Monday, June 27, 2011

~hmmmm...~( bira! tak baik mengeluh! )

Salam sumer,

Buleh ke tajuk atas tu? Okeh je la kan-kan-kan? tengah tepu tahap gaban ni!  kalau nak cite selai-selai, tak tau nak mula dari mana..~hmmmm.....aku letak nombor lah ye, apa yang aku nak cite ni ; )

1. Perjalanan Hidupku Minggu Lepas

Minggu lepas aku dok demam,(ari Rabu & Khamis) so 2 ari mc, ari Jumaat plak, pagi tu, pegi KJMC ada appointment jumpa Dr. Syed Nazir (Paediatrician), sebab?  Aku demam tu ialah kerana Sinus aku, so, anak-anak, pendek kata, satu ghumah dapat Sinus!  Kitorang ni, memang tak boleh langsung habuk-habuk ni, cuaca plak panas sangat pun tak boleh, sejuk sangat pun tak boleh..~hmmm..tu yang dapat Sinus tu!  tu yang pegi jumpa Dr. Syed ni, dapatla "hobat" yang banyak tak hengat untuk depa dua beradik.  Spray hidung untuk Nu'man je, 2 jenis, untuk Nabhan 3 jenis.  Nabhan lebih satu, sebab dia rajin hidung berdarah.  Itu adalah sintom-sintom Sinus juga ye, kenkawan!  so, kalau hidung berdarah banyak or kerap, pegila jumpa Dr.  Jangan buat assumption sebab cuaca panas sangat or sebab dok dalam aircond sejuk sangat so, hidung berdarah etc-etc-etc. Memang tak dinafikan, kadang-kadang 2 sebab yang aku tulis ni, jadi punca hidung berdarah, tapi kalau kerap sangat & banyak sangat darahnya tu, baik pegi check la yer!

Lepas pegi KJMC tu, pegi sekolah Nu'man amek Report Card..sedang-sedang je resultnyer..untuk 1st trial ni, boooleh la..1st experience untuk dia..ada yang siap terlelap masa jawab peksa, camno tu? ngeh3x!  mujur Ustaz kejut. Harap-harap 2nd exam nanti adalah improvement sket, abang Nu'man ye!  Dapat la no. 12 dalam kelas..Alhamdulillah. Ibu pun dok bz je camno? tulah, da tuo-tuo baru nak belajar.

Ari Sabtu pulak, minggu ni, aku takde kelas, so, rutin biasa, memasak dan melipat baju, mendobi dan menyidai ialah jasa baik Cik Abah Nu'man & Nabhan..ngeeee...
Lepas Zohor, kitorang pegi ke anta Nu'man ke sekolahnyer sebab?.. masuk kelas Karate. tih-tih-tih!  Punyalah excited Nu'man!  Rutin anak-anak pada hujung minggu ialah Art Class di Giant Kinrara.  Taaapi, Nu'man macam ala-ala je, dia boleh melukis & mewarna jugak, tapi dia macam laaaayaaan je.  Kalau dalam konsep Perkembangan Menyeluruh tu, Nu'man ni, lebih berminat dengan Perkembangan Fizikal la! Sebab tu, dia boleh melompat-lompat, berlari-lari tanpa rasa penat dan masih boleh tak tidur ya! Lagi pun, kesian pulak kat dia, memula sekolah dulu, Cikgu bagi surat Taekwando, abah dia kata tak boleh, lepas tu, Cikgu bagi surat Kelab Bola Sepak, clash pulak, so, tak pegi jugak, lepas tu, Cikgu bagi surat Kelas Renang pulak, pun sama jugak, terlepas jugak!  So, kali ni, bagi la dia masuk Karate ni.  So, jadual weekend diorang berubah la lepas ni, setiap Sabtu, pagi Nabhan akan pegi Art Class, lepas tu, hantar pulak Nu'man pegi Karate petangnya..fuuuhhh!! Ibu rasa nak ajak abah sekali, pakai spenda kat luar nak jadi Superman rasanyer, (dengan harapan boleh terbangla, kok pakai spenda kat lua tu!).. dengan badan aku yang "montok" ni, jangan katakan nak 'landing', nak 'berlepas' pun belum tentu! kuang-kuang-kuang! hish! apa yang ko mengarut ni bira!.. or yang latest & yang kena sket dengan konsep 'Super hero cum Super family' ni ialah 'e Incredibles'.  Itulah rasanya bila nengokkan jadual mingguan ni! Sementara nak membesar, tak pe, ibu & abah tak kesah, apa-apa je untuk korang berdua, ibu & abah sanggup!

Ari Ahad, untuk minggu ni, masih sama lagi rutinnya, hantar ke Art Class!  Minggu ni, diorang buat Craft!  Buat kipas tangan.  Tak amek pulak gambarnyer!  jemput diorang balik, kitorang memang tak larat, so, nak balik rumah je, nak melepak!  Lepas maghrib, aku sorang je, pegi ke Pasar Borong, beli barang basah untuk sebulan..tapi kali ni, ketamnya tak fresh langsung! so, biar dulula.  Macam biasa, beli ayam sekor, udang 1/2 kg, ikan bawal ngan ikan kembung & beli tulang untuk dibuat Sup Itam (favourite Nu'man).

Panjang pulak cite jadual minggu lepas ni kan-kan-kan?  Da pukul 3.30 petang da ni..kejap lagi nak amek Nabhan balik dari 'sekolah'!  Lagi aku nak cakap apa yeh? ~hmmm....ha pasal ni : - 2. Kerja!

No. 2 ni, aku buat next entry lah ye..2gguuuu..ceh! macam ada orang dok tunggu!

aku roger dulu ; )
~adios amigos~

Saturday, June 18, 2011

Nak jadi Mat Salleh, bukan Salleh Yaakop!


 
Salam sumer...

(senyum sengih lebar sampai ke telinga, mata terkelip-kelip)...soriii...lama tak jengah blog!

So, arini aku nak update tentang Tips Sihat yang da lama sangat aku tak kongsikan ngan korang. Kali ni nak citer pasal 'Salad'..kita jadi 'omputih' arini yer!  Aku jumpa info pasal Salad ni dari 'Pusat Sumber' aku la yer..credit to RAPI!

Apa yang aku baca la kan, rupa-rupanya, Salad ni, boleh menjadi ubat untuk pesakit insomnia atau bahasa mudahnya, penyakit susah nak tidur.  Amalkan Salad sehari sekali, boleh berikan kita tidur yang berkualiti  dan menenangkan minda.  Kandungan khasiatnya membantu menghilangkan keresahan dan membuatkan kita lebih mudah untuk tidur.

Khasiat yang ada dalam Salad juga, boleh mengatasi masalah kolesterol yang terlebih dalam badan, mengurangkan tahap gula dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, menguatkan sistem imunisasi, melegakan masalah radang dan jugak membantu mengatasi masalah kesihatan biasa seperti demam, batuk dan selsema.

Menu Salad ni pun sesuai untuk orang-orang yang dalam proses menurunkan berat badan macam aku nilah kan-kan-kan.   Bahan-bahan dan cara penyediaannya mudah, jimat, dan berkhasiat..kiranya pakej yang baik la ni.  Selain tu, tak perlukan kepakaran yang tinggi nak buat Salad ni.  Janganla ingat bila mention Salad jer, bahan asas kena guna sayur Salad jer, kreatif la sket kan.   Lettuce, buah-buahan, kekacang, ayam, udang pun sesuai dibuat Salad.  Susah-susah, klik jer kat internet, macam-macam menu & resepi la yang ada, yang mudah untuk dicuba.  Lebih baik lagi, kita boleh ajak anak-anak kita sama-sama menyediakan Salad sebagai satu cara menarik minat untuk diorang makan sayur dan buah-buahan.  Boleh ajar anak-anak kita tentang pemakanan kan-kan-kan.

Tips lain dalam penyediaan Salad ni, jangan tambahkan Salad dengan bahan yang berasaskan tepung, limitkan penggunaan bijirin dan jangan letak gula dalam Salad.  Ini untuk mengekalkan khasiat yang ada dalam Salad kita. 
 
Oklah, aku pun nak google la, cari resepi Salad ni, macam sedap jer bila nengok gambar nie ha..nanti kalau ada menu yang best, aku letakkan di next entry yer..da..Salam Sihat!


Friday, June 10, 2011

Ada apa dengan Brilliant Bee...

Salam sumer...
aku tengah nervous ni..sebab??? esok aku ada peksa!! iyer...peksa amali KAAK (Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak)  Amali mulai esok smpai ari Ahad ni.  Harap-harap boleh la aku buat dengan jayanya.  Inilah satu daripada langkah-langkah yang harus aku buat untuk Brilliant Bee menjadi kenyataan..Amiiin..

Brilliant Bee sebenarnya wujud dalam minda aku sejak 2008 lagi.  Tapi, biasa la lumrah kehidupan mesti ada dugaan dan pasang surut sepanjang perjalanan, agak mencabar untuk dilaksanakan.  Brilliant Bee bukan hanya sekadar impian atau cita-cita aku saje, tapi apa yang aku mahukan hasilnya demi keluarga, agama, masyarakat dan juga generasi akan datang, anak-anak pewaris kita nanti.

Cikgu Besar masa aku sekolah menengah selalu akhiri ucapannya setiap kali masa perhimpunan dengan kata-kata ini: 'Allah tidak akan mengubah nasib kamu, sekira kamu tidak mahu mengubahnya..'Ada ke antara kita yang tidak mahukan perubahan?  Jalan untuk berubah, kita yang tentukan.  Sebab, hanya kita yang tahu liku-liku sepanjang perjalanan, tak kirala ketika saat pertama mengorak langkah, ketika sampai separuh jalan, ketika ada di persimpangan, hinggalah di akhir titik perhentian.  Kita yang harus tentukan.  Aku nak berubah!  Membuat satu sejarah demi anak-anak aku dan anak-anak orang lain jugak. Banyak sangat yang kalau boleh, nak aku ceritakan. Kesimpulannya : LUAS, TIADA BATAS!, ANJAKAN PARADIGMA (macam citer giler-giler pengantin remaja la pulak).

Harap-harapnya, esok aku dapat buat yang terbaik!!  Ini baru langkah kecil, langkah mula.  Moga dengan langkah ni, perlahan-lahan bangkit dengan hasil seperti yang aku ilhamkan.
Okla, nak tido, sebelum aku lebih 'leleh-meleret- ke laut' baik sudahkan dulu sampai sini..esok pagi-pagi kena kua awal, nak hantar anak dulu, lepas tu, pergi peksa!

doakan aku yer!!