Monday, June 27, 2011

~hmmmm...~( bira! tak baik mengeluh! )

Salam sumer,

Buleh ke tajuk atas tu? Okeh je la kan-kan-kan? tengah tepu tahap gaban ni!  kalau nak cite selai-selai, tak tau nak mula dari mana..~hmmmm.....aku letak nombor lah ye, apa yang aku nak cite ni ; )

1. Perjalanan Hidupku Minggu Lepas

Minggu lepas aku dok demam,(ari Rabu & Khamis) so 2 ari mc, ari Jumaat plak, pagi tu, pegi KJMC ada appointment jumpa Dr. Syed Nazir (Paediatrician), sebab?  Aku demam tu ialah kerana Sinus aku, so, anak-anak, pendek kata, satu ghumah dapat Sinus!  Kitorang ni, memang tak boleh langsung habuk-habuk ni, cuaca plak panas sangat pun tak boleh, sejuk sangat pun tak boleh..~hmmm..tu yang dapat Sinus tu!  tu yang pegi jumpa Dr. Syed ni, dapatla "hobat" yang banyak tak hengat untuk depa dua beradik.  Spray hidung untuk Nu'man je, 2 jenis, untuk Nabhan 3 jenis.  Nabhan lebih satu, sebab dia rajin hidung berdarah.  Itu adalah sintom-sintom Sinus juga ye, kenkawan!  so, kalau hidung berdarah banyak or kerap, pegila jumpa Dr.  Jangan buat assumption sebab cuaca panas sangat or sebab dok dalam aircond sejuk sangat so, hidung berdarah etc-etc-etc. Memang tak dinafikan, kadang-kadang 2 sebab yang aku tulis ni, jadi punca hidung berdarah, tapi kalau kerap sangat & banyak sangat darahnya tu, baik pegi check la yer!

Lepas pegi KJMC tu, pegi sekolah Nu'man amek Report Card..sedang-sedang je resultnyer..untuk 1st trial ni, boooleh la..1st experience untuk dia..ada yang siap terlelap masa jawab peksa, camno tu? ngeh3x!  mujur Ustaz kejut. Harap-harap 2nd exam nanti adalah improvement sket, abang Nu'man ye!  Dapat la no. 12 dalam kelas..Alhamdulillah. Ibu pun dok bz je camno? tulah, da tuo-tuo baru nak belajar.

Ari Sabtu pulak, minggu ni, aku takde kelas, so, rutin biasa, memasak dan melipat baju, mendobi dan menyidai ialah jasa baik Cik Abah Nu'man & Nabhan..ngeeee...
Lepas Zohor, kitorang pegi ke anta Nu'man ke sekolahnyer sebab?.. masuk kelas Karate. tih-tih-tih!  Punyalah excited Nu'man!  Rutin anak-anak pada hujung minggu ialah Art Class di Giant Kinrara.  Taaapi, Nu'man macam ala-ala je, dia boleh melukis & mewarna jugak, tapi dia macam laaaayaaan je.  Kalau dalam konsep Perkembangan Menyeluruh tu, Nu'man ni, lebih berminat dengan Perkembangan Fizikal la! Sebab tu, dia boleh melompat-lompat, berlari-lari tanpa rasa penat dan masih boleh tak tidur ya! Lagi pun, kesian pulak kat dia, memula sekolah dulu, Cikgu bagi surat Taekwando, abah dia kata tak boleh, lepas tu, Cikgu bagi surat Kelab Bola Sepak, clash pulak, so, tak pegi jugak, lepas tu, Cikgu bagi surat Kelas Renang pulak, pun sama jugak, terlepas jugak!  So, kali ni, bagi la dia masuk Karate ni.  So, jadual weekend diorang berubah la lepas ni, setiap Sabtu, pagi Nabhan akan pegi Art Class, lepas tu, hantar pulak Nu'man pegi Karate petangnya..fuuuhhh!! Ibu rasa nak ajak abah sekali, pakai spenda kat luar nak jadi Superman rasanyer, (dengan harapan boleh terbangla, kok pakai spenda kat lua tu!).. dengan badan aku yang "montok" ni, jangan katakan nak 'landing', nak 'berlepas' pun belum tentu! kuang-kuang-kuang! hish! apa yang ko mengarut ni bira!.. or yang latest & yang kena sket dengan konsep 'Super hero cum Super family' ni ialah 'e Incredibles'.  Itulah rasanya bila nengokkan jadual mingguan ni! Sementara nak membesar, tak pe, ibu & abah tak kesah, apa-apa je untuk korang berdua, ibu & abah sanggup!

Ari Ahad, untuk minggu ni, masih sama lagi rutinnya, hantar ke Art Class!  Minggu ni, diorang buat Craft!  Buat kipas tangan.  Tak amek pulak gambarnyer!  jemput diorang balik, kitorang memang tak larat, so, nak balik rumah je, nak melepak!  Lepas maghrib, aku sorang je, pegi ke Pasar Borong, beli barang basah untuk sebulan..tapi kali ni, ketamnya tak fresh langsung! so, biar dulula.  Macam biasa, beli ayam sekor, udang 1/2 kg, ikan bawal ngan ikan kembung & beli tulang untuk dibuat Sup Itam (favourite Nu'man).

Panjang pulak cite jadual minggu lepas ni kan-kan-kan?  Da pukul 3.30 petang da ni..kejap lagi nak amek Nabhan balik dari 'sekolah'!  Lagi aku nak cakap apa yeh? ~hmmm....ha pasal ni : - 2. Kerja!

No. 2 ni, aku buat next entry lah ye..2gguuuu..ceh! macam ada orang dok tunggu!

aku roger dulu ; )
~adios amigos~

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..