Monday, April 11, 2011

~1st step~

 

Salam semua!! Kenapa plak tetiba letak gamba kasut kan?  Kali ni, aku nak tulis pasal '1st step' atau pun langkah pertama.  Selalunya langkah pertama tulah yang paling mencabar sekali untuk kita buat kan?  Samala dengan aku ni, punya la lama berkira-kira, akhirnya, aku dah pun berjaya angkat kaki aku untuk langkah yang pertama.  Alhamdulillah..aku harap kali ni, langkah pertama aku takkan berhenti di situ selama-lamanya.InsyaAllah..doakan aku yer.Kali ni, aku tak nak bertangguh-tangguh lagi dah.  Tak nak dok fikir-fikirkan lagi dah.  Kekadang, kita rasa, sesuatu perkara yang kita nak buat tu, kita konon-kononnya nak fikirkan dulu, nak consider itu dan ini.  Tapi kita tak sedar, sebenarnya, kita dah pun bertangguh untuk ambil tindakan yang patut dibuat pada masa yang sesuai tu.  Sebenarnya, kita bukan sahaja ketinggalan kerana bertangguh nak ambil tindakan, dalam pada masa yang sama, kita sebenarnya dok bertangguh membuat keputusan.  Sudahnya kita buat 2 kesilapan kat situ. Hmmm....pening jugak ayat aku ni.  Tapi aku tau korang boleh paham apa yang cuba aku sampaikan ni kan-kan-kan?

Kenapa kasut?  Ada apa dengan kasut? Sebab, citer pasal langkah ni, da tentula secara 'fizikal'nya di kaki kan-kan-kan? hmm...aku dah lama meninggalkan sesi pakai 'high heels' ni.  Kadang-kadang tu, rindu jugak nak berjalan pakai kasut tinggi yang cantik-cantik design & colornya.  Tapi apakan daya, badan da 'comey', lutut pun tak baper nak normal, dan lagi, skang ni, aku punya rutin yang padat sangat.  So, lebih baik tak payah pakai kasut tinggi dah!  Aku ni kan ibu merangkap 'supir' kepada suami dan anak-anak.  Bila kala la nak melawa terjengket2x berjalan dengan kasut tinggi.  Panjang plak entry aku ni, melalut pasal kasut tumit tinggi.  Padahal, tajuk ~1st step~ ni ha.

Apa yang ~1st step~ tu, ye tak?..hmmm...nama pun ~1st step~ kan, malu plak nak citer. Baru na ghasenyer.  Nantila, InsyaAllah, bila da lebih sket "step-step" aku tu, aku akan sharekan secara penuh kat sini.  Macam la ghamai na yang nak tau yer x?  takpela, sabar banyak-banyak, toksah gelojoh..
Walau apa pun, aku rasa lega, sebab aku da berjaya buat langkah yang pertama tu.  Harap-harap jadi kenyataan.." Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib kita, kalau kita sendiri tidak mengubahnya ".

bubbye!!


2 comments:

komen & idea bernas..