Wednesday, April 10, 2013

~ T.U.R.U.N & N.A.I.K~

Salam Sumer...
Kat mana aku berhenti aritu yer? Haaa..aku pegi interview naik 'CIK NAB' kawan aku kan...ok sambung..
 
Alhamdulillah..lepas attend interview tu, aku pun dapat lah kerja di MPOB. Dan kalau korang nak tau, itulah kerja pertama aku sampai skang ni..dari 2001..setianya aku kan-kan-kan? Entahlah, samada aku setia atau aku yang tak kuasa nak cari or pindah tempat lain. Tapi kalau aku sabar sikit, mungkin aku sekarang berada di Kementerian mana-mana kat Putrajaya! Sebab, kenkawan aku yang lain banyak dapat panggilan interview daripada macam-macam Kementerian, selepas aku decide nak terima MPOB. Tak pelah, ini pun dikatakan jodoh..da masuk tahun ke-13 pun aku kat sini..sumber rezeki aku kat sini..
 
Bila masuk kerja, aku duduk dengan kakak sepupu aku di USJ..Pergi kerja pun tumpang salah seorang daripada diorang, memandangkan kebetulan dia lalu jalan yang sama untuk ke tempat kerja dia. Tapi tak lama lepas tu, bila dia pindah ofis, aku cari la alternatif untuk tumpang orang. Mujur ada seorang kakak ofis aku yang rumah dia dalam taman yang sama, dapatla aku tumpang. Aku hulur duit minyak la camtu.
 
2003 - aku menamatkan zaman bujang! ngeee...sebelum kawin tu, ibu aku nak pergi menunaikan haji. So, aku pun ditunangkan la dengan x-bf aku ni..sapa ke lagi..Cik Suami yang skang la...Masa ibu pergi haji, aku berulang dari Seremban ke Kelana Jaya, sebab adik aku tinggal sorang pulak nanti. Dia sekolah menengah lagi masa tu.
 
Bagi aku yang paling meninggalkan kesan dalam kitaran turun dan naik perjalanan hidup aku ialah pada tahun 2006..sebab dari awal tahun sampai akhir tahun, banyak ujian untuk aku, suami termasuk ibu dan adik aku jugak.
 
Awal tahun Nu'man masuk wad di DEMC, Shah Alam sebab dia kena exciema plus bacteria infection. 10 hari kitorg duduk wad. Dalam masa yang sama, Nabhan pulak kena chicken pox..dengan dia-dia sekali berjangkit! Dalam masa menjaga anak-anak di DEMC tu, aku sempat lagi pegi confirmkan dengan Dr Yus (gynae) yang aku pregnant anak ketiga! ngeeee....seronok!
 
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
 
Ujian seterusnya ketika di usia 25+ itu ialah, rumah sewa kitorang kena pecah masuk. Perompok tu dapat curi duit tabung anak-anak, laptop dan gelang aku.
Dah la gelang tu satu jer nan-ado! Cik suami yang bagi lak tu! sedih!
 
Selang beberapa hari kemudian..(uiihh! ayat!)
 
Aku pulak accident! Kereta total lost, anak yang dikandung, meninggal sehari lepas hari accident. Aku drive sensorang masa tu, sebab Cik suami outstation, jadinya, bila rumah da kena rompok tu, aku pun berulang-alikla ke Kelana Jaya. Arwah kami namakan Kamal Naufal. Lepas dia meninggal, aku bawa dalam perut selama 2 minggu sebab Gynae di Hospital Putrajaya tu kata, ada kesan lebam dalam rahim aku, so, dia tak nak ambil risiko untuk keluarkan baby immediately. Takut aku turun darah plak. Tapi lepas 2 minggu aku dipanggil untuk diinduicekan masuk tablet.
 
Haaaa..sini ada kesah lagi..
 
Setelah dari pagi hingga ke last dos dimasukkan ke aku ni, kami suami isteri menunggu anak ni bila la nak keluar... elok jer Cik suami pegi makan ngan maghrib, penyudahnya ialah, aku bersalin sensorang atas katil wad! Malam tu jugak, Cik suami bawa arwah balik ke Seremban. Esoknya dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa aku..
 
Masa berpantang aku kena demam susu beberapa hari, sebab takde anak yang menyusu..
 
Habis sesi berpantang, aku balik kerja semula..baru sebulan kerja, rasa sakit lutut. Pijak sakit! Apsal pulak nie? Pergi la check dekat KJMC. Liagament di lutut pulak putus! Masa aku pegi check tu, lepas buat MRI sumer, Dr tu cakap, tak pela, kita buat operation lepas raya. So, lepas raya aku operate lutut pulak. 4 hari dok di wad.
 
4 bulan jugak la aku nak recover. Buat fisio seminggu 3 kali di KJMC.
 
Oppss! lupa!  tertinggal satu lagi peristiwa; masa aku balik dari operation lutut tu, Nabhan pulak demam panas..sampai kena sawan. So, dia kena masuk wad di Sunway. Oleh sebab keadaan aku yang belum mengizinkan, so, abah dia la kena tunggu dia kat wad. Dah la wad untuk kanak-kanak penuh waktu tu, so, Nabhan dimasukkan ke ICU. Aku terpaksa la drive ulang-alik tengok dia dua beranak hari-hari. Mujur keta auto dan operate kaki kiri..huhuhu..kalau tak?
 
 
Apa-apa pun, bagi aku tahun 2006 memang tahun ujian buat aku dan keluarga.  Dalam pada tu, yang berlegar di minda dan hati aku ni ialah; Allah menduga kerana sayang-Nya.  Ramai lagi manusia lain yang diuji Allah dengan lebih hebat! 
 
 
Bila aku ingatkan semua kenangan dan ujian di atas, aku selalu mintak pada Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada aku, suamiku, anak2ku, ibuku, adikku, wanku dan seluruh ahli keluargaku..
 
 
alahai..mengantuk lagi..sambung nanti yer....
 
 
~till next entry~

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..