Thursday, November 24, 2011

~ Allah Maha Besar ~

Salam Sumer...

Allah hanya menguji kita mengikut kemampuan kita kan-kan-kan? Pernah dengar tak ayat ni dalam "Manual" kita? Al-Qur'an semestinya..

Hari ni aku telah diuji lagi..anak yang dikandung bertahan 7minggu sahaja..nampak gayanya, angan-angan entri nak berciter 'during pregnancy'..tak kesampaian..

Mungkin bukan rezeki lagi..

Thursday, November 17, 2011

~Kepentingan Iodin Sewaktu Hamil~

Salam Sumer...

Serius Skema tak topik ni?  ngee...yang penting info dia kan-kan-kan? Aku kat rumah ni, dapat mc 2 hari dari Dr Yus (Gynae), sebab semalam aku ada 'bleed' skit..Alhamdulillah, tak de apa-apa, cuma kena rehat..tak boleh jalan banyak-banyak sangat..fuhhh!  terasa banyak beza pregnant kali ni..hopefully, baby can stand until due..ibu nak sangat baby ni tau!

Okay, aku nak share info sesimple-simple yang mungkin supaya aku boleh ingat sama dan korang mana yang sedang pregnant macam aku ni ha, boleh apply sama!


 
* Sumber Iodin *

Makanan Laut, Susu & Produk Tenusu.


 
* Kepentingan Iodin ketika hamil *

Untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutama sekali ketika masih dalam kandungan.  Membantu penghasilan hormon tiroid - hormon tiroid untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan mengekalkan metabolisme badan.


 
* Kekurangan Iodin *

Gangguan perkembangan otak bayi dalam kandungan, keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kelahiran anak kurang iodin,bayi terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu dan lemah anggota badan.


 
..till next entry..

Saturday, November 12, 2011

~Panduan Meningkatkan Peluang Hamil~


tomei kan-kan-kan?
Ni summary apa yang aku baca di "PA&MA"...


Tip Kesuburan Lelaki ;

  • Makan betik - mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma.
  • Berhenti Merokok - lagi baik TOKSAH MEROKOK! sebab boleh merosakkan membran sperma dan mengganggu kemampuan sperma untuk mencapai sel telur.
  • Banyakkan pengambilan 'zink' - bukan zink yang buat atap tu!  Sumber zink : daging merah, bijirin/kekacang, seafood dan produk tenusu.  Ambil tidak melebihi 30mg sehari boleh membantu mengaktifkan sperma.
  • Pastikan tahap kebersihan makanan yang diambil.  Tahap kesuburan boleh terjejas sekiranya mengambil makanan yang kotor atau beracun.
  • Minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong untuk kesuburan dan kesihatan sperma.
  • Pakai seluar 'kecik' yang longgar, supaya suhu alat kelamin terkawal; tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan pengeluaran sperma.

Tip Kesuburan Wanita ;

  • Jaga pemakanan, kurangkan makanan ringan, jeruk, fastfood & minuman berkabonat.
  • Kawal berat badan - obesiti mengganggu proses pengeluaran telur.
  • Berhati-hati mengambil ubat, sebab boleh memberi kesan kepada tahap kesuburan.
  • Periksa rahim! Masalah seperti fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil.

Selain tu, doa selalu pada Allah, harap bila kita dah berusaha, berdoa dan tawakal.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.  Semuanya bersebab bila belum tiba masanya.  So, mana yang boleh kita ubah, macam 'JANGAN MEROKOK' ! eloklah kita buangkan..bukan setakat untuk diri sendiri jer, tapi untuk orang-orang yang tersayang jugak.  Yerlah, bukan kita tak pernah dengar, ada anak-anak yang dapat penyakit 'lelah' sebabkan 'PEROKOK'!  Tak yahlah nak disenaraikan kat sini kesan-kesan yang memang semua orang dah tau ni kan-kan-kan?  So, fikirlah apa yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga kita jugak!..

till next entry...



~ Shopping Online ~

Salam Sumer...

Sejak Allah Maha Besar beri hadiah pada aku untuk pregnant sekali lagi ni, aku baru sekali jumpa Dr. Yus.  Kami kongsikan berita gembira ni, dan jugak nak tengok keadaan anak jugak.  Bila discan, Dr. Yus cakap, anak alhamdulillah duduk dalam rahim, tapi, dia duduk tengah-tengah, tak atas sangat, tak bawah sangat [apa aku cakap ni, seperti biasa, harap korang paham, kay.. :) ].  So, Dr. Yus bagi aku ubat cegah gugur, makan selama 10 hari.   Da abis pun, next appointment would be next Tuesday, on 15th! 

Tengok!  Allah sentiasa bagi kita pelajaran dalam apa jua keadaan.  Kalau anak ni, tak duduk tengah-tengah, aku tak tau pulak ada ubat cegah gugur untuk anak ini bertahan.  Harap-harap anak ni sihat mental fizikal, cukup sifat, soleh-solehah, baik, menambah seri kami sekeluarga lagi..InsyaAllah!

Panjang na intro aku kan-kan-kan?  hihihi..tolong jangan bosan!

Aku sekarang ni, dok rancak blogwalking sana-sini, tengok website sana-sini, tengok baju-baju baby, tengok baju-baju ibu baby..ngeeee... awal gile..teengook jer, belum ada yang beli lagi..comey jer baju-baju baby..mula la rambang mata nak memilih!

Aku survey jugak menda-menda untuk berpantang nanti, pastu, tengok br* senang nak nyusu anak, pendeknya, macam-macam adalah online skang ni.  Kat bawah ni aku nak 'sharing is caring'kan  website yang aku da surf kat korang..ada tu, yang siap dengan info parenthood lagi.  Bagus tau!  Alah! tak kisah la, yang belum kawin pun boleh apa baca pasal ni semua.  Penting tau!  Barulah kita lebih appreciate ibu ayah kita, appreciate pasangan kita, anak-anak yang kita ada, paling utama..perjalanan turun-naik hidup kita yang Allah tetapkan!  Happy Surfing!




Ikutkan banyak-banyak-banyak lagi..nanti kalau ada lagi yang aku surf dan rasakan menarik serta bagus, aku akan hapdatekan yer..

ok..chow!

Friday, November 11, 2011

11~11~11! Fresia Friday!

Salam Sumer..

Apa yang "fresia"?  Fresia tu nama bunga, sesuaila di hari Jumaat ni, hari yang baik, bau wangi-wangi sumernya, mana taknya, ramai yang dok amek hari ni, untuk menikah, tambah pulak dengan tarikhnya yang 'cantik' 11-11-11!  kan-kan-kan?  Macam Dira Melodi, selamat dah menikah kali ke-2!  Alhamdulillah..

Aku pun dah lamanya tak menjengah..eh cop!  jengah selalu, tapi 'hapdate' tu, agak sindrom aka mim-lam-sim skit!

Macam aku cakap sebelum ni la kan, entri ni akan 'bertukar!' (sila baca dalam nada macam citer Ultraman nak bertukar)  kepada entri during pregnancy.  Apa saja ilmu or info or yang sewaktu dengannyalah, akan aku kongsikan dengan 'sesapa' (kok adalah..yang penting tetap confident yer, ada orang yang follow citer ibu mengandung ini..) yang mungkin berminatla nak membaca entri aku yang 'seadanya' ini..(bunyi cam jiwang plak ayat ni..)

So, macam biasalah, aku da siap da listnya..tapi tak taula mana dulu yang nak start..(da dulu, nak start plak..sungguh cacamarba bahasaku! asal korang paham ; )

1. Shopping Online
2. Kepentingan Iodin Sewaktu Hamil
3. Panduan Meningkatkan Peluang Hamil 
4. Herba Meningkatkan Susu Ibu
5. Kebaikan Susu Ibu
6. Cara Sihat 'Makan Berdua'
7. Khasiat Warna Sayur & Buah

Cukupla dulu kan?  Itu pun ntah bila abisnya. Aku nak kongsikan kat korang sambil tu, peringat aku jugak.  Tak sumer yang suka membaca 'secara live' hardcopy kan, so, bagi sesiapa yang suka 'blogwalk' dan membaca secara 'alam maya pada', aku buatkanlah 'summary'..bak kata omputih..hu-hu-hu..dah! meleret-leret merapik meraban kang..


till next entry... : )


Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha!!!




Salam Aidiladha Sumer..

Semoga kita dapat mengambil iktibar dengan sejarah Aidiladha ini, patuhnya seorang anak terhadap perintah Allah, sehingga sanggup merelakan ayahnya menyembelihnya. Atas kasih sayang serta pengorbanan antara mereka ini, mendapat balasan yang baik dari Allah s.w.t.

Diharapkan kita mengambil pelajaran dari peristiwa ini, bukan hanya sekadar menghitung jumlah kilo daging yang dilapah sempena hari raya 'korban' ini yer!  Sekadar renungan sebagai peringatan untuk aku dan korang juga...

till next entry....



Friday, November 4, 2011

~ Bakar Lemak Seminit~

Salam Sumer...

Lama rasanya aku tak update entry Tips Sihat kan-kan-kan?  Ok kali ni, aku nak share tips nak bakar lemak kita dalam masa seminit!

Seperti biasa my reference: credit to Majalah Rapi ; )  

1.  Tambahkan jus buah dengan air putih; membantu membakar 85 kalori per gelas.

2.  Minum segelas teh hijau sebelum berjalan kaki.  Kafein yang ada dalam teh akan membakar lemak dengan lebih cepat.

3.  Bawa bekal dari rumah..(huhuhu..ni mencabar sikit untuk aku lah)  Penelitian membuktikan orang yang membeli makanan dari luar akan mengalami lebihan 300 kalori sehari.  So, kalau masak sendiri, boleh kurangkan gula, garam etc.

4.  Bagi yang mengambil roti sebagai sarapan pagi, cuba gantikan mentega dengan minyak zaitun. Pengambilan minyak zaitun untuk sapuan roti boleh mengurangkan 52 kalori.

5.  Buat pemeriksaan secara rutin.  Jika tidak dilakukan pemeriksaan darah secara rutin, ia boleh memberi pelbagai gangguan dalam badan..salah satu tambahan lemak.

6. Banyakkan pengambilan ikan seperti tuna, salmon atau kod yang kaya dengan Omega 3. Pengambilan membantu mengurangkan berat badan sebanyak 20%.

7. Belilah makanan dalam hidangan yang kecil.

8. Jika ingin makan aiskrim, pastikan selepas itu melakukan latih tubi sebanyak 10 kali.

9. Catat makanan yang diambil dan kira nilai kalori makanan yang diambil dalam sehari.  Contohnya; hanya 1,000 kalori untuk berat badan bawah 80kg.

10.  Minum air putih dengan banyak.  Air putih membantu pembakaran lemak dalam badan.


Harap-harap dapat lah korang buat salah satu pun jadilah..terutama sekali, minum air putih banyak-banyak..tu yang aku rasa paling mudah nak membakar lemak kan?  Ok, selamat mencuba (macam rancangan memasak plak)

Salam Sihat!