Sunday, April 21, 2013

~Part 2 : A.U.R.A H.I.N.D.U.S.T.A.N~

Salam Sumer...

Meh nak citer kecintaanku dekat filem ni, sehingga menjilat ja..ingat kfc?  bukan-bukan-bukanlaaa..

Sehingga meneteskan air mataku.... terasa macam aku pulak 'berada di situ' OH!

Terharu cum terujanya kalau BF kita chenta ke kita camtu sekali taw!..(peluk bantal peluk, muka senyum macam kucing dalam citer Shrek)...

Tajuk : Jab Tak Hai Jaan dalam bahasa kita makna dia (Sehingga Hujung Nyawa) lebih kurang...

Shah Rukh Khan in Jab Tak Hai Jaan (232793) size:1280x1024

Dalam citer ni hero hindustanku bawak 2 watak..biasala citer hindustan kan banyak flashback!  Nama dia Samar Anand.  Dia merantau ke London dan buat kerja macam-macam lah, nak survive.  Kerja kat pasar la, bersihkan salji la, kadang-kadang dia basking..


Aku belajar :

Kena kuat semangat, tak putus asa nak capai sesuatu..berani,berani & berani..sanggup buat apa sahaja untuk capai apa yang dicita-citakan..jangan MALAS!



Masa dia di London ni dia kenal dengan Meera (Katrina Kaif)..anak orang Hindustan kaya yang da duk di London lama..

Satu hari tu, Meera datang minta Samar ajar dia menyanyi dalam bahasa hindi untuk birthday ayah dia. Samar kata dia boleh ajar, tapi dengan syarat Meera kena ajar dia bahasa inggeris..So, diorang pun done-done London!

Pendeknya, diorang terjatuh chenta, walaupun Meera sebenarnya da bertunang dengan mamat Mat Salleh.



Meera ni pulak, watak dia ialah, dia anak orang kaya yang membesar dengan ayah dia jer, sejak umur 12 tahun. Emak dia tinggalkan ayah dia, sebab ada bercinta dengan lelaki lain, so, dia membesar dengan membenci mak dia.  Tapi Samar jugaklah yang tolong dia, temankan dia untuk jumpa mak dia balik.  Lepas jumpa mak dia, barula dia faham kenapa mak dia tinggalkan dia..

Aku belajar :

Bahagian hidup kita berbeza-beza..ada yang diuji begini, ada yang diuji begitu..ikut kemampuan kita menghadapinya.  Setiap kelebihan ada kekurangan.  Mungkin si A ada kelebihan yang si B tak ada, tapi bila dipertemukan ia menjadi 'complementary'..to support each other...

Kesetiaan, kejujuran,keikhlasan, pengorbanan, dalam perhubungan..tak kira la, sebagai suami isteri, sebagai sahabat atau ibu dengan anak.




Watak ni namanya Akira.  Dia seorang wartawan yang happy go lucky and adventures..Dia pun terjatuh chenta 'bertepuk sebelah tangan' dengan si Samar.



Ini watak kedua si Samar bila da keciwa dengan si Meera..waktu nilah si Akira nak coba jadi gf dia..tapi HAMPA!

Korang tau dia kerja apa lepas berpisah dengan si Meera? tadaaa....



Dia masuk Army! 

TAK NAK! Aku tak nak citer, pasal apa dan macam mana dia berpisah dengan si Meera tu! Korang kena tengok and feel sendiri...

Aku belajar :

Hidup dan mati, jodoh pertemuan ketentuan Allah!  Allah tahu apa yang terbaik untuk kita!  Dia beri pinjam segala-galanya yang terbaik untuk kita manfaatkan dan untuk bantu kita sama-sama merahmati alam..bukan untuk kita sorang-sorang! Kita tak boleh hidup sorang-sorang..Jalan cerita ni, banyak sentuh tentang sejauh mana kita benar-benar percaya dengan qada' dan qadar Allah.  Dalam apa juga agama yang dianuti, semuanya sama, menyeru untuk berbuat kebaikan!

Aku suka sangat-sangat citer ni sebab lain jugak, ialah:

Scenary yang cantek-cantek! Yang ntah bila tahun aku boleh jejakkan kaki..kui-kui-kui!



Oh LON DON!



Ini aku tak tau kat mana...








 

Sampaikan ke lagu-lagu dalam citer ni pun aku suka..makna lagu dia bukan yang sia-sia la..

Ok la..cukup-cukup sudah..cukup sampai disini saja..

~till next entry~

Monday, April 15, 2013

~Part 1 :A.U.R.A. H.I.N.D.U.S.T.A.N~

Salam Sumer...
 
Asik bangat dong dengan kisah sedih...kita citer tak sedih pulak la kan-kan-kan?  Harus korang bosan nanti nak layan belog yang asik nangis jer..(cet! macam la sedih sannggat! kan korang?)
 
Dah dekat tiga-empat minggu ni, kitorang berada di aura hindustan..hiks!  Asalnya, akula yang dok cuba-try-test beli citer hindustan dibawah tu...
 

 
Heronya Shahrukh Khan, heroin dia Katrina Kaif.
 
 

 
 
Citer Jab Tak Hai Jaan ni bukan semata-mata kisah cinta je..tapi banyak perkara yang boleh diambil pelajaran..terutama sekali, tentang kehidupan.  Untuk pengetahuan korang, ini merupakan filem terakhir Yash Raj. 
 
Hmmm...apa yang boleh aku summarykan seluruh citernya memang completelah!  menyentuh tentang kepercayaan dalam beragama, personaliti, perhubungan, pengorbanan, persahabatan, perjuangan untuk membina kehidupan yang lebih baik, disiplin, kesetiaan dan banyak lagi lah!  Lagi bagus kalau korang tengok sendiri citer ni.
 
 

 
Elok jer habis melayan citer ni, kitorg explore apa lagi filem Yash Raj yang best-best.  Kitorang pun jumpa la citer ni pulak :)
 
 

 
Filem ni kalau korang pernah tengok citer "Tourist", lebih kurang sama la jalan citer dia.  Hero dia Salman Khan dan heroin dia sama jugak Katrina Kaif.
 



 
 
Bagi aku, citer ni lebih kepada cinta.  Jujurnya, aku tetap jatuh cinta pandang pertama dengan Jab Tak Hai Jaan! huhuhu!
 
Baru-baru ni, aku beli pulak CD Yash Raj yg citer ni sebenarnyer da ada pada tahun 2007; tajuknyer ialah Rab Ne Bana di Jodi.

 
Kali ni, citer tentang suami isteri Punjabi atau Sikh.  Heronya Shahrukh Khan dan heroinnya Anushkha Sharma.
 
 
Kami suami isteri ni, sensitif sikit.  Tengok citer Jab Tak Hai Jaan dengan citer Rab ne Bana di Jodi, dua-dua menangis bersunggoh2x! hihihihi..
 
ok-ok, takpe, nanti next entry aku nak share apa yang aku belajar dari ketiga-tiga filem lakonan hero hindustanku ni..yer..tunggu tau! 
 
~ till next entry ~

Wednesday, April 10, 2013

~ T.U.R.U.N & N.A.I.K~

Salam Sumer...
Kat mana aku berhenti aritu yer? Haaa..aku pegi interview naik 'CIK NAB' kawan aku kan...ok sambung..
 
Alhamdulillah..lepas attend interview tu, aku pun dapat lah kerja di MPOB. Dan kalau korang nak tau, itulah kerja pertama aku sampai skang ni..dari 2001..setianya aku kan-kan-kan? Entahlah, samada aku setia atau aku yang tak kuasa nak cari or pindah tempat lain. Tapi kalau aku sabar sikit, mungkin aku sekarang berada di Kementerian mana-mana kat Putrajaya! Sebab, kenkawan aku yang lain banyak dapat panggilan interview daripada macam-macam Kementerian, selepas aku decide nak terima MPOB. Tak pelah, ini pun dikatakan jodoh..da masuk tahun ke-13 pun aku kat sini..sumber rezeki aku kat sini..
 
Bila masuk kerja, aku duduk dengan kakak sepupu aku di USJ..Pergi kerja pun tumpang salah seorang daripada diorang, memandangkan kebetulan dia lalu jalan yang sama untuk ke tempat kerja dia. Tapi tak lama lepas tu, bila dia pindah ofis, aku cari la alternatif untuk tumpang orang. Mujur ada seorang kakak ofis aku yang rumah dia dalam taman yang sama, dapatla aku tumpang. Aku hulur duit minyak la camtu.
 
2003 - aku menamatkan zaman bujang! ngeee...sebelum kawin tu, ibu aku nak pergi menunaikan haji. So, aku pun ditunangkan la dengan x-bf aku ni..sapa ke lagi..Cik Suami yang skang la...Masa ibu pergi haji, aku berulang dari Seremban ke Kelana Jaya, sebab adik aku tinggal sorang pulak nanti. Dia sekolah menengah lagi masa tu.
 
Bagi aku yang paling meninggalkan kesan dalam kitaran turun dan naik perjalanan hidup aku ialah pada tahun 2006..sebab dari awal tahun sampai akhir tahun, banyak ujian untuk aku, suami termasuk ibu dan adik aku jugak.
 
Awal tahun Nu'man masuk wad di DEMC, Shah Alam sebab dia kena exciema plus bacteria infection. 10 hari kitorg duduk wad. Dalam masa yang sama, Nabhan pulak kena chicken pox..dengan dia-dia sekali berjangkit! Dalam masa menjaga anak-anak di DEMC tu, aku sempat lagi pegi confirmkan dengan Dr Yus (gynae) yang aku pregnant anak ketiga! ngeeee....seronok!
 
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
 
Ujian seterusnya ketika di usia 25+ itu ialah, rumah sewa kitorang kena pecah masuk. Perompok tu dapat curi duit tabung anak-anak, laptop dan gelang aku.
Dah la gelang tu satu jer nan-ado! Cik suami yang bagi lak tu! sedih!
 
Selang beberapa hari kemudian..(uiihh! ayat!)
 
Aku pulak accident! Kereta total lost, anak yang dikandung, meninggal sehari lepas hari accident. Aku drive sensorang masa tu, sebab Cik suami outstation, jadinya, bila rumah da kena rompok tu, aku pun berulang-alikla ke Kelana Jaya. Arwah kami namakan Kamal Naufal. Lepas dia meninggal, aku bawa dalam perut selama 2 minggu sebab Gynae di Hospital Putrajaya tu kata, ada kesan lebam dalam rahim aku, so, dia tak nak ambil risiko untuk keluarkan baby immediately. Takut aku turun darah plak. Tapi lepas 2 minggu aku dipanggil untuk diinduicekan masuk tablet.
 
Haaaa..sini ada kesah lagi..
 
Setelah dari pagi hingga ke last dos dimasukkan ke aku ni, kami suami isteri menunggu anak ni bila la nak keluar... elok jer Cik suami pegi makan ngan maghrib, penyudahnya ialah, aku bersalin sensorang atas katil wad! Malam tu jugak, Cik suami bawa arwah balik ke Seremban. Esoknya dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa aku..
 
Masa berpantang aku kena demam susu beberapa hari, sebab takde anak yang menyusu..
 
Habis sesi berpantang, aku balik kerja semula..baru sebulan kerja, rasa sakit lutut. Pijak sakit! Apsal pulak nie? Pergi la check dekat KJMC. Liagament di lutut pulak putus! Masa aku pegi check tu, lepas buat MRI sumer, Dr tu cakap, tak pela, kita buat operation lepas raya. So, lepas raya aku operate lutut pulak. 4 hari dok di wad.
 
4 bulan jugak la aku nak recover. Buat fisio seminggu 3 kali di KJMC.
 
Oppss! lupa!  tertinggal satu lagi peristiwa; masa aku balik dari operation lutut tu, Nabhan pulak demam panas..sampai kena sawan. So, dia kena masuk wad di Sunway. Oleh sebab keadaan aku yang belum mengizinkan, so, abah dia la kena tunggu dia kat wad. Dah la wad untuk kanak-kanak penuh waktu tu, so, Nabhan dimasukkan ke ICU. Aku terpaksa la drive ulang-alik tengok dia dua beranak hari-hari. Mujur keta auto dan operate kaki kiri..huhuhu..kalau tak?
 
 
Apa-apa pun, bagi aku tahun 2006 memang tahun ujian buat aku dan keluarga.  Dalam pada tu, yang berlegar di minda dan hati aku ni ialah; Allah menduga kerana sayang-Nya.  Ramai lagi manusia lain yang diuji Allah dengan lebih hebat! 
 
 
Bila aku ingatkan semua kenangan dan ujian di atas, aku selalu mintak pada Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada aku, suamiku, anak2ku, ibuku, adikku, wanku dan seluruh ahli keluargaku..
 
 
alahai..mengantuk lagi..sambung nanti yer....
 
 
~till next entry~

Saturday, April 6, 2013

~K.A.G.U.M~

Salam Sumer...

Al-fatihah buat saudari K Gee iaitu isteri kepada Abg Abil http://abil4fauziah.blogspot.com
Semoga arwah K Gee dicucuri rahmat..amin ya Rabb!
 
Aku suka blogwalk dan sampaila aku discover blog Abg Abil nie, & mengikuti perkembangan dia menjaga isteri tercinta setiap hari.  Kebetulan Abg Abil nie orang S'ban tak jauh dari rumah ibu aku..
 
What a small world kan?  Dalam pada tu, seribu cerita kehidupan setiap manusia di muka bumi Allah yang boleh diambil iktibar dan berkongsi pengalaman sesama kita.

Aku suka blogwalk sebab setiap kali aku baca, aku dapat belajar tentang pengalaman orang lain.  Pendek kata, bahagian masing-masing berbeza.

Turun naik kehidupan..setiap orang melaluinya, tapi masa turun dan naik tak sama.

Untuk diri aku sendiri?

Masa zaman sekolah-sekolah sampai ke universiti, aku tak la pandai sangat belajar..biasa-biasa jer..bahagian hidup aku yang berbeza sikit daripada kawan-kawan aku ialah ayah aku jatuh sakit masa aku di tingkatan 4 macam tu.  Jadi, ibu, aku dan adik terpaksa belajar untuk buat sendiri banyak perkara.  Ibu kena fokus jaga ayah hari-hari.  Mula dengan masuk wad di Hospital S'ban, kemudian pindah ke Hospital Melaka.  Masa di Hospital Melaka ni, lama jugak la kitorang terpisah dengan ayah dan ibu.  Mujur la ada wan tunggu kitorang di S'ban.  Bila hujung minggu jer, kitorang ikut wan balik Tampin jengah rumah dia dan pergi tengok ayah dan balik ke S'ban balik hari Ahad.  Macam tula rutin kitorang setiap minggu.  Arwah ayah sakit kanser.  Bila Hospital Melaka dah mintak ayah dibawak balik, ibu terus menjaga ayah di rumah.  Boleh la aku dan adik tolong ibu sikit-sikit mana yang patut. Hari Jumaat, hari terakhir persekolahan sebelum seminggu cuti sekolah, ayah meninggalkan kami 3 beranak.  Naik dari cuti sekolah tu, aku trial exam SPM...cukup-cukup makan jer.  Adik UPSR dalam tahun yang sama, adik pun biasa-biasa jer..
 
Aku puas hati sebab dapat jaga ayah masa dia sakit..
 
Ayah, along rindu ayah..
 
Lepas result SPM aku keluar, aku apply untuk masuk universiti.  Alhamdulillah, dengan SPM gred 2 aku dapat masuk pre-dip di ITM, Dungun, T'ganu.  Ikutkan macam tak nak pergi jugak masa tu.  Sebab aku kesiankan ibu dan adik, tinggal berdua jer di kg.  Tapi, aku keraskan hati, aku kata dalam hati yang aku buat untuk bantu ibu dan adik jugak..selain bantu diri aku sendiri..
 
Masa belajar, aku cari duit poket dengan jadi ahli kelab MEDEC..MEDEC ni macam kedai runcit la kat area hostel siswi.  Kedai nie kat belakang dewan makan siswi.  Aku da tak ingat berapa gaji aku sejam masa tu.  Selain daripada jaga kedai tu, aku ngan kenkawan jual jugak nasi lemak ikan tongkol, bihun goreng, kuih akok dari bilik ke bilik.  Lepas habis duty, setiap malam aku akan call ibu dan adik.  Kecuali kalau aku ada kelas malam tak dapatla aku call ibu mengubat rindu..siap kena beratur panjang tunggu turn nak guna public phone..lawak jer..kadang-kadang sanggup jalan dari satu blok ke satu blok sebab nak cari public phone yang tak ramai orang!
 
Habis belajar, alhamdulillah..selepas 4 bulan dok beli paper the Star hari-hari dengan pergi Cyber Cafe hari-hari, aku dipanggil interview di MPOB.  Tempat aku bekerja sampai sekarang..masih di sini.  Ingat lagi masa nak pergi interview tu, aku tumpang tidur rumah sewa Lin.  Lin nie kawan sekampung aku.  Dia waktu tu, belum habis study lagi dia buat Degree di UPM.  Lepas Subuh tu si Lin ni hantarla aku naik 'Che NAB' dia!  NAB tu nombor plat laa..Motor si Lin pergi ke kelas hari-hari.
 
 Tiba-tiba pulak rasa mengantuk tahap gaban!  Jam pukul 2.10 pagi..patowwttt la ;)
 
Cik Suami dan anak-anak da selamat beradu masa aku borak ngan korang kat sini...huhuhu!
Esok la aku sambung yer..mata tak larat nak tongkat ni!
 
~till next entry~