Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432 - List yang best??


 Salam sumer...

Alhamdulillah..kita da sampai hari ke 5 Ramadhan!! Just nak share kat sini apa yang best list Ramadhan tahun ni ~macam la ada orang kesah kan-kan-kan?~ huk-huk-huk!!

Ni antara perkara yang best dalam list aku : )


1. Nu'man & Nabhan mula belajar berpuasa..
Hihihi..kelakar kalau teringatkan anak berdua ni..Alhamdulillah, nilah hikmahnya beranak setahun sorang..ada "geng" yang boleh encourage each other untuk puasa bersama-sama. 

Status diorang berdua setakat hari ke-5 ni, Nu'man berjaya 1 hari fullday (semalam), day-1 ke day-3, 'terbuka' (statement anak-anak yeerrr) dia tak tahan haus!! hari pertama tu, pukul 5:15 dah yer..dia menangis nak gak togok air, walaupun lepas dia dapat seteguk ' da, abang tak nak dah!'.  Aku yang tahan tensi di situ yer!  mujurla sebab ingat konsep puasa! so, saba yolah! Nabhan pulak, 'terbuka' di hari kedua, yang lain Alhamdulillah berjaya bertahan.  Skrip Nabhan berbunyi cenggini :



Nabhan :  Ibu, adik 'terbuka' kat umah umi, adik termakan nasi lauk sup ikan..tapi adik makan sikit je, nasi dengan sup dia je, tak de ikan.

Ibu        : Hmmmm...kira da tak puasa la ni...

Nabhan : Tapi adik makan sikit jer, adik punyer puasa banyak lagi, boleh tak adik puasa balik?

Ibu     : Mana boleh, da batal la dik!



Terus member monyok! Esoknyer, aku pesan lagi, kena cuba bertahan sampai berbuka kat diorang. Dia ingat puasa dalam sehari tu, boleh dibahagi-bahagi agaknye, bajet makan sikit tak batal la, sebab waktu nak berbuka panjang lagi..setiap patah kata yang keluar daripada mulut anak-anak ni, kadang-kadang buat kita tergelak jer. Ni sumer la akan jadi kenangan kat kita yang da jadi ibu & ayah bila kita da tua nanti (kok sompek sampai tuo!). 


2.  Dapat balik keje awal dari biasa
Yelah, biasa aku sampai umah (kalau makan terus kat kedai la kan) pukul 9 malam tau!  Sebab kena tunggu Nu'man balik pukul 6.30ptg, nak tak nak kenalah aku tunggu dia walaupun waktu balik aku 5.30ptg! Bulan puasa ni, Nu'man balik 5.30ptg.  

Yang tak bestnyer, aku masih belum berjaya nak masak menu berbuka kat umah!  Konon-konon macam-macam menu nak meraikan anak-anak yang belajar puasa ni dengan makan di umah, tapi tak sompek!  hari-hari berbuka kat kedai.  Nampak gayanyer, weekend jerla dapat nak masak sendiri menu berbuka di umah..


3.  Sebagai "talian hayat" untuk bantu misi aku!

Huk-huk-huk!!  kurang la sikit makan, kok tak tu, bfast lah, kalau tak sempat amek bfast, branch lah, lunch & dinner ~ sumernyer makan berat-berat! macamana nak capai misi, asyik seedaaap jer selera makan!


4.  Bersahur dengan anak-anak!!

Ni yang paling best dalam carta aku.  sebab??!! diorang makan macam makan tengahari! keh-keh-keh!  ini agak mengganggu misi abah diorang yang konon-kononnyer tak nak makan nasi di waktu sahur.  so, abah, niat nak makan yang 'ringan-ringan' or 'so-so' tu..punah!

Ni aku tengok setakat 5 Ramadhan la..tak tau la hari-hari lepas ni camner diorang.  nama pun belajar puasa, tak boleh paksa-paksa.  Jadi parents ni, kena banyak-banyak beri galakan.  Anak-anak harus dihormati perasaannyer kan-kan-kan.

Senang nak kejutkan sahur, tak dela yang nak kena berdukung atau nak kena layan merengek-rengek di pagi hari..Alhamdulillah sangat-sangat! TQ Allah! sebab bantu kami yang sedang berusaha mendidik anak-anak ni.

Perkara best yang lain-lain biasanyer, sama macam orang lain jugak..dapat Terawih, mula shopping (ni aku belum buat lagi), pendek kata, suasana Ramadhan ni, memang lain lah! Tenang, takde serabut kalut!  

Harap-harap anak-anak dapat bertahan lagi hari ni.  dah dulu! nak pegi hantar diorang ke Sekolah!

bubbye!


 

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..