Sunday, December 9, 2012

~ Hanya Mengingatkan..kerana Sayang ~

Salam Sumer...
 
Panjang pulak tajuk tu..tapi tak tau apa tajuk yang tepat nak aku letakkan untuk entri kali ini..
 
Cerita yang nak aku tulis ni daripada perkongsian ibu aku sendiri, yang aku rasakan sesuai untuk aku mengingatkan sesiapa yang sudi menjengah or terjengah belog kecil aku ni.  Seperti biasa, untuk saling mengingatkan, supaya ada pelajaran setiap kali orang membaca belog aku..bukan sekadar 'omong kosong'..itu jugak la sebabnya, (lama tak menulis) adalah lebih baik aku diam daripada 'bercakap'..itu yang selalu aku sematkan dalam diri kerdil pinjaman Allah ni.
 
Terus..(bunyi cam indon pulak) Sekarang kan musim cuti sekolah kan-kan-kan..ramai tak parents yang hantar anak-anak balik ke kampung? atau memang ada anak-anak sendiri yang dok jerit-jerit tarik ujung baju ibu diorang, mintak naaak sangat duduk kampung dengan grandparents diorang?  kalau ada yang memang naaak sangat tinggal di kampung sepanjang cuti sekolah dengan rela hati, tak pela, boleh jugak temankan wan or atuk di kampung, boleh jugak bantu mak ayah kita yang dah tua, buat kerja-kerja rumah sikit-sikit..kaan. Sebab masa aku sekolah rendah dulu pun macam tu jugak, memang request ngan ibu dan arwah ayah nak duduk kampung bila time cuti sekolah. Taaapiii..masa tu aku da besar la kan, da pandai uruskan diri sendiri, tak payah kena mandikan, siapkan pakai baju atau suapkan makan ke mulut. Macam mana pulak anak-anak yang kita hantar balik duduk di kampung sepanjang cuti sekolah, yang anak-anak tu masih kecil, dan masih kena diuruskan makan pakainya?  Ini sekadar peringatan, mungkin ada yang tak perasan..
 
Kesiankanlah mak ayah kita yang dah tua, sebab kena uruskan cucu-cucu pulak. Lainla kalau cucu-cucu da besar, boleh buat sendiri semuanya kan.  Tapi mungkin ada jugak wan atuk yang willing sendiri panggil cucu-cucu balik ke kampung, itu takpela kan.  Personally, tak tau la di masa akan datang, tapi setakat ini, selagi aku boleh uruskan anak-anak kecilku sendiri, manage la macam mana pun..kesiankan ibu aku, da la kecik-kecik besarkan aku dan adik..da tua nak kena jaga cucu pulak, (waima sepanjang cuti sekolah jer..sebulan lebih kowt cuti sekolah..lama jugak tu). Berilah masa untuk ibu aku untuk berehat dan beribadah di usia tuanya. Balik bersama dengan anak-anak di hujung minggu bila ada saja ruang dan peluang, itu lebih bermakna dan menanam sayang buat orang tua kita.  Lagi pun, aku sendiri tak boleh nak berjauhan dengan anak-anak aku lama sangat, sampai sebulan lebih macam tu..huhuhu.. Tak tau la, bila anak-anak ni da besar, nak pulak duduk ngan wan bila cuti sekolah..boleh la dipertimbangkan. Itu pun kalau aku yakin yang kehadiran anak-anak ni, tak menyusahkan ibu aku. Sebaliknya, boleh bantu wan diorang..then, it's fine for me..
 
Apa-apa pun..sekadar peringatan..terpulang kepada individu la kan..peace!
 
Malam ni aku berpeluang berceloteh di belog ni, sebab...Encik suami dan anak-anak lelakiku pergi tengok bola di stadium..aku pulak, tinggal berdua dengan Najihah..daaaan..Najihah sedang lena dalam buaian..bolehla aku jengah belog 'sawang' aku ni..hiks!  Esok Najihah dah masuk 3months!..
 
 
 
 
ok..till next entry~