Friday, August 12, 2011

~kuota??!!~

Salam sumer...

Hari ni nak bercerita topik yang serius sikitlah daripada biasa...bukan kuota gula, tepung or minyak masak! Ini nak cerita tentang 'kuota Allah'..serrriiiiuuusss kan-kan-kan, topik ni!  Adatlah, orang kita suka cerita yang gelak-gelak pecah perut jer, bila cerita macam ni, orang akan kata 'BORRRIIIINNNGGG'..tetiba pulak aku ni!

Tak jadi hal lah kan, pada aku elok la sempena Ramadhan ni, kita kurangkan or mellow-down sikit kata omputeh.  Tahan sikit terkinja-kinja, beli juadah buka puasa, penuh gundah-gandah plastik merah kiri kanan, makannya belum tentu tu, meh kita muhasabah diri cerita tentang kuota Allah hari ni.  Bukan lah pandai macam ustazah/ustaz/penceramah bebas/ustaz Kazem best bagi ceramah ilmu tu, cuma hari ni, bila baca suratkhabar banyak na kesah-kesah yang menyayat hati.  Teringatkan tu, ketentuan Allah dan milik Allah jua lah 'kuota'-Nya tu.

Macam-macam ada dalam suratkhabar, tapi yang pastinya, hari-hari (bukan Pasaraya Hari-Hari yer) cerita yang tak pernah ketinggalan dalam column, tak kiralah Akbar apa, sumer ada cerita orang mati kena bunuh, cerita orang mati eksiden, cerita orang tua tak sedar diri nak mampuih rogol anak-anak kecik (mujur belajar jadi Setiausaha jer, kok jadi Hakim..tak taula apa jadi kat 'atuk2x' bengong ni!!) seperti biasa tanda seru tanda marah, serius!! cerita orang yang dipanggil ustaz/cekgu yang meliwat anak murid, cerita pecah rumah dan rogol sekali dan cerita orang simbah asid, cerita orang kena kerat berbelas-belas, etc-etc-etc! Segala macam jenayah lah! 

Ini semua buat aku terfikir sorang-sorang, yang kuota Allah macam-macam kan-kan-kan?  Jalan cerita yang ditulis Allah dibahagikan dengan macam-macam cara dan situasi, yang kadang-kadang takut bila aku fikir setiap pencaturan masa kita sehari-hari, atau pun dalam masa satu jam, dalam masa setengah jam?..apa yang akan jadi pada kita, kalau bukan kita, anak-anak kita, keluarga kita, saudara seagama kita..bayangkan masa aku menaip ni, kat tempat lain waktu ni, ada orang yang sedang nazak, atau sedang cuba nak merompak..ya AllahhuAkbar!

Ada bagus dan tak bagusnyalah, bila dalam column di akhbar banyak cerita-cerita macam ni..yerlah, ada yang ambil iktibar dan share dengan anak-anak atau keluarga apa yang nak dibuat kalau nak jadi sesuatu yang tak baik, cara-cara pencegahan, etc, tapi ada jugak yang macam buat jadi trend, dia pulak nak merompak ikut cara yang sama!  Tu sumer la, kok time tu, cerita simbah asid, citer simbah asssssiiiiiiddddddd jerlah penuh kat suratkhabar..kok cerita buang anak..gheghamai pergi buang anak pulak!  Suratkhabar pun macam ada Season Storyline pulak dah!..

Aku memang aura lain macam bila baca 'tenaga pengajar' meliwat anak murid, macam aku baca arini.  Apa lah yang ada dalam jiwa dan kepala hotak dia?  Dah kawin, pasangannya normal, tak songsang, tapi rupa-rupanya naluri dia yang songsang! Ya Allah!!  Bukan ke, anak murid tu amanah ibu bapa untuk dididik dengan baik?  Kalau tak rasa satu amanah pun, cuba letakkan yang nak ko liwat tu, sama macam anak ko sendiri yang nak kena liwat, macam mana? Kadang-kadang aku rasa, baik pulak dilepaskan orang-orang gila di wad Tanjung Rambutan dan masukkan orang-orang yang macam ni dalam wad Tanjung Rambutan tu!  Biar diorang berkurung sesama diorang jer, kelakuan diorang ni, jauh lebih 'gila' jiwa dan otaknya dari orang gila di Tanjung Rambutan!

Takut bila difikirkan, yelah, mana tempat yang kita nak rasa selamat, kalau kat sekolah pun ada yang macam ni?  Takkan anak-anak kita nak ada depan mata setiap detik setiap saat.  Inilah masa dan proses diorang belajar berdikari, kenal erti hidup yang sebenar..satu hari nanti diorang kena jugak lalu semuanya dengan kaki sendiri!  tapi yang patutnya boleh membantu, dia pulak yang jadi 'tukang carik'! 

Inilah cabaran jadi ibu bapa di era sekarang ni. Bila da terlampau maju, da terlampau sibuk, sampai kita dihimpit pulak dengan masalah karektor/personaliti individu tu sendiri.  Tambah pulak, jiwa yang 'kosong' atau kurang nak amek port tentang rohani yang haus dengan pengisian dan perlukan perhatian.  Selalu malas dan leka dengan urusan yang tak habis-habis ni..bukanlah aku kata kita nak jadi jumud sangat sampai tak jalankan apa-apa untuk hidup! tapi kita kena seimbangkan hidup kita..apa-apa pun semuanya terletak di tangan kita.  Kita yang kena putuskan sendiri, jalan apa dan macam mana kita nak berjalan!

Untuk kali ni, aku nak tutupkan entry serius 'kuota Allah' dengan Surah Al-Baqarah ayat 185..

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Salam Ramadhan!
bubbye!



No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..