Tuesday, May 31, 2011

Motivasi diri sendiri..boleh ke ni?

salam sumer..

betul la pepatah orang tua; kerja bertangguh ni sudahnya tak menjadi..macam aku ni ha, dok bertangguh-tangguh jer nak update cite di belog ni..tak pe, arini macam keadaan tu berada dalam 'mode bertenang' so, baiklah aku berborak dengan korang di sini, yer tak?

hmmm...aku masih lagi berusaha keras!, tekadkan azam!, menanam semangat yang jitu!, nak menurunkan berat badan ni! jangan memain, ni betul benar ni, siap tanda seru kemain banyak nu ha!

tujuannya tak lain dan tak bukan, nak pregnant lagi..huhuhu..mana tau kot-kot menjadi pulak formula baby girl kali ni..ngeeeeee...

aku sentiasa percaya, apa jer yang kita nak buat dalam hidup ni, tak kira la, samada nak buat perubahan, nak kecapi kejayaan, mestilah dengan usaha kita sendiri.  sebab, yang nak lalui semua cabaran, kita sendiri.  kena independent dan kena banyakkan bersabar.  kalau ada kenkawan, atau orang yang tersayang bagi pulak sokongan, itu bonus namanya, jadikan tangkal penguat semangat untuk mengejar cita-cita kita tu.

jadinya, aku pun memotivasikanlah diri sendiri, supaya tak tersasar dari landasan yang sedang aku tuju ni. antaranya :-

1. bahan bacaan

skang ni, majalah yang aku dok follow (selain 'PA&MA') ialah majalah RAPI.  majalah ni memang banyak info tentang diet yang betul, tentang kesihatan secara keseluruhan lah, dari hujung rambut ke hujung kaki la kira-kiranya.
 
satu lagi, kalau masa 'dolu-dolu' dok melayan novel-novel masa zaman muda-muda skit la kan-kan-kan, skang ni, aku akan cari novel yang berkisar tentang diet...ngeeeee...da ada 4, baru selesai 1. tajuk novel yang da selesai dibaca tu 'Projek Diet bersama Ain Maisarah'.  Penulisnya Ain Maisarah la. best! banyak sangat info berguna.  InsyaAllah, akan kubuatkan entri untuk perkongsian kita bersama.

 


2.  monitor apa yang aku makan

kalau dulu, ada diari yang aku tulis hari-hari, skang ni, ada diari tulis apa yang aku makan hari-hari.  sebabnya, dengan cara tu je boleh tengok berapa kalori yang da aku ambil dalam sehari ~tiap-tiap hari~
kenkadang, terlupa gak nak tulis apa yang da aku makan, dari sarapan sampaila ke makan malam. 

haaaaaa...harap-harap menjadi kenyataanla impian aku dengan usahaku ni..satu lagi, ni dalam perancangan la ni kan-kan-kan.  aku nak berpuasa mulai bulan rejab, syaaban & sambung ke ramadhan.  berjayakah aku?  cita-cita tinggi ni.  jangan pulak yang salah tafsir, ingat aku niat puasa sebab nak kurus je pulak!  bukan macam tu.  bila kita berpuasa, nafsu kita lebih mudah kita kawal. ayat mudahnya, aku lebih mudahla nak control nafsu makan aku, sebab sayang nak tinggalkan puasa tu.  da tentula takkan dapat penuhnya, mana nak tahan kok balik kg. weekend tu ke, mana boleh nak poser, mesti ada yang 'rongak', almaklum pulak bila cik 'P' datang bagi salam, da tentula tak boleh nak teruskan puasa kan-kan-kan?  tinggal jugak barang seminggu bercuti.

korang rasa aku boleh ke ni?
~ doakan aku yer ~

Friday, May 27, 2011

Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong tapi duit tak cukup!!

Salam sumer...

Ya ampuuuun!  lamanya saya tak menghapdatekan belog!  Ini harus dapat komen yang tak best daripada blogger tegar yang lain kan-kan-kan?  Bukan apa, masa asyik tak kena je, tiap kali nak hapdate, ada je menda lain yang interrupt ngacau.  So, InsyaAllah, hari ni, lapang sikit ni, boleh la kita citer beberapa entry yer!

Masih lagi menanamkan impian untuk menang tempat pertama untuk 1st GiveAway anjuran GreatMinds ni! Kalau entry sebelum ni saya kongsikan pengalaman saya yang kudus, kecek, sikit, tak seberapa tu kan-kan-kan, kali ni saya nak mintak tolong pulak...hihihihihihi

Selain MENTOR, saya perlukan sumber utama untuk berbisnes ni, iaitu duit!  Bukanlah nak mintak bagi duit!  Tapi nak mintak MENTOR ajarkan macam mana usaha-usaha yang boleh saya buat, saya perlukan cadangan-cadangan bernas, daripada siapa, bagaimana, dimana saya perlu dapatkan duit!  Yelah, bagi saya, perkara-perkara begini yang kita kurang dapat pendedahan secara terperinci.  Khidmat nasihat daripada bank-bank kadang-kala kita tak dapat persepsi yang jelas dan telus.  Jadinya, saya nak mintak tolong kat team GreatMinds selaku MENTOR, cadangan yang terbaik yang perlu diambil untuk saya mendapatkan 'duit' atau 'modal' bagi memulakan bisnes borong ni.  

Almaklumlah, nak harap duit sendiri, memang tak cukup.  Sebab tak cukup la ni, nak cari jalan nak bagi cukup! Bukan untuk saya sorang-sorang, tapi untuk keluarga saya juga.  Harap-harap dapatla peluang menjadi 'Protege' GreatMinds..harap-harap masih belum terlambat untuk entry saya kali ni, sebagai tambahan usaha nak menang tempat pertama..: )

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds. GiveAway ini juga bersiaran khas dari Harian Metro

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Cikgu!!

Salam sumer...

Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan 'Selamat Hari Cikgu' kepada semua cikgu-cikgu 1M'sia kan-kan-kan?..

Arwah ayah aku pun cikgu jugak. dia mengajar subjek Geografi, Sastera, Sejarah & Bahasa Melayu.  Ayah merupakan bekas cikgu di SMKA Sheikh Hj Mohd. Said, S'ban, sebelum ayah sakit dan meninggal pada 5.9.1998. Masa tu, aku baru nak amek trial SPM, adik pulak nak amek UPSR.  Satu cabaran dan jadi kenangan yang menduga ibu dan kami dua beradik.  Ayah sakit kanser.  Sepanjang ayah sakit, ibu tabah dan kuat jaga ayah di hospital.  Mula-mula tu, masuk Hospital Seremban, kemudian pindah ke Hospital Melaka. kat Hospital Melaka ni, lama jugak la. Jadinya, kami dua beradik wan yang jaga kat rumah.  Yelah, sekolah tetap kena pergi jugak macam biasa.  Biasanya, aku pegi sekolah, dengan ayah, balik ibu yang jemput.  Tapi bila ayah sakit, aku tumpang Cikgu Shakirah yang kebetulan rumah dia dekat dengan rumah aku.  So, pagi-pagi aku tumpang Cikgu Shakirah, balik pulak, kalau cikgu balik lambat, aku balik je jalan kaki ikut 'shortcut' jalan kg., tembus terus dari sekolah ke rumah.  Dulu-dulu berani je balik, jalan sorang-sorang ikut semak-semak hutan kecik tu, tapi bila skang aku lalu bila balik rumah ibu, naik keta tu, boleh tahan jauh jugak la jalan tu.  Tapi, masa dulu rasa kejap je, okeh je balik jalan kaki walaupun berpeluh-peluh bawah panas matahari terik merentang.

Setiap hari Jumaat, aku, adik dan wan akan naik bas dari Seremban pegi ke Melaka, tengok ayah.  Pak cik aku (adik ayah) ada kat Melaka, so, tidur rumah dia la bila ke sana.  Penyakit kanser ayah berat jugak, sampaikan Doktor suruh bawak ayah balik.  Nak tak nak, kitorang pun bawakla ayah balik ke rumah.  Baru beberapa hari duduk rumah, ayah nak jugak duk wad.  Dia kata, kalau duduk kat wad, katil dia boleh adjust-adjust, tak sakit badan dia.  So, ayah cal Pengetua dia mintak nak masuk PUSRAWI di Seremban.  Tapi tak lama, sehari semalam je.  Doktor di PUSRAWI, pujuk ayah cakap dengan jelas pada ayah, yang penyakit ayah tak boleh dibuat apa lagi.  Aku masih ingat sampai skang, apa yang Doktor tu terangkan pada ayah, ibu dan aku masa tu.  Doktor tu jelaskan betul-betul tentang 'pro & kons' semua prosedur yang boleh dicadangkan.  Tapi, semua punya risiko.  Doktor kuat nasihatkan ayah untuk balik.  Aku dan ibu pun redho sebab kesiankan ayah.  Tak tahan tengok dia menanggung sakit.

Meleret ke citer lain plak kan?  Apa pun, itula relevannya bila setiap kali sambutan Hari Guru sebab salah seorang yang menyambutnya ialah Ayah aku sendiri! Dan jugak, mengingatkan aku kepada cikgu kelas aku sendiri, Puan Zanariah Mokhtar.  Dia lah yang menjadi pendengar setia tempat aku kongsikan kesedihan aku setiap hari, aku bercerita bila duty di library.  Paling best, masa aku nak hantar kad jemputan kahwin aku kat cikgu Zana, rupa-rupanya cikgu aku ni, kawan skolah suami aku! ha-ha-ha! kecik nya dunia kan?

 ~ ni gamba dengan Cikgu Zanariah; aku yang duduk 3 dari kanan ~ huhuhu ~

Terima kasih kepada semua Cikgu di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Sekolah Menengah Jalan Sikamat (skang nama skolah da tukar lagi canggih, aku pun tak sure apa ke namanyer), dan last di Universiti Teknologi MARA, Dungun, T'ganu!  

Al-fatihah buat Ayah..ayah jugak merupakan 'Cikgu Besar' dalam hidup along.  Ayah banyak mengajar supaya menjadi orang yang kuat melalui apa juga dugaan hidup dan tinggalkan along untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam apa juga yang along buat.  Ayah pernah kata, 'Ilmu tu penting, sebab orang akan pandang bila kita ada ilmu, tapi, orang yang ada ilmu belum tentu berjaya dalam hidup'. Kita sebenarnya TAK PUNYA ALASAN untuk jadi orang berjaya dalam hidup.  Dan jangan jadikan alasan sebab kita tak de qualification yang tinggi, kita tak boleh berjaya dalam hidup.  Maksud lain, kalau orang yang tak de qualification yang tinggi atau hidupnya susah, tak mampu nak masuk Universiti pun, tapi cuma berlandaskan atas usaha dan kemahuannya yang tinggi, TETAP boleh berjaya. Pendeknya, kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

Kalau jadi cikgu ni, untungnya, sampai mati orang akan panggil cikgu walaupun sesama jiran atau orang sekampung.  Best kan? Hmm..tulah, dulu suruh jadi cikgu tak nak!..tak pe, aku tengah nak jadi Cikgu jugak ni.  Sedang menuju ke arah itu..fokus! fokus! fokus!

Okla, sebelum berjela-jela sampai lari tajuk, kita jumpa next entry yeh! roger n out dulu!  bubbye!

Tuesday, May 17, 2011

BJA 6116 kena langgar!!

Salam sumer..

Bestnyela cuti arini!!  apa yang korang buat cuti arini? aku duk umah jer, memasak dan melayan cik abang dan anak-anak.  menu arini ikan bawal masak kari, aku goreng ketam dan sayur kacang buncis goreng dengan tempe..untuk lunch & dinner. hari-hari cuti macam nilah ada peluang nak masak kat umah.  kalau tak tue, ari-ari makan kat kedai jer..tak sempat. tapi tengok keadaan gak lah, kok da bosan makan kat kedai, balik umah, masak sambal sardin dengan buat satu sayur pun da cukup makan kami 4 beranak.

macam yang aku da listkan dalam entri sebelum ni, ni aku nak citer kat korang apa yang jadi kat keta 'cari makan' kitorang si BJA 6116. tau kenapa 6116? kami ambil dari surah Al-An'am ayat 116..nanti 'check' sendiri dalam AQ MANUAL yer.. ; ). kang meleret dari topik asal plak kang.

hari Sabtu 7hb Mei..aku memandu sorang-sorang, balik dari Putrajaya pukul 6 petang camtu, aku ikut jalan belakang yang lebih dekat dari umah aku untuk pergi balik ke Putrajaya.  aku, masa tu di jalan lurus, sekali ada keta kelisa ni, dia boleh dengan tak bagi signal nak masuk simpang taman perumahan dia, main libas jer terus nak masuk simpang..hmmm..jawabnya, aku langgar je la, dah dekat sangat aku tak sempat nak brek apa pun.  aku hentam pintu driver, apa lagi, terpesuk la bonet, lampu keta 2nd seater melekat di tayar!  tension sampai sakitnya ati bila diingat-ingatkan balik!

dan yang lebih menyakitkan hati, bila da settle buat report sumer, sarjan tu kate, dia tak nak saman sapa-sapa, sebab jalan yang aku lalu tu belum gazet lagi..so, dia cadangkan claim masing-masing punya insurans.  aku da tak boleh nak cakap apa lagi, sebab menahan geram + marah yang amat sangat kat orang yang melanggar aku tu.  dia cuma dok cakap 'saya mintak maaf, saya kesiankan dia je', cakap kat suami aku.  tapi aku rasa 'fake' sangat dia cakap camtu.  lainla kalau dia nak hulur gantirugi, tak de!! ini, dia cakap camtu, ditinggalkan kitorang dengan nak pikir, nak kena settlekan sendiri, macam mana nak pegi kerja, nak anta anak-anak sekolah, sebab tu jelah satu-satunya keta 'cari makan' kitorang yang ado! kat workshop mana yang korang anta, nak bagi keta sementara? ada? TAK ADA!!

Alhamdulillah, jiran kitorang baik hati nak bagi pinjam keta diorang.  Jiran kitorang pegi keja satu keta, so, ada keta lagi satu yang diorang jarang pakai.  kitorang pakai la sampai semalam (ari Isnin, 16hb).

eeeeeiiiii!!!!! kalau diingat-ingat memang sakit hati! sampai skang dok ada lagi!..tue la kesahnyer dengan BJA 6116!  nilah orang yang tak gheti budi bahasa, da lah ko punyer salah langgar orang, nyusahkan orang je!  memang padanla muka dia, pintu kelisa dia remuk bentuk 'V' tak boleh tutup aku langgar! kena pegang pintu keta sampai balai!

da tak nak citer marah-marah ni lagi lah kan-kan-kan? kita citer lain plak next entry..bubbye..

15 Mei - hari lahir ibu yang ke-63

Salam sumer..

Entri ini khas untuk ibu aku yang menyambut hari lahirnya pada 15 Mei baru-baru ini..yg ke-63! Yang tak bestnye, aku tak dapat balik nak raikan dengan ibu.  just cal jer ibu. Apa sebabnya akan diciterkan di entri seterusnya yer!


along doakan ibu diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan bahagia selalu.  along sayang ibu sangat-sangat! jasa ibu tak terbalas dan tak ternilai untuk along ungkapkan. terima kasih ibu.

Monday, May 16, 2011

List yang nak dibuat entri!!

Salam sumer..

da seminggu tak bercerita di blog 'nan-ado' ni..tp minggu lepas, bila nak update, blog aku plak masuk 'workshop' so, tak boleh nak log-in pun, stakat 'blogwalking' jer..da banyak citer yang nak dibuat entri ni!(ceh! poyo jer kan?)..

jadinyer, nak letak kat sini sebagai 'checklist' diri sendiri, entri-entri aku yang tertangguh tu yer!
  1. Birthday ibu yang ke-63 - 15 Mei
  2. Kereta kena langgar - 7 Mei
  3. Tips Sihat
  4. Great Minds 1st GiveAway
  5. Hari ini hari Guru - 16 Mei
  6. Ada apa dengan Brilliant Bee
  7. Motivasi diri sendiri, boleh jadi ke?
wah-wah-wah!! boleh ke nak capai target nak dibuat entri sumer tajuk-tajuk ni?  tunggu tau! (ada ke yang nunggu?)  apa-apa pun aku roger n out dulu lah yer! jumpa next entry!

    Monday, May 9, 2011

    hari-hari hari ibu ~demi ibu~

    Berita Harian Online | Korban ibu

    tersentuh rasanya bila membaca artikel ini. seorang ibu sanggup mengorbankan dirinya demi anak-anak.
    bagi aku, menjadi seorang ibu memang mencabar sekali. setiap hari, ada sahaja pengalaman baru yang aku pelajari daripada anak-anak. memang bukan mudah, perlukan kesabaran dan ilmu untuk mendidik anak-anak.  ilmu mendidik; harus kita pelajari dari masa ke semasa mengikut kesesuaian di era ini. pengalaman kita sebagai anak juga menjadi benteng untuk menyelami jiwa anak-anak kita pula. selain itu, cara ibu kita mendidik kita dulu, boleh juga dijadikan panduan dan buat penambahbaikan mengikut kesesuaian dimana yang perlu.

    sempena hari ibu, entry ini aku tujukan untuk ibu ~ Bibah bt. Arshad ~ dan juga untuk anak-anakku, ~ kamal nu'man & kamal nabhan ~

    ~ibu & adik~

    demi ibu...along seboleh-bolehnya jaga hati ibu
    demi ibu...along tak nak ibu susah hati
    demi ibu...along tak nak susahkan ibu
    demi ibu...along tak nak buat ibu sedih
    demi ibu...along tak nak tengok ibu menangis
    demi ibu...along sanggup jaga ibu
    demi ibu...along sanggup buat apa sahaja untuk ibu
    sebab
    ibulah ibu, ibulah 'ayah' along
    ibu sabar masa jaga ayah sakit, ibu tetap jaga along dengan adik
    ibu tabah dan kuat jaga along dengan adik sorang-sorang
    ibulah 'sahabat-teman hidup' along dunia akhirat

    ~along sayang ibu~


    untuk anak-anak ibu..kerana adanya kamu, sambutan hari ibu, lebih bermakna..


    Alhamdulillah
    diberi kesempatan merasa mengandung dan melahirkan nu'man,nabhan dan arwah naufal
    Alhamdulillah
    diberi kesempatan mendengar panggilan 'ibu'
    Alhamdulillah
    diberi kesempatan melihat anak-anak membesar

    Mohon Ya Allah, kuatkanlah aku untuk mendidik anak-anak ini, menjadi anak-anak yang soleh, yang berakhlak baik dan dengan izin-Mu dapatkanlah mereka mencapai kejayaan dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup di dunia & di akhirat
    ~amin~

    Thursday, May 5, 2011

    tertarik, menarik kau memang da bomba! nak try jugaklah! ngeeeee.......

    Salam sumer,

    aku blogwalk kat Mok&Sons punyer entry tajuk dia :"Cara-cara nak dapat trafik 1000 000".  tertarik, menarik memang da bomb lah kan-kan-kan? membuatkan aku teruja plak nak cuba test try tengok.  adakah menjadi?  Kredit to Mok&Sons atas tunjuk ajar dia! tq arigatokuzaimash te'!  isi citer entry nya macam ni:-

    1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

    2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.


    PERATURAN!!!

    1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

    2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

    3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

    ***So urutannya jadi mcm nie...




    4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

    Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
    Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
    Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
    Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
    Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
    Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
    Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
    Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
    Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
    Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
    Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
    Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
    Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
    Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
    Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

    Kita sama-sama cuba jaya okk….
    Selamat mencuba!!!

    tq-tq-tq!!

    Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong tapi perlukan MENTOR!!

    Salam sumer...tunjuk ajarku Sifu!!(lagu tema MENTOR)

    Merujuk kepada perkara tersebut di atas, saya dengan 'tersipu-sipu' malunya, sebab konon-konon bajet da cantik da menyusun ayat-ayat cinta di entry sebelum ni, rupa-rupanya, tersalah tajuk daaaa!!

    Atas semangat yang berkobar-kobar dan membara menyala ni, saya buat lagi satu entry, yang tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk melayakkan diri mendapatkan no.1 Ground Trip percuma anjuran BBC & BBV GiveAway!! ya la, kena la berusaha, kalau nak menang kan-kan-kan?

    Kalau entry yang sebelum ni saya listkan apa yang saya impikan, apa yang saya dapat kalau saya menang, kali ni saya cuma nak kongsikan pengalaman saya yang tak berapa nak ada sangatnya ni, di sini.  Saya mula melibatkan diri dalam dunia berniaga ni, sejak saya sekolah rendah lagi.  Yela, nak cari duit poket la katakan.  Masa zaman dulu, belanja sekolah, arwah ayah bagi 50 sen je.  Tapi yela, zaman dulu-dulu 50 sen boleh la dapat nasi lemak sepinggan, air selalunya minum air masak je, bawak bekal dari rumah.  Jadi, kalau nak beli apa-apa yang lebih-lebih sikit ni, kenala ada duit sendiri kan?  Tau saya meniaga apa?  Saya jual penanda buku buatan saya sendiri.  Adalah aura-aura seni sikit mengalir dalam diri, so, gunakanlah.  Jual tak mahal pun, 30 sen ke 50 sen, ikut saiz dan gambar-gambar yang saya buat.  

    Lepas tu, zaman sekolah menengah tak de meniaga apa-apa, sebab masa tu, fokus struggle kepada belajar je la.  Tapi, bila masuk UiTM dihatiku, nuuuuuuun di Dungun, Terengganu, saya bekerja di MEDEC.  So, kami ada jadual la ikut turn sapa yang kena jaga kedai.  Maklum jela, student kan selalu je lapa waktu malam time study-study tu kan, so, kalau sesiapa nak cari maggi, kat kitorang la. Lokasi MEDEC ni kat sebelah ruang makan di hostel siswi.  Untuk menambahkan lagi duit 'mahsyuk' keuntungan MEDEC, kami ambik jugak nasi lemak dengan ikan 'aye'  (ikan tongkol), bihun goreng, kuih-kuih, yang kami order daripada mak cik-mak cik yang dok kampung dekat area UiTM kami.  Sambil tu, kira dapat bantu mak cik-mak cik ni, tambah pendapatan jugak kan-kan-kan?  Geli hati pulak bila ingatkan kenangan menjual dari bilik ke bilik ni, tapi seronok!

    Bila da kawin dan bekerja makan gaji ni, saya rasa, saya perlu ada kerja sendiri bagi mengukuhkan lagi ekonomi keluarga. Oleh kerana minat saya meniaga tu, masih lagi terpahat dalam hati, saya teruskan usaha dengan letak di FB jual tudung, baju yang amek dari Jalan Kenanga, tapi macam tak berapa menjadi je.  Mungkin sebab kurangnya ilmu di dada.  Lagi satu masalah standard saya ialah, MODAL!!..Ni yang nak tanya SIFU dari Team Great Minds ni macam mana nak buat. Harap-harap dapatla saya menang GiveAway tempat yang pertama! 

    Tula serba sedikit yang boleh saya kongsikan kali ni, mana tau kot-kot ada idea lagi, saya tulis lagi yer! 

    ; )
    Bubbye...

    Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds. GiveAway ini juga bersiaran khas dari Harian Metro

    http://bisnesborongchina.com/giveaway/bbc-1st-give-away/ 
    http://brilliantbeeminded.blogspot.com


    Wednesday, May 4, 2011

    Cinta & Airmata tahun ke-8??!!


    Salam semua.. 

    korang sihat ke?  aku cam biasa memang gemuk, tak berapa turun berat pun..sihat..Alhamdulillah..

    korang buat apa cuti Hari Buruh Pekerja baru-baru ni?  aku memang setiap tahun akan rasa teruja dan berbanggalah, sebab, bila sampai je tarikh ni, kami akan menyambut ulangtawun 'percintaan, pernikahan dan semua 'per-per-per' lagi lah, kami! hihihihi...dan SEMUUAAA HOGHANG CUTI!! memang tak berapa nak relevan dengan idup dan mati korang, cuma konon-kononnya MACAM relevan la korang dengan 'aniberseri' kitorang ni.

    da 8 tahun da kitorang memegang title 'suami-isteri' dan kemudian naik pangkat lagi jadi 'abah-ibu' ni, macam-macam la onak dan ranjau berduri, licin macam-macam ada!  tak sangka, rasa macam baaaaruuu je lagi.

    "best ke kawin? macam mana rasanya bila da kawin?"  haaaa...aku pun pernah ada soalan-soalan standard ni, masa zaman bujang dulu.  tapi aku ni, tak bercinta lama-lama sangat dalam 3 tahun camtu, kitorang di alam 'cintan-cintun', bergayut tepon sambil terlelap-lelap, bercampur citer putaran orbit segala-bukan takat bulan & bintang jadi saksi lagi yer, lepas tu, tunang, tak sampai setahun, tawin!  kitorang decide tarikh declare jadi tarikh nikah jugak.  antara sabab-musababnya, ialah jarak umur aku dan cik suami ialah sama dengan 8 tahun, ( 8 lagi ) so, kitorang pun tak delah nak berada di alam fana cintamu tu poyo sangat jadi tawin.

     nak nangis tengok gamba ni ~huhuhu~ saat-saat kurus!

    baru-baru kawin, standardla untuk orang-orang yang life 'standard jerk' macam kitorang ni, mulakan hidup berumahtangga dengan menyewa rumah yang bertangga tingkat 4 di Puncak Kinrara.  masa tu, memang fresh terbaek dari ladang la, memang clean & clear umah kitorang, sampaikan langsir pun guna cadar buat cover tingkap bilik peraduan, lain-lainnyer tingkap tak tercover! saaampailah, suamiku redeem bonuslink point, amek langsir, barula dapat cover tingkap satu rumah..struggle kan-kan-kan?  tidoq pun beralaihkan tilam ja, masa tu. itula namanyer kenangan manis mula-mula nak idup jadi suami-isteri ni.  jadi nasihat aku, bagi sesapa yang masih bujang, janganla tunggu lama-lama sampai 'kertu' baru nak tawin.  blanja skang ni, bukannya makin lama makin kurang, makin lama, boleh papakedana korang nak tunggu cukup duit nak kawin.  konsep 'cukup' atau 'tak cukup' ni, kita yang tentukan.  yer, paham, 'once in a lifetime' katenyer kan-kan-kan, tapi, pokok dek kau lah, da kalau mampu buat yang 'grand-grand' apa salahnyer yer tak? tapi bagi aku, apa yang penting ialah blanja lepas kawin tu, lepas da tinggal korang berdua je, mengadap muka masing-masing, selagi belum ada 'orang ketiga' bukan yang tu lah!..maksud aku, ~anak~.



    apa-apa pun, pengalaman hidup berumahtangga, ada anak, dan step-step seterusnya tu, tak ada sape pun boleh bagi tau lebih-lebih kat korang, melainkan korang kena rasa dan lalui sendiri sumer tu.  bagi aku, sememangnya best! adala yang tak best, yerlah, da kalau sumer best jer, mana nak best, tak best la camtuuuu je kan-kan-kan?  kenala ada 'up & down' gak..barula best!  konsisten sangat pun bahaya jugak!


    anyway, Happy Anniversary kepada Kamal Bashah b. Bahrin, terima kasih kerana masih berjaya bertahan disitu selama 8 tahun da!  ibu harap abah diberikan kesihatan yang baik supaya kita boleh sama-sama tengok dan besarkan anak-anak hingga diorang berjaya dalam hidup diorang, dapat rasa ada cucu macam yang Nabhan selalu mention ~'cucu ibu & abah nanti, adik nak bagi dia main game PS2~ dia hengat zaman anak dia nanti PS2 tu ada lagi, tak tau ntah PS apa plak masa tu yang ado!..dan mohon Allah beri rahmat dan hidayah-Nya untuk kita sekeluarga dalam melalui apa jua dugaan dalam hidup kita..amin..