Tuesday, August 2, 2011

Yeeaaayyy!!! Ramadhan!!!


Salam sumer..

Macamla aku ni bz bebeno yer, tak menjenguk-jenguk langsung ke sini..memang yer pun! Sungguh! tak tipu ni! kan ke bulan poser ni! nampak tak sumer ada tanda seru nu ha?  maknanyer..'ini serius' ( sila baca versi Wonderpets )

Amacam berpuasa? best kan-kan-kan? aura Ramadhan ni, memang lainlah!  tak boleh nak di, di, di...hmmmm.."diungkaplah" kot perkataan yang sesuai.. Aku??  Aku, Alhamdulillah..setakat ni poser lagi, belum masuk kuota ganti lagi..hihihi..cuma tula, aku sibuk sikit. mana taknyer dengan jadual idup yang penuk sesaje..tapi yang tetap maintain, badan aku! masih dalam kategori pertumbuhan yang 'sehat'..huk-huk-huk!! stress bila dipikir-pikirkan, bila la nak berubah ke kategori 'pengurusan yang seimbang'..ntahlah! harap-harap, bulan poser ni kira talian hayat jugaklah, membantu aku untuk kurangkan mana yang patut yang tumbuh kan badan aku ni ha! 

Dalam pada tu, da masuk hari ke-2 poser ni, aku da mula pening mencari menu nak dimasak untuk berbuka.  tu pun kok bilo sompek la kan-kan-kan..aku balik tetap macam biasa 5.30 jugak, sebab Nu'man balik 5.30.  Semalam Nabhan je yang berjaya ke garisan penamat, Nu'man da pukul 5.15 camtu, togok air botol aku kat opis ni.  Sekolah dia cuti semalam, so aku kesian pulak kat dia, da cuti, tapi dok gak umah umi.  Jadinyer, masa amek adik nak anta ke 'skolah', angkut la dia sekali.  Lepas tu pulak, aku semalam da anta Nabhan, teruusss maju ke Persint 2, anta borang kijer!! jeng3x!! saja-saja la cuba, mana la tau, kot-kot ada rezeki, dapat tukar kat Putrajaya yang memang dekat giler gaban tak hengat dari umah aku tu!  Jawatan sama, gred sama kat Suruhanjaya Integriti..semalam weeeii tarikh tutup, boleh?!! aku dok tinnng-toongg-tingg-toonnng, sudahnyer 'aaaaaaarrrggggghhhhhhhh!! anto jerla, bukannyer terus dapat, baru nak anta permohonan, belum tau dapat ker idak, da ting-tong sendiri perasaan! Kalau lah aku dapat pergi situ, alangkah bahagianya!! Kos manyak kulang lor!  Dek kerana 'nek moyang baghu eh' (bak kato orghang kg den), Website dia pun tak de lagi..tih-tih-tih!  korang rasa-rasa, aku boleh dapat tak?  Tapi kok dipanggil interview, pastu, dia buat pulak test macam masa aku mula-mula interview kerja kat sini dulu, mampuiiihh!  memangla da 10 tahun, tapi nijam mana ada guna shorthand ker, trengkas lagi dah!  main taip terus jerk, da siap sumer input yang nak dibuat. Bila dipikir-pikirkan dan selamat beramal, punyerla 'setia-usahanya' aku, stay kat sini da 10 tahun daaan tak pernah cuba-try-test market aku kat tempat lain!  Cuma skang ni, bila da kawin ada anak ni, terghase mencabar phisically & mentally nak terus stay.  Dah!! mintak tukar kat HQ kat bangi tu, tak de sapa yang nak mai sini.  Nak tukar inter jabatan plak, tak boleh, En Wan JPA cakap, aku badan berkanun, kena cari kat badan berkanun jer boleh.  Ini jerla jalan yang aku nampaknyer, ada jer open post, apply la macam baru mintak kerja balik..haaaahhh!! itula status kerja aku skang ni, kalau korang nak tau!

Cukuplah citer kerja aku ni, kita citer menda lain la plak nanti yeh! Last but not least, Slamat berposer!!  Semoga kita lebih sihat, lebih ceria, dimudahkan dalam melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan ni..InsyaAllah..



No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..