Monday, July 4, 2011

Peringatan utk diri sendiri : Entry for Norma..

Salam sumer...

Entry kali ni, ditujukan khas buat pengidap kanser bernama Norma.  Kepada sesiapa yang mungkin singgah ke blog saya yang tak seberapa ni, sila la baca kisah lanjut Norma di link ini dan boleh juga menghulurkan sumbangan kawan-kawan:


Saya terpanggil untuk memberikan bantuan yang sekecil ini atas rasa simpati ikhlas dari hati, bukan kerana apa-apa yang lain.  Kisah Norma mengimbau saat-saat saya, ibu & adik menjaga arwah ayah yang juga mengidap sakit kanser, semasa saya di bangku sekolah dulu.
Harapan saya, atas bantuan kecil saya ini mendapat perhatian kawan-kawan sebagai satu usaha membantu meringankan beban keluarga ini, terutama sekali buat anak Norma; Rafiq yang masih kecil.

Tak sanggup nak bercerita panjang, sebak..Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui, setiap apa yang Kau tetapkan ini..Kuatkanlah, tabahkanlah keluarga ini dalam mengharungi dugaanMu.  Mudahkanlah urusan mereka, kuatkanlah semangat Norma..amin ya rabbal alamin..

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..