Tuesday, May 17, 2011

BJA 6116 kena langgar!!

Salam sumer..

Bestnyela cuti arini!!  apa yang korang buat cuti arini? aku duk umah jer, memasak dan melayan cik abang dan anak-anak.  menu arini ikan bawal masak kari, aku goreng ketam dan sayur kacang buncis goreng dengan tempe..untuk lunch & dinner. hari-hari cuti macam nilah ada peluang nak masak kat umah.  kalau tak tue, ari-ari makan kat kedai jer..tak sempat. tapi tengok keadaan gak lah, kok da bosan makan kat kedai, balik umah, masak sambal sardin dengan buat satu sayur pun da cukup makan kami 4 beranak.

macam yang aku da listkan dalam entri sebelum ni, ni aku nak citer kat korang apa yang jadi kat keta 'cari makan' kitorang si BJA 6116. tau kenapa 6116? kami ambil dari surah Al-An'am ayat 116..nanti 'check' sendiri dalam AQ MANUAL yer.. ; ). kang meleret dari topik asal plak kang.

hari Sabtu 7hb Mei..aku memandu sorang-sorang, balik dari Putrajaya pukul 6 petang camtu, aku ikut jalan belakang yang lebih dekat dari umah aku untuk pergi balik ke Putrajaya.  aku, masa tu di jalan lurus, sekali ada keta kelisa ni, dia boleh dengan tak bagi signal nak masuk simpang taman perumahan dia, main libas jer terus nak masuk simpang..hmmm..jawabnya, aku langgar je la, dah dekat sangat aku tak sempat nak brek apa pun.  aku hentam pintu driver, apa lagi, terpesuk la bonet, lampu keta 2nd seater melekat di tayar!  tension sampai sakitnya ati bila diingat-ingatkan balik!

dan yang lebih menyakitkan hati, bila da settle buat report sumer, sarjan tu kate, dia tak nak saman sapa-sapa, sebab jalan yang aku lalu tu belum gazet lagi..so, dia cadangkan claim masing-masing punya insurans.  aku da tak boleh nak cakap apa lagi, sebab menahan geram + marah yang amat sangat kat orang yang melanggar aku tu.  dia cuma dok cakap 'saya mintak maaf, saya kesiankan dia je', cakap kat suami aku.  tapi aku rasa 'fake' sangat dia cakap camtu.  lainla kalau dia nak hulur gantirugi, tak de!! ini, dia cakap camtu, ditinggalkan kitorang dengan nak pikir, nak kena settlekan sendiri, macam mana nak pegi kerja, nak anta anak-anak sekolah, sebab tu jelah satu-satunya keta 'cari makan' kitorang yang ado! kat workshop mana yang korang anta, nak bagi keta sementara? ada? TAK ADA!!

Alhamdulillah, jiran kitorang baik hati nak bagi pinjam keta diorang.  Jiran kitorang pegi keja satu keta, so, ada keta lagi satu yang diorang jarang pakai.  kitorang pakai la sampai semalam (ari Isnin, 16hb).

eeeeeiiiii!!!!! kalau diingat-ingat memang sakit hati! sampai skang dok ada lagi!..tue la kesahnyer dengan BJA 6116!  nilah orang yang tak gheti budi bahasa, da lah ko punyer salah langgar orang, nyusahkan orang je!  memang padanla muka dia, pintu kelisa dia remuk bentuk 'V' tak boleh tutup aku langgar! kena pegang pintu keta sampai balai!

da tak nak citer marah-marah ni lagi lah kan-kan-kan? kita citer lain plak next entry..bubbye..

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..