Wednesday, April 27, 2011

Nak Menang " Destinasi Borong Pilihan saya ialah..."

Ada apa dengan Brilliant Bee?  Brilliant Bee merupakan impian saya, yang bakal jadi kenyataan.  Saya sedang menuju ke arah itu.  Ingin saya kongsikan pengalaman kecil saya.  Saya memulakan perniagaan secara online dengan menjual pelbagai jenis tudung, baju kanak-kanak dan baju wanita sejak tahun lepas lagi.  Masih belum sampai setahun jagung pun, bulan Jun 2011 ini, barulah genap setahun Brilliant Bee ditubuhkan.  Namun, saya kekurangan modal pusingan, akibatnya, terhenti di situ.  Walau bagaimanapun, saya tidak berputus asa, saya bertekad, saya mahu bekerja sendiri satu hari nanti.  Sedar, kurangnya pengalaman dalam bidang perniagaan, saya masih lagi dalam proses menimba ilmu.  Pengalaman berniaga yang telah saya lalui, tidaklah sedalam mana, tetapi banyak mengajar saya tentang sifat sabar dalam berhadapan dengan bermacam-macam kerenah pelanggan.  Harapan saya, wujudnya Brilliant Bee, mampu bersaing sihat dengan rakan niaga yang lain, tidak kiralah sama ada secara 'maya' melalui teknologi terkini atau pun punya bangunan sendiri, satu hari nanti, InsyaAllah.

Misi saya tidak terhad dalam dunia fesyen semata-mata.  Sekiranya Brilliant Bee berjaya menjadi realiti, saya mahu Brilliant Bee mampu memberi impak yang lebih bermakna dalam industri. Ia merangkumi skop yang lebih global lagi, perniagaannya juga boleh dijadikan pemangkin sektor lain seperti membantu penambahbaikan bidang pendidikan misalnya, menyumbang dana dalam bidang kesihatan, selain membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi negara.  Secara tidak langsung, Brilliant Bee dapat membantu negara membela nasib generasi yang akan datang. Anak-anak harapan agama, bangsa, dan negara yang bakal menerajui apa sahaja yang kita tinggalkan.  Apa pun, semuanya bermula dengan langkah yang pertama, impian yang mestilah menjadi kenyataan; iaitu berjaya ke destinasi borong pilihan saya!

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Menangi Ground Pakej Memborong ke Guangzhou dan Saigon, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..