Monday, May 9, 2011

hari-hari hari ibu ~demi ibu~

Berita Harian Online | Korban ibu

tersentuh rasanya bila membaca artikel ini. seorang ibu sanggup mengorbankan dirinya demi anak-anak.
bagi aku, menjadi seorang ibu memang mencabar sekali. setiap hari, ada sahaja pengalaman baru yang aku pelajari daripada anak-anak. memang bukan mudah, perlukan kesabaran dan ilmu untuk mendidik anak-anak.  ilmu mendidik; harus kita pelajari dari masa ke semasa mengikut kesesuaian di era ini. pengalaman kita sebagai anak juga menjadi benteng untuk menyelami jiwa anak-anak kita pula. selain itu, cara ibu kita mendidik kita dulu, boleh juga dijadikan panduan dan buat penambahbaikan mengikut kesesuaian dimana yang perlu.

sempena hari ibu, entry ini aku tujukan untuk ibu ~ Bibah bt. Arshad ~ dan juga untuk anak-anakku, ~ kamal nu'man & kamal nabhan ~

~ibu & adik~

demi ibu...along seboleh-bolehnya jaga hati ibu
demi ibu...along tak nak ibu susah hati
demi ibu...along tak nak susahkan ibu
demi ibu...along tak nak buat ibu sedih
demi ibu...along tak nak tengok ibu menangis
demi ibu...along sanggup jaga ibu
demi ibu...along sanggup buat apa sahaja untuk ibu
sebab
ibulah ibu, ibulah 'ayah' along
ibu sabar masa jaga ayah sakit, ibu tetap jaga along dengan adik
ibu tabah dan kuat jaga along dengan adik sorang-sorang
ibulah 'sahabat-teman hidup' along dunia akhirat

~along sayang ibu~


untuk anak-anak ibu..kerana adanya kamu, sambutan hari ibu, lebih bermakna..


Alhamdulillah
diberi kesempatan merasa mengandung dan melahirkan nu'man,nabhan dan arwah naufal
Alhamdulillah
diberi kesempatan mendengar panggilan 'ibu'
Alhamdulillah
diberi kesempatan melihat anak-anak membesar

Mohon Ya Allah, kuatkanlah aku untuk mendidik anak-anak ini, menjadi anak-anak yang soleh, yang berakhlak baik dan dengan izin-Mu dapatkanlah mereka mencapai kejayaan dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup di dunia & di akhirat
~amin~

2 comments:

komen & idea bernas..