Friday, April 22, 2011

Hidup & Mati!

Salam semua..Alhamdulillah..kita masih bernafas satu hari lagi..Tq Allah!

Meh kita berkongsi cerita yang boleh memberi sedikit teladan dan boleh diambil pelajaran pada kita semua dientry aku kali ni. Lanjutan daripada entry aku sebelum ni, tentang perjalanan hidup seharian, yang bermacam-macam kita lalui. Tanpa kita sedari, yang sebenarnya, bukan saje-saje jer perkara tu terjadi, pasti tak lain tak bukan, untuk kita ambil pelajaran, mendidik kita untuk menjadi lebih baik setiap hari.  Tapi, dalam pada tu, kita jugak kena beringat yang kita akan mati, yang kita sendiri tak tau bila la masanya kan?  Biasa tak dengar, orang lain la, bukan kita, yang sedang baca ni pun bukan..akan cakap macam ni, "ish!! apa cakap pasal mati ni?!!".  Pernah dengar tak, mutiara kata yang bunyinya lebih kurang macam ni, 'bekerja lah kamu seumpama tiada lagi esok untuk kamu, etc-etc..' ada lagi sambungan dia, tapi tak ingat plak.

Jadinya, apa-apa yang kita buat hari ni, semuanya bakal kita tinggalkan untuk generasi kita. Tak kiralah, untuk anak-anak kita, keluarga kita atau yang besar sekali generasi pelapis kita, tak kirala kepada sesiapa pun, untuk seluruh makhluk ciptaan Allah di Malaysia ni. Tak kiralah samada kepada bangsa atau agama.  Dalam apa jua yang kita buat, semuanya mesti yang terbaik.  Dan sebab tu juga, kita yang hidup ni kena selalu belajar-belajar-belajar!  Mana yang baik kita ikut, yang kurang baik, kita buat penambahbaikan mengikut kesesuaian tamadun kita di era kita.  Panjang plak aku membebel, meleret-leret plak korang membacanya, yer tak?

Ok sambung. Aku nak kongsikan tentang pengalaman aku pada tahun 2006 yang sebenar-benarnya tadi ni.  Aku tak akan lupakan peristiwa ni hingga ke akhir hayat. 


   
 ~total lost~

Kalau tengok balik gambar keta ni, tak sangka aku masih punya kesempatan untuk jalankan rutin aku hari ini.  Masih sempat memasak dan suapkan nasi ke mulut anak-anak, masih sempat dengar Nu'man dan Nabhan bercerita kisah diorang setiap hari kat sekolah, masih sempat tengok movie, masih sempat dengar diorang bergaduh, menangis dan banyak lagi lah yang dibuat bersama.

Waktu kejadian, aku mengandung 8 bulan, disebabkan mengantuk, sekelap mata terpejam, aku pun terbabas sensorang aku jer. Dari fastlane, pegi ke 3rd lane, pusing balik ke fastlane.  Aku tak pengsan, aku sedar. Lepas tu, ada orang (drebar lori blakang keta aku) bukakkan pintu, "akak, boleh jalan tak?". Aku jawab "Boleh". "Akak naik keta perdana tu, kakak tu nak hantarkan akak ke hospital".  Alhamdulillah, ada yang mau menolong. Dia tanya aku ada pemadam api tak..aku kata tak ada, dia kata enjin keta aku da terbakar, takut meletup plak kat situ.  Dalam keta, aku terus tepon ibu dan bapak mertua.

Kenapa aku jer sorang masa tu kan-kan-kan?  Aku accident tu hari Selasa pagi waktu nak pergi keje, dari umah ibu di Seremban.  Hari Jumaat minggu sebelumnya, rumah kitorang kena pecah masuk.  Kebetulan, hari Sabtu, husband aku kena outstation plak ke Indonesia.  Biasanya, aku ok jer tinggal 3 beranak.  Tapi, disebabkan orang pecah rumah tu, aku pun da risau la nak tinggal sendiri 3 beranak.  So, lepas buat report, tunggu cameraman datang rumah, amek gamba sumer, kitorang pun balik la rumah ibu.  Tu yang berulang dari rumah ibu ke opis aku.

2nd day berulang, accident.  Sampai jer kat wad kecemasan, nurse kat situ check, kat kepala aku kena jahit 3 tempat, kat lutut dapat 5 jahitan.  Masih ada lagi 'lipan' kat kepala lutut aku ni ha.  Tapi, aku dok cakap kat nurse, nak check baby dulu. Diorang kata, "tak pe kak, kita sudahkan akak dulu. Nanti bawak tempat Gynae, check baby pulak."

Lepas tu, scan & buat CTG, sampai malam diorang monitor.  Dalam pukul 12 tengah malam macam tu, diorang suruh aku tidur.  Aku pun barula lega nak lelapkan mata, sebab tau anak ok dan masih 'ada'.  Tapi pukul 4 pagi, nurse datang untuk buat CTG, dok cari-cari heartbeat, da takde.  Aku tak puas hati, mintak scan.  So, bawak aku pergi bilik Gynae untuk scan.  Doktor letak jer scanner atas perut, memang betul confirm, heartbeat anak da berhenti.  Aku tak nangis lagi masa tu, cuma, aku terus cal Gynae yang aku refer masa bersalinkan Nu'man & Nabhan.  Aku nak dia datang tengok pulak, sebab aku macam tak percaya.  Dr. Yus pujuk aku, dia kata, "hasbira, u sabar banyak-banyak, i tak boleh ganggu prosedur hospital, apa-apa nanti i discuss dengan Dr kat sana"...Aku pun dibawak naik ke wad.  Da tentula aku tak boleh nak tidur.  Aku dok fikirkan ayat yang nak disusun nak beritahu husband, ibu dan mertua.  So, mula-mula aku cal ibu.  Kemudian cal bapak mertua. Then, cal husband.  Aku cakap kat husband, " Abah, adik da takde". Pastu, citer kat dia apa yang da jadi tadi, dan mintak dia balik awal esoknya.  Esoknya, da mula ramai yang datang, bila husband aku sampai, kami baring berdua atas katil hospital dan nangis sepuas-puasnya berdua.

Aku mintak balik lepas Dr. kata, anak tak boleh dikeluarkan dulu, sebab dalam rahim ada lebam-lebam.  Kalau paksa, takut mudarat pada aku pulak.  Dipendekkan cerita, aku bawa arwah anak 2 minggu dalam perut.  Awal-awal balik rumah tu, takde keluar-keluar sangat.  Tapi dah macam rasa ok sikit tu, aku bawak jerla anak dalam perut pergi keluar ke shopping mall ke, makan kat luar ke.  Iyela, kalau duduk jer kat rumah, lagi terasa.  Tulah kan, bila jadi pada diri sendiri, barula tau yang badan kita ni, (ni Dr. yang cakap) dia akan buang naturally kalau tidak berguna dalam badan kita.  Tu yang 2 orang Dr. Gynae yang cakap.  Tapi, da lepas 2 minggu anak tak jugak tunjuk gesa nak keluar.  Jadi, Dr. mintak datang masuk ubat.

Masa nak bersalinkan arwah ni, seharian jugak tunggu, sampai la dos kelima iaitu yang terakhir untuk hari tu, husband pun baru pergi solat maghrib, sudahnya, aku bersalin sorang-sorang atas katil di wad.  Masa tu, aku mengereng jam pukul 8.05.  Bidan dan 2 orang nurse uruskan aku di katil wad.  Sebab Dr. pun tengah menyambut ibu lain bersalin.  Kami beri nama arwah Kamal Naufal.

Itula serba sikit pengalaman hidup yang nak aku kongsikan.  Kalau nak diceritakan satu-satu, panjang lebar, bosan pulak korang membacanya. Bagi aku, tahun 2006 banyak meninggalkan kenangan dan pelajaran bagi aku dan keluarga untuk mengharungi hidup hingga sekarang.

Aku sudahkan entry kali ini dengan petikan dari surah Ali Imran ayat 185 untuk kita sama-sama ambil iktibar.

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.  Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat.  Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung.  Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..