Wednesday, May 4, 2011

Cinta & Airmata tahun ke-8??!!


Salam semua.. 

korang sihat ke?  aku cam biasa memang gemuk, tak berapa turun berat pun..sihat..Alhamdulillah..

korang buat apa cuti Hari Buruh Pekerja baru-baru ni?  aku memang setiap tahun akan rasa teruja dan berbanggalah, sebab, bila sampai je tarikh ni, kami akan menyambut ulangtawun 'percintaan, pernikahan dan semua 'per-per-per' lagi lah, kami! hihihihi...dan SEMUUAAA HOGHANG CUTI!! memang tak berapa nak relevan dengan idup dan mati korang, cuma konon-kononnya MACAM relevan la korang dengan 'aniberseri' kitorang ni.

da 8 tahun da kitorang memegang title 'suami-isteri' dan kemudian naik pangkat lagi jadi 'abah-ibu' ni, macam-macam la onak dan ranjau berduri, licin macam-macam ada!  tak sangka, rasa macam baaaaruuu je lagi.

"best ke kawin? macam mana rasanya bila da kawin?"  haaaa...aku pun pernah ada soalan-soalan standard ni, masa zaman bujang dulu.  tapi aku ni, tak bercinta lama-lama sangat dalam 3 tahun camtu, kitorang di alam 'cintan-cintun', bergayut tepon sambil terlelap-lelap, bercampur citer putaran orbit segala-bukan takat bulan & bintang jadi saksi lagi yer, lepas tu, tunang, tak sampai setahun, tawin!  kitorang decide tarikh declare jadi tarikh nikah jugak.  antara sabab-musababnya, ialah jarak umur aku dan cik suami ialah sama dengan 8 tahun, ( 8 lagi ) so, kitorang pun tak delah nak berada di alam fana cintamu tu poyo sangat jadi tawin.

 nak nangis tengok gamba ni ~huhuhu~ saat-saat kurus!

baru-baru kawin, standardla untuk orang-orang yang life 'standard jerk' macam kitorang ni, mulakan hidup berumahtangga dengan menyewa rumah yang bertangga tingkat 4 di Puncak Kinrara.  masa tu, memang fresh terbaek dari ladang la, memang clean & clear umah kitorang, sampaikan langsir pun guna cadar buat cover tingkap bilik peraduan, lain-lainnyer tingkap tak tercover! saaampailah, suamiku redeem bonuslink point, amek langsir, barula dapat cover tingkap satu rumah..struggle kan-kan-kan?  tidoq pun beralaihkan tilam ja, masa tu. itula namanyer kenangan manis mula-mula nak idup jadi suami-isteri ni.  jadi nasihat aku, bagi sesapa yang masih bujang, janganla tunggu lama-lama sampai 'kertu' baru nak tawin.  blanja skang ni, bukannya makin lama makin kurang, makin lama, boleh papakedana korang nak tunggu cukup duit nak kawin.  konsep 'cukup' atau 'tak cukup' ni, kita yang tentukan.  yer, paham, 'once in a lifetime' katenyer kan-kan-kan, tapi, pokok dek kau lah, da kalau mampu buat yang 'grand-grand' apa salahnyer yer tak? tapi bagi aku, apa yang penting ialah blanja lepas kawin tu, lepas da tinggal korang berdua je, mengadap muka masing-masing, selagi belum ada 'orang ketiga' bukan yang tu lah!..maksud aku, ~anak~.



apa-apa pun, pengalaman hidup berumahtangga, ada anak, dan step-step seterusnya tu, tak ada sape pun boleh bagi tau lebih-lebih kat korang, melainkan korang kena rasa dan lalui sendiri sumer tu.  bagi aku, sememangnya best! adala yang tak best, yerlah, da kalau sumer best jer, mana nak best, tak best la camtuuuu je kan-kan-kan?  kenala ada 'up & down' gak..barula best!  konsisten sangat pun bahaya jugak!


anyway, Happy Anniversary kepada Kamal Bashah b. Bahrin, terima kasih kerana masih berjaya bertahan disitu selama 8 tahun da!  ibu harap abah diberikan kesihatan yang baik supaya kita boleh sama-sama tengok dan besarkan anak-anak hingga diorang berjaya dalam hidup diorang, dapat rasa ada cucu macam yang Nabhan selalu mention ~'cucu ibu & abah nanti, adik nak bagi dia main game PS2~ dia hengat zaman anak dia nanti PS2 tu ada lagi, tak tau ntah PS apa plak masa tu yang ado!..dan mohon Allah beri rahmat dan hidayah-Nya untuk kita sekeluarga dalam melalui apa jua dugaan dalam hidup kita..amin..


2 comments:

  1. happy belated anniversary la no..dah 8 tawun rupanya! btw, awat tak link along kat blog kami tak dpt update?

    ReplyDelete
  2. tq k ayni..nie along pun tak sure naperla tak link, padahal da letak link da..nnt along try godek2x lagi...

    ReplyDelete

komen & idea bernas..