Wednesday, April 20, 2011

Kaunter Pertanyaan ker Pakar Motivasi?

Salam semua..lama beno plak x berborak kat sini kan-kan-kan? (ceh!! macam la ada yang datang jengah)..

Apa-apa pun, harap-harap hari ni, kita semua diberikan kekuatan, kebaikan serta dimudahkan dalam menjalankan apa jua kerja dan panjatkan kesyukuran atas peluang yang Allah beri kepada kita iaitu masih lagi bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tapi apa kena-mengenanya tajuk aku kat nun atas tu kan?  Haa..sepanjang pagi ni, kenkawan opis aku ni, sorang-sorang datang kat tempat aku ni ha..(bunyi macam laaa ko glamer na plak kan)..ntahla, diorang selesa kot nak bercite kat aku...harap maaf yer, ini bukan sesi mengumpat, sebab diorang kat sini semua sedia maklum, yang permintaan ngumpatan ni, memang TAKKAN DILAYAN oleh aku SAMA SEKALI..bukanla kata aku ni baik sangat plak kan, tapinyer, aku memang TAK SUKA nak dengar orang cite tentang keburukan orang lain, atau memburuk2xkan orang lain..ko cantik sangat ker perangai, nak kata-kata orang ni eh?  Ter'emo' plak di situ..Sebab, sebelum-sebelum ni, ada jugak yang nak 'cuba-try-test' aku dengan nak cite buruk orang kat aku.  Sebelum dia nak teruskan cite, aku pun terrrusss potong.." Dah la kak, bira x suka nak dengar, kalau tak puas hati atau apa-apa, cakap direct kat orang tu, tak payah cakap sana sini "..fullstop!  Aku memang akan terus matikan saja di situ.  Kita kenala berani cakap perkara yang betul kalau ko rasa apa yang orang buat tu salah, tak payah nak cite kat orang lain.  Cakap terus & bincang macam mana nak dapatkan solusinya kan  lagi senang ko nak settle apa jugak kerja ko kan-kan-kan? (wah-wah-wah!! ayat aku arini - SOLUSINYA -).  Tapi, tak la plak aku nafikan, kadang-kadang tu, ada jugak la sesi luahan rasa tak puas hati yang terlepas jugak bercite kat aku yang aku jugak mendengar, especially, rasa tak puas hati tu, menyebabkan orang yang tak puas hati tu, rasa sedih atau jadi rendah diri, kecil hati..standardla kan, kalau yang macam ni, aku selalunya sudi menjadi pendengar dan bagi nasihat, kongsikan jugak pengalaman aku yang tak seberapa ni, selain tu, untuk aku sendiri ambil pelajaran atas sesi luahan rasa tu..yerla, belum jadi kat kita, kita tak tau, kita tak rasa, betul tak? So, end of the story, ko pandai-pandaila mana yang ko nak dengar, mana yang ko tak payah dengar, ko yang kena pilih dan tentukan sendiri, tiada lain, untuk kebaikan diri sendiri jugak orang lain.  Nanti tak pasal-pasal orang lain yang punya hal, ko pulak yang dapat nama.  Kalau nama yang baik tak pelah, kalau yang tak baik?? Lu pikir la sendiri!!

Aku, suka tengok diri aku dulu, sebelum nak kata buruk orang ke atau nak komen orang ke.  Kita sendiri muhasabah diri kita, apa yang kita buat da cukup betul ke?  

Jadi berbalik pada tajuk aku tu, kan, mula-mula tadi ada sorang akak tu, dia nak pergi bercuti yang company kitorang punya ni la kan, so, bercite la tentang percutian.  Lepas akak tu da balik tempat dia, datang sorang lagi bertanyakan aku, tentang memo pertukaran ke HQ kitorang di Bangi.  Sebab, aku pun setakat ni, da 2 kali buat memo, tapi gred aku takder yang kosong. Kalau tak, bertenang sikitla aku nak pergi kerja pagi-pagi. Nijam (ni, terkuar plak bahasa ibunda kg. aku yer..maksudnya sekarang..), aku letih, berulang dari Puchong ke Kelana Jaya ni ha..yang ntah tahun ke berapa yang takkan jem roti kaya, waima ko klua la pukul bape pun, TATAP! macam tu jugak laaa..takkan ade perubahan fizikal, mental atau emosi ko..uiiihhh!!! aku tak suka jalan nak ke opis aku ni..mencabar minda!..ha, so, akak tu tanya la pendapatan aku, macam mana nak masukkan sesi luahan rasa dia dalam memo tu, berdasarkan pengalaman aku menulis memo sebelum-sebelum ni, WALAUPUN, jawapan yang aku dapat setakat ni, PERMOHONAN ANDA MENDUKACITAKAN!!

Da habis layan akak tu, datang plak lagi sorang, bercerita tentang artis plak..tu, pendek jerla, mujur!! sebab phone aku berbunyi, ring-ring-ring, ku angkat, ku tanya siapa..tetiba plak aku menyanyi di situ..ingat lagi tak lagu tu? ; )

Orang yang tepon aku : "Bira.. Bira kua anta anak skolah pukul baper?"

Aku :  "Cam biasa la kak, pukul 12.30 camtu, naper?"

Orang yang tepon aku : " Akak nak tumpang pegi Guardian nanti, boleh?"

Aku : "OOO..boleh, nanti bira cal la kang"

Orang yang tepon aku : " Ok "

Standardla tu, kan, aku ni jenis "Aiman tak kesah", masa ni, orang susah, masa aku nanti bila-bila, kita tak tau kan, masa ni, aku tolong orang, InsyaAllah, bila kita susah, Allah bagi jalan & kita pun kena mintak tolong kenkawan kita jugak kan?..Sebab aku pun biasa susah!  Masa aku bujang dulu, aku takder keta gaks, selalu nompang orang.  So, aku tau macam mana peritnya! Kang tersasar lagi cite aku ni kang.

Lepas letak tepon tu, datang plak akak lagi sorang ni, dia tanya, " Bira, ko kua pukul bape?". "Dalam kul 12.30 la kak, nape?". "Ko lalu x kat Maybank?". " Lalu ". "Aku nak tumpang ko buleh?, balik aku balik sendiri". "Boleh, nanti kang kul 12.30 ready jerla, tapi akak Pae pun nak tumpang pegi Guardian yeh"."Ha yela". Titik!

Ni, dalam masa aku bercite kat sini ni, sms di hpon aku plak bunyi..kawan aku, dia mc 2 ari sebab demam.

"saeng, bz ke? bakpo bdn aku peluh?"

Harap maklum, aku ni, boleh berdialek-dialog 1 Malaysia!! hihihihi!! Kalau orang baru pertama kali kenal, memang takleh nak bajet aku orang mana sebenarnyer..sebab, aku buleh kecek 'salam pantai timur', buleh hat Utagha, ate Peghok pun layaaaan, & of course buleh Biso Bona!..inilah gunanya english education bak kata Usop Wilcha!

itula yang berlaku sepanjang pagi ni sahaja dalam hidup aku selain sambil itu, melayan kerja aku yang sedia ada ni ha..itupun, sebab bos aku takde, kalau tak, adanye meke-meke ni nak nyinggah?  tu yang aku rasa cam Kaunter Pertanyaan ke, Pakar Motivasi ke, cam klinik pun ada jugak..inila namanya 'hidup'..jap! ada orang mintak tolong aku nak guna scanner..aku cita tak abih lagi ni..jap yer..aku save dulu, kang aku sambung balik!


Tetiba plak letak gamba si PUSS ni..tapi comeykan mata dia? da pukul 12.20..aku sambung next entry part II lah yer..

bubbye!!

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..