Wednesday, October 15, 2014

~Our Outing~

Nie gambar-gambar kitorg berjalan-jalan dan lunch di Alamanda last Saturday..dengan si tecik dok tido dengan lenanya smpai balik umah pun dok tido lagi..

Malamnya ibu n adik datang, so, celebrate besdayku sekali lagi...

Friday, September 26, 2014

~Ceritera 5 hariku~

Basmallah...
Salam sumer...

Hamdallah..sekejap da masuk hari ke-5 aku dan anak-anak sendirian berjauhan dengan abah diorang..

Alhamdulillah..abang-abang boleh diharap dan banyak tolong ibu uruskan apa yang patut..

Tak sabar nak tunggu abah diorang balik ..touch down 3 Oktober nanti.

~till next entry~ 

Thursday, September 18, 2014

~Tak nak la kena tinggal~

Hujung minggu ni bermulanya kehidupan aku dan anak-anak sahaja..tanpa cik suami..

Cik suami akan mula bertugas di Riyadh sehingga tahun depan.  Rezeki anak-anak..aku dapat tukar ke ibu pejabat, cik suami plak masuk semula project dept.

Harap2x inilah masanya kami berdua perbaiki ekonomi keluarga dan ada masa untuk anak-anak..
Amin ya Rabb!! 

Bercakap nak kena tinggal ni, yang mencabar aku ialah nak handle si tecik ni tido! Dan 2minggu ni, aku tak berjaya menidokan dia, tapi dia tido dengan abah dia jer! Nie da pukul 4.10 pagi...da abis effort aku...mata da pedih, pinggang da sakit! Tido la hai anak..

Ya Allah! Kau permudahkanlah urusan kami sekeluarga...amin ya Rabb!

Friday, August 29, 2014

~ My Finally Lovely Gugurl - Karmila Nafisah ~

Karmila Nafisah binti Kamal Bashah
11th July 2014 (Friday)
2.94kg
 
Basmallah..
Assalamualaikum...
 
 
Berbulan-bulan meninggalkan alam maya pada ini..'clishe' (betui ka aku eja tu) dan standard alasannya banyak urusan yang nak dihandle, masa yang tak mengizinkan..padahal cer tengok blogger tegar tu, ada jer masa..ok admit diri sendiri yang buat alasan...
 
Apa pun nampak tak gambar baru kat atas ni?  haaaaa...ni la anak gugurl yang ke-last, pengikat kasih sayang kami suami isteri..Karmila Nafisah..makna Nafisah ialah cakap omputihnya 'precious' yang bernilai..macam citer Lord of e Ring plak.. ; ]
 
Nafisah ni 'geng' abahnya lahir dalam bulan Ramadan..Alhamdulillah, semuanya selamat.  Aku bersalin secara caesar setelah mengambil kira pandangan dari satu-satunya Gynae kami Dr Yusliza.  Banyak la sebab musabab yang terpaksa jugakla kali ni bersalin caesar, faktor umur, tahap kesihatan pendeknya untuk keselamatan anak dan aku sendiri..
 
Ini kira last la ni, sebab aku dah sepakat dengan Cik Suami, untuk 'ikat' a.k.a 'tutup kedai'..
Lepas ni, nak besarkan anak-anak jer..InsyaAllah, mohon Allah mudahkan semua perjalanan dalam menjalankan amanah ini..amin ya Rabb!
 
~ My Gugurl Team-Selfie ~

 

 
~ Diuji tanda Allah sayang ~
 
Ceritanya sepanjang berpantang dalam bulan Ramadan..hmmm..
 
Almaklumla ibuku yang terchenta pun da berusia dan lutut pun asyik sakit-sakit..kesian kat dia, so, aku kata kat ibu, kiranya, balik cuti raya nanti, tak payah la ibu ikut aku balik ke Puchong lagi. Aku pantang sendiri jer.  Allah tu Maha Pengatur, Wan aku plak masuk wad sebab kena denggi.  Kenalah ibu menunggu Wan di wad.  Dalam masa yang sama..(hari yang ke-23 aku dalam pantang)  Cik Suami plak demam..setelah 5 hari demam tak kebah-kebah, CONFIRM dia pun kena denggi jugak.  Tinggallah aku 5 beranak di rumah sementara abahnya dalam wad.  Tapi aku dalam selang dua ari macam tu, pegi jugak jenguk dia di wad.   Dalam hati Allah jer la yang tau macam mana perasaan aku masa tu.  Mana nak menjaga diri yang berpantang, dengan Cik Suami duduk di wad.  Alhamdulillah, ada adik ipar dan mak saudara sebelah Cik Suami yang dekat dengan rumah ni, boleh jugak mintak tolong mana  yang patut.
 
~ @ KPMC, Puchong 5th Aug 14-9th Aug 14 ~

~ Wan @ Hospital Besar Tampin ~
 
Lepas jer Cik Suami keluar wad...ada satu kejaadiaaan...(versi intonasi citer P.Ramlee)
 
Kereta aku yang pertama ni, baru jer sebulan lebih siap keluar workshop, lepas aku (aku yang drive la masa time peknen) tersondol kereta Saga lama, masa lalu MEX, sebab dek mengantuk.  Hari kejadian ialah di hari pertama Ramadan aritu..inilah hasil 'nukilan kreatif ' aku...
 

Pintu belah driver tak boleh bukak okeh! Korang boleh bayang tak macam mana aku yang sarat keluar ikut 2nd seater? Dah tak payah la imagine plak!
 

Mujurla Uncle Cina tu tak marah-marah atau mintak ganti rugi kat aku..nak keluar turun pun tak boleh..mintak mahap dari dalam kereta jer la..



~ 19th Aug 14 Hasil Nukilan Kreatif Cik Suami ~
 
Kereta tiba-tiba lost control, Cik Suami kata stereng locked, dan terbabas langgar devider dan berpusing.  Masa tu, on e way balik ke ofis lepas hantar anak-anak balik rumah lepas sesi persekolahan.  Sampai arini, kereta ni masih lagi di workshop..ambil masa gak la dalam 2 minggu baru siap.  Sepanjang ketiadaan kereta ni, terpaksalah kitorang meminjam kereta orang.  Memula pinjam kereta cousin, pastu pinjam kereta mak saudara dan minggu ni pinjam kereta pak mentua.  Minggu depan mungkin pinjam kereta cousin balik.  Begitulah ceritanya..
 
Apa-apa pun, sentiasa yakin yang semuanya ketentuan Allah, diberi ujian supaya belajar untuk sabar dan redho, serta sentiasa meminta dari-Nya untuk dipermudahkan segala perjalanan dalam hidup..amin ya Rabb!
 
Banyak lagi yang nak diciterkan ni..tapi rasanya kena buat di entri yang lain la yer..
 
~ till next entry ~
 

Friday, August 22, 2014

~Selamat Pulang MH17~

Sejarah sedih yang perlu dikenang kerana hari ini kita SeMalaysia berwarna hitam berkabung menyambut kepulangan jenazah MH17 selepas 37 hari peristiwa yg meragut mereka selama-lamanya..

Semoga keluarga tabah..
Al-fatihah..

Friday, February 28, 2014

~ D.O.A ~

Basmallah...
Salam Sumer...

Hari ini ada rasa nak menulis, tapi banyak sangat dalam kepala ni, sampai jadi tak tau apa yang diserabut kecamukkan campurbaurkan, penyudahnya jadi ...ntahapapantah!!

Banyak sangat berpikir-pikir sampai tak juga memulakan langkah yang patut diambil dengan SEGERA!!

"Ya Allah
Aku mohon supaya petunjuk yang telah Kau beri kepadaku dapat aku lunaskan dengan segera. 
Demi Suami & anak-anakku
Demi Ibuku, Adikku & Wanku
Demi seluruh ahli keluarga kami
Demi perjalanan dunia dan akhirat kami
Demi agama, bangsa dan negara kami
Paling utama 
Demimu ya Allah!!"
Amin ya Rabb!!

~till next entry~





Saturday, February 15, 2014

~ February 2014 already ~

Basmallah..
Salam Sumer...

Da hampir 3 bulan aku tak menulis di belog...nape la aku nie asyik ketandusan idea dan masa yer? Kadang-kadang aku terfikir gak, aku yang tak pandai mengatur masa kah? Memang betul-betul 'kosong' sampai tak de apa yang perlu dikongsikan kah?....

Apa pun, belum terlambat untuk memulakan tahun 2014 nie di bulan Februari rasanya ye tak?

Better now then never...

Hmmm...ada beberapa kisah besar yang aku nak sharekan kat sini dan akan jadi catitan lembaran sejarah bagi aku & keluarga & untuk korang jugak!!  Harapan aku semoga korang dapat mengambil pelajaran yang bermanfaat setiap kali singgah ke belog ku yang kerdil ini...fuh!!! Sasssstra!!

~Kisah sedih di bulan Januari 2014~

Pak Ngah Zakaria (adik kedua ibuku) telah kembali ke Sang Pencipta pada 6 Januari 2014 (Isnin), pagi hari.  Perginya agak mengejutkan kami sekeluarga, sebab Pak Ngah hanya demam pada hari Jumaat, hinggala di hujung minggu..

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..amin ya Rabbal alamin..Al-fatihah..

~Al-fatihah~
Setiap yang pergi, digantikan dengan kelahiran baru iaitu, K Ayni, (anak kedua arwah), Liyana (anak bongsu Pak Ngah) & aku sendiri, bakal menimang cahaya mata tahun ini...Hamdallah, atas anugerah Allah..

~ 4 Februari 2014 ~

Kami terima call daripada Talk Show Bella NTV7 untuk diinterview sempena Hari Kanser Sedunia.  Producernya kebetulan terjumpa dengan Wordpress belog nie :

 
 
Setiap entri hasil nukilan arwah Y ( Wahida ) sepanjang mengharungi hidupnya bersama Kanser.  Kanser payudara pernah menyerang pada 2008 dan 'hilang' rupanya sementara sahaja.  2012 Kanser kembali dan kali ini menyerang hingga ke otak.  Kalau korang nak tau dengan lebih detail kisah arwah Y, boleh la jenguk ke address belog yang aku letak kat atas tu yer..
 
 
~Al-fatihah~
 
So, Cik Suami bersetuju hadirkan diri ke Talk Show tu bersama 2 orang kawan yang sama-sama terlibat dengan FOY..
 
 
Masa nie, mintak ihsan opismateku amekkan gamba kat tv, sebab masa tu, aku pakai hpon 'cik kia' lagi...hihihi..
 
 
 
 
 
Selain tu, Februari nie aku menyambut hari lahir kedua-dua anak bujangku, Nu'man (11/2) dan Nabhan (19/2).
 
Oklah, sampai sini dulu lah yer...si Najihah da mula mintak perhatian...
 
~till next entry~