Friday, April 8, 2011

Sole-sole Usop Wilcha!!


Sole-sole!! Pagi ni aku bersemangat nak tulis pasal Usop Wilcha, gara-gara mendengar hotfm on e way nak pegi kerje. Cukup lawak giler!! aku tergelak giler2x dengar dia bercakap.  Xblh bayang macam mana laa c AG dengan FBI kat konti tu, mengadap dia secara live!  Penuh dengan english education Usop Wilcha ni..skang AG & FBI tengah bukak lagu 'Shy8' punyerla serius! Bila dengar balik lagu ni, ( Terasing di Bumi Sendiri )baru la aku ingat lagu yang mana satu sebenarnya yang dicipta sepenuhnya oleh 'Shy8', nyanyi secara live lagi ni ha! Dari lagu tu, dia sebenarnya memang seorang yang serius dan punya matlamat yang tinggi dalam membela pesakit2x AIDS melalui lagu dan nyanyiannya.  Sebab itula aku suka nak tulis pasal dia hari ni, sebab semuanya penuh motivasi yang positif.


Dalam pada dia melawak menjawab soalan-soalan dari peminat yang hantar sms atau di Facebook, tapi ada jugak yang 'touching my heart', tentang macammana dia melalui saat-saat turun naik dalam industri seni yang amat diminatinya.  Dia memang seorang yang minat sangat dengan menyanyi asalnya.  Inilah pentingnya punya kawan atau sahabat yang sentiasa percaya dan mendorong kita untuk mencapai kejayaan.  Hasil daripada Mamat Khalid yang bersungguh2x mengajak dia berlakon, skang ni, sampai jadi satu fenomena yang drastik di Malaysia ni ha.  Kita kena pandai pilih kawan, sebab kawan yang baik jugak boleh membentuk kita dan boleh menilai kita.  Sama jugak dengan Maher Zain, yang asalnya seorang yang agak 'nakal2x', boleh berubah menjadi seorang muslim yang punya matlamat menyampaikan dakwah beliau dengan menyanyi.  Lagu-lagunya penuh motivasi yang menyentuh jiwa dan mendidik muslim di seluruh dunia.  Kan global tu!  


Pelajaran hari ni, kita jangan putus asa dengan apa jua minat kita, dan sentiasa 'review' apa sahaja yang kita lalui setiap hari, supaya kita boleh tetapkan matlamat kita dan sabar dengan semua dugaan dari Allah.  Macam Shy8 or Usop Wilcha!!


Oklah, aku nak tutup dengan 'kite bakor! kite bakor! kite bakor!'

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..