Friday, April 29, 2011

BBC & BBV 1st GiveAway! Nak la pegi..nak pegi la jugak!!!!

Nak pegi..nak pegi..nak pegi la jugak!!  Aku da siap berangan macam-macam da ni, kalau berjaya dapat hadiah pertama, kan best!  Oleh kerana dalam syarat dia kata, boleh buat entry banyak mana pun, idea dan kreativiti pun tak diterhadkan, maka ini merupakan entry yang kedua sebagai usaha nak menang hadiah pertama! Aku dapat tau pasal Bisnes Borong China & Bisnes Borong Vietnam 1st GiveAway ni daripada Majalah Nur!  Topik kali ni, ada menyentuh pasal berbisnes online.

Kalau la menang dapat No. 1 alangkah bestnya hidup!! Tercipta jugaklah satu sejarah kecil dalam hidup aku, kalau menang.......

1.  Boleh belajar dengan Tim Great Minds ni, macam mana nak berniaga
2.  Boleh 'on' balik Brilliant Bee yang dah lama dok 'terperap' dalam sarangnya
3.  Boleh la nak tambahkan pendapatan
4.  Boleh baiki bajet 'poket' kami sefamily
5.  Merasa la pergi Guangzhou, yang aku tak pernah jejak tu
6.  Dapat kenal kawan-kawan baru dalam bisnes online
7.  Boleh tukar-tukar idea dan pengalaman
8.  Boleh buat entry pasal Guangzhou
9.  Boleh luaskan network
10. Boleh ubah jalan cerita hidup aku & family
11. Boleh ubah jalan cerita Brilliant Bee
12. etc-etc-etc

Pastu, barula buat lain-lain jugak ; )

1.  Boleh berhenti kerja (ini paling best sekali lah!)
2.  Dapat jadi Bos! (da lama rasanyer jaga Bos, nak la jugak jadi Bos pulak)
3.  Settlekan masalah 'poket'
4.  Banyak masa untuk anak-anak
5.  Boleh manage masa aku sendiri
6.  Tak kena tempuh jalan sesak macam sekarang ni setiap kali nak pergi kerja
7.  Boleh pergi bercuti ikut suka
8.  Boleh beli rumah baru kot
9.  Aku tak de keta sendiri lagi..nak beli keta lah
10. Nak pakai hpon canggih sket..asik pakai yang "free" jer..maxis yang bagi..
11. Boleh tanya kat anak-anak "Abang nak attend class apa?"  sebab da tak payah nak kira berapa yuran yang nak dibayar.
12.  Boleh hantar anak-anak "U" yang best-best

13.  Boleh pegi Umrah & Haji dengan family
14.  Boleh bagi sedekah kat orang susah, anak yatim, orang-orang tua, anak-anak yang sakit kronik dan yang kurang upaya.
15. etc-etc-etc

Boleh ke aku menang?...layak ke aku?

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.

http://brilliantbeeminded.blogspot.com

4 comments:

  1. Assalam puan,
    saya khairool dr kuching, bekas peserta Guangzhou 101:Edisi Kuching..
    insyaallah puan boleh menang..
    dari mana puan dapat tahu BBC ini ada giveaway??

    ReplyDelete
  2. Waalaikum assalam khairool,

    Akak dapat tau dari Majalah Nur keluaran bulan Mei. Sebelum ni, tak pernah tau pun pasal blog Borong China & Borong Vietnam...harap-harap dapatla pegi.. ;) tq sbb sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cik Puan,

    Cik Puan yang dikasihi Allah, disayangi Nabi, kami doakan Cik Puan sentiasa berada dalam perlindungan Allah.

    Cik Puan, tahniah di atas entri yang telah tersenarai untuk GiveAway ini. Didoakan Cik Puan adalah antara yang berjaya memenangi GiveAway ini.

    Entri ini sudah molek, cumanya tajuk perlu ditukar mengikut spesifikasi GiveAway seperti berikut:

    "Tulis sebuah entri di dalam blog bertajuk, Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong X. X adalah subjek yang perlu diubah, Contoh, Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong China atau Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong Barangan Katering, atau Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong dari Jalan Kenanga atau Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong Tanpa Sebarang Modal dan sebagainya."

    Kami menjemput Cik Puan untuk membaca FAQ GiveAway di sini:
    http://bisnesborongchina.com/giveaway/faq-bbc-bbv-giveaway/

    Cik Puan boleh menghantar seberapa banyak entri dan ia akan meninggikan lagi peluang untuk memenanginya.

    Sekali lagi, tahniah. Kami suka!

    ReplyDelete
  4. ye-yeh! suka, sebab ada tulis kat komen 'Kami suka!'..tq-tq-tq...orait, akan buat lagi entry!!

    ReplyDelete

komen & idea bernas..