal Bashah
Umur : 8 tahun
                                                                                 
Anak kedua kecik (stakat ini..huhuhuhu) orangnya 'cheeky'..banyak cakap yang kadang-kadang tu, risau jugak Ibu dibuatnya sebab terlalu 'berterus-terang' sangat, bak kata omputih 'outspoken'..jenuh Ibu nak cover line.  Pastu, Abang Nabhan suka berkarya. Tak kiralah, melukis, mewarna dan menulis memang Abang Nabhan suka.  Abang Nabhan berani mencuba dan kreatif.  Fizikal pulak lebih berisi, makan pun tak memilih sangat.  Nama Abang Nabhan, Abah yang pilih..maknanya ialah 'perwira'..Abang Nabhan lahir pada 19 Februari 2005 di Poliklinik Syahirah, Shah Alam. Macam mana pulak lahir kat situ? Sebab, Ibu ikut Dr Yus, so, dia da ada klinik sendiri waktu tu. Jarak kelahiran Abang Nabhan genap setahun seminggu dengan Abang Nu'man..yeay!! sambut birthday sekali!! Jom layan gambar lagi..
 
 
 
 
Anak Ibu dua orang yang bujang nie, memang rapat sangat.  Kalau sorang takde, mesti tercari-cari. Bila depan mata bergaduh jugak kadang-kadang tu..normal la tu kan, namanyer adik-beradik. Ada masa bergurau, ada masa bergaduh. Apa pun, harapnya rapatnya Abang berdua ni, sampai bila-bila macam tu lah hendak-Nya..Amin Ya Rabb!!
  
 
 
 
*Ibu tetap ingat dekat arwah Kamal Naufal..Al-fatihah..
 
Allah Maha Penyayang. Setelah menunggu 7 tahun, Alhamdulillah, Allah bagi Ibu peluang kali ke-5. Yelah, masa 2011, Ibu pernah keguguran.  Belum rezki la masa tu..tapi kemudian tu.....
 
~ba-ba-cak~
 
 
Nama penuh : Karmila Najihah binti Kamal Bashah
Umur : 8 bulan
 
 
Adik (stakat ini jugak..huhuhu) Ibu lahirkan pada 11 September 2012..40 minggu duk dalam perut Ibu yer..puas Ibu tunggu Adik keluar. Penyudahnya, terpaksala 'ikut tingkap'..takpelah Dik, asal Adik selamat..Ibu tak kesah pasal Ibu!
 
Alhamdulillah..Adik sihat..Nama Adik ialah pemilihan bersama Ibu dan Abah, maknanya ialah 'Kebangkitan'..Adik lahir di Pusat Bersalin UMRA, Shah Alam..dengan Dr. Yus jugak..Fizikal Adik masih lagi comey tapi bermata galak..rambut anak-anak Ibu sumernyer ikut rambut Abah masa kecik, kerinting!  Yeeeaayyy!! Dah ada geng Ibu nak pakai color pink dan beli baju kembang payung!! ngee..suka-suka-suka!
 
 
 

 
Semoga Allah beri Ibu peluang melihat dan medidik anak-anak Ibu menjadi insan yang baik di dunia & di akhirat.  Tanpa kamu, siapalah Ibu..Anak-anak Ibu lah tempat Ibu belajar supaya sabar, kuat semangat selalu.  Ibu mintak anak-anak Ibu sihat, berjaya mencapai cita-cita masing-masing, dilindungi dari segala masalah yang merumitkan, dari segala perkara yang tidak baik serta menjadi soleh & solehah..Amin ya Rabb!!
 
PinjamanMu ya Allah tidak ternilai..Selamat Hari Ibu..Hamdallah!!
 
~till next entry!!~

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..