Friday, December 30, 2011

~ R.E.V.I.E.W Y.E.A.R 2011: part?..by part ~

Salam Sumer...

~motip? letak gamba lengan besar paha nie?~

Ada ke yang nak menelek a.k.a mengambil perhatian a.k.a kesah a.k.a port tentang perjalanan hidup aku ni?  ngeeee ~ senyum ~...tiada lain, sekadar untuk muhasabah diri aku dan harapan aku, kok kalau ada yang boleh diambil pelajaran; sila-silalah 'renung-renungkan dan selamat beramal'..yang elok-elok je amek tau, yang buruk buat sempadan!

Hmm...nak mula ikut bulan ke.....ikut suka jelah kan-kan-kan?  Tak delah nak cerita abis-abis detail-detail sangat..kang kalah pulak OMBAK RINDU, dari novel berjilid-jilid convert pulak ke teater, buat pulak movie..macamlah ada yang  terkinja-kinja nak follow!

Kehidupan seeemuuuua orang mestila ada turun naik kan, kalau mendatar je, bukan la hidup namanya..macam mesin nyawa kat hospital tu, bila orangnya dah tak de bunyinya 'teeeeeet'..dan mestilah bosan kalau tak de cabaran dan rintangan.  Alhamdulillah, sebagai insan yang berakal, aku sentiasa percaya setiap yang didatangkan dari Allah, ada tujuan dan hikmah terbaik buat kita..jadi sentiasa tanamkan sifat sabar dan semangat untuk bangun supaya kita tidak lemah dan putus harapan untuk meneruskan kehidupan.  Tentulah, ada masa menangis, ada masa suka, ada masa sakit, ada masa kecewa..tapi jangan lewatkan sangat perasaan tu, sampai ia menguasai kita, akhirnya, sampai kita tak boleh meneruskan hidup dan menyusahkan orang-orang yang tersayang.

Korang suka cerita sedih last ke, cerita gembira di akhir rancangan?  Biasanya, kalau kita tengok cerita apa-apa pun, tak kesah la melayu ke, omputih ke, mestilah nak happy ending kan?  Macam cerita 'Tentang Dhia' kesudahannya sedih la pulak, tapi bagi aku still happy ending, sebab mereka bersama ke akhir hayat..hukuman untuk Ku Salmi dan si Zetty tu, kita anggap ( buat summary sendiri ) dapatlah balasan dari Allah..over plak, iklan sekejap..hihihi!

~ 'diiiaaa yang aku cinta..'nyanyi la plak ~


Sambung balik....

So, kita tiru storyline 'Tentang Dhia' la kan-kan-kan?  Aku cerita yang best-best dulu lah..ngee..

Di awal pembukaan tahun 2011, abang Nu'man menjejakkan kaki (jangan muntah! itu bak kata AR TOMPEL - ' Sasstera ')  kitorang mulakan dengan perasaan teruja, sebab anak nak masuk darjah 1 la katakan..hihihi..

Samalah macam ibu ayah lain, dok la shopping beli semuanya serba baru..dan abang Nu'man pun, excitedla 'menerrai' (oh! bahasa ku!)..


~Slamat Darjah 1 Nu'man~

Pastu, di Januari (sila nyanyi macam Glen), aku dan cik suami bawa anak-anak bercuti sekolah di Kuala Gandah, menengok gajah! Yeayyy! Bagi aku pergi ke tempat-tempat 'mesra alam' macam ni, anak-anak enjoy dan ada pengisian untuk diorang belajar..salah satunya kehidupan makhluk lain ciptaan Allah!







Masa kitorang pergi Kuala Gandah ni, hujaaaan tak berhenti, so, naik air lah sungai tempat mandikan gajah-gajah tu..makanya, tak delah sesi mandi-manda bersama gajah..:(




~ tempat mandi gajah yang dinaiki air ~




~ adik da abis gaya, buat gaya ruku' plak..abang buat-buat tengok tempat lain~





~mandikan gajah-gajah dulu~

~kenalkan nama-nama gajah~



~bagi makan buah~




~naik gajah~

Sebenarnya, kok nak diuploadkan semua gambar-gambar memang la banyak!  So, kalau korang ada yang nak bawa anak-anak bercuti sekolah akan datang, boleh lah datang ke Kuala Gandah ni.  Free of Charge!  Sebab gajah-gajah ni under Jabatan Perhilitan Negeri. Ada persembahan dari gajah-gajah, sesi bagi makan, sesi naik gajah dan mandi bersama gajah!  Memang bestlah!

Tempat kedua lepas tengok gajah, kitorang ke Deerland yang tak jauh dari tempat gajah ni.  Entrance kali ni, ada bayaran tapi tak mahal sangat, sorry, tak ingat pulak berapa hengget.  Walaupun tertumpu pada rusa-rusa, ada jugak haiwan lain yang dipelihara kat sini..jom tengok gambar lagi!


























~menunya ialah kuih raya letak madu~







~Nabhan kata ular ni comey~

~abang Nu'man takut~


Lagi 1/2 jam nak melangkah ke 2012...huhuhu...
Mata pulak rasa mengantuk! Camner tue? kita sambung part 2 la yer..


~till next entry~



Thursday, December 15, 2011

~C.O.L.O.R.S~

<><> <><> <><>
~credit to bing images~

Salam Sumer...

Hari ni aura nak bercerita tetiba je datang..so, jangan 'matikan jiwa' tu..laaayaaaan..

Aku nak bayar hutang entri lagi ni!  Kali ni, nak bercerita tentang warna pada sayur dan buah-buah yang kita makan...





-Warna Oren-

* agen anti-oksidan membantu melindungi badan daripada kebanyakan jenis penyakit kanser dan penyakit jantung, dan mampu melambatkan kemaraan sakit mata.

* contoh buah & sayur : carrot, oren, labu, mangga, betik & aprikot.




-Warna Kuning-
* mengandungi Vitamin C yang cukup untuk melindungi sel tubuh.

* mengandungi Potassium untuk menurunkan tekanan darah tinggi & mengurangkan pembentukan plak di arteri.

* mampu meningkatkan fungsi jantung dan agen anti-kanser.

* Pisang mampu membekalkan Vitamin B6 untuk mengawal hormon.

* contoh buah-buahan; pisang,limau manis dan jagung.


 


-Warna Hijau-
* agen anti-oksidan dan perangsang enzim menyahtoksik semula jadi.
* mampu mengelakkan sel-sel tubuh daripada mengalami kerosakan dan penyakit kanser.
* semakin kuat warna hijau, tanda semakin besar kandungan klorofil.

* contoh? boleh pilihlah sendiri, sayur-sayuran yang warnanya hijau kan-kan-kan!


 

-Warna Ungu-

* membantu dalam masalah penuaan.

* 'julap' yang baik, so, sesiapa yang ada masalah nak buang air besar, sila makan sayur-sayuran/buah-buahan warna ini.

* kandungan airnya yang sangat banyak, mampu meningkatkan jumlah cecair yang diperlukan oleh tubuh.

* terung mampu menurunkan kadar kolesterol dan asid hempedu di dalam usus, kemudian menyingkirkannya daripada tubuh.


 
 

-Warna Merah-

* menjaga kesihatan sel dan mampu mengurangkan risiko kanser.

* membantu tubuh menyerap radikal bebas dan membaiki sel-sel badan yang telah rosak.

* mampu melakukan proses menyahtoksik untuk menghilangkan sel-sel barah.

* contoh; tomato, strawberri,tembikai,epal & cili merah.





-Warna Putih-

* kandungan sulfur dalam sayur/buah dalam warna ini menjadikan makanan berasa pedas atau berbau tajam.

* merupakan agen anti-tumor.

* melindungi membran sel.

* contoh; lobak putih, bawang merah, kucai,tauhu.


~till next entry~



Wednesday, December 14, 2011

~Kebaikan Susu Ibu~

Salam Sumer...

Apa salahnya kalau aku masih 'bayar hutang entri' yang aku dah listkan sebelum ni kan-kan-kan?  Kalau pun bukan untuk aku lagi buat masa ini, masa akan datang, InsyaAllah, aku yakin masih punya peluang.  Lagi pun, untuk korang-korang yang pregnant/yang tak pregnant masih boleh dapat manfaatnya.

So, lets chill!




Kebaikan Susu Ibu untuk Bayi :


*  Kandungan kolostrum jadi sumber imunisasi pertama bayi

*  Mengurangkan masalah alergi

*  Membantu masalah sistem penghadaman

*  Pembekal zat-zat dan nutrisi tumbesaran optimum

*  Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak

*  Mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik


Kebaikan Susu Ibu untuk Ibu juga ;)


#  Membantu mengecutkan rahim & mengurangkan pendarahan

#  Menjarakkan kehamilan secara semulajadi

#  Mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan uterine

#  Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis

#  Membantu ibu  kembali ke berat badan asal

#  Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak

~ till next entry ~

p/s:  nak concentrade layan "Tentang Dhia" ngeeeee....

Thursday, December 8, 2011

~ R.A.S.A ~

Rasa Marah
Rasa Sesal
Rasa Sunyi
Rasa Sorang
Kosong

Rasa nak Balas
Rasa nak Buang
Rasa nak Lari
Tapi....Fikirkan balik..betul ke?
Dapat apa?
Nanti jadi sama, tak ada beza
Nanti jadi serupa, tak ada istimewa
Jadi dosa jer..lagi hampa..

Rasa kena Bertahan
Rasa kena Kuatkan
Rasa kena Sabarkan
Rasa mungkin ada perubahan
Rasa mungkin ada tuah
Rasa ujian sebab sayangkan Allah

Rasa Pahit
Rasa Masam
Rasa Manis
Perasaan yang hidup
Bila nyawa tak ada, mungkin barulah
Rasa Masin..

Rasa Jiwa
Rasa Hati
Harap-harap pasangan ini tak mati
Harap-harap hati & jiwa sentiasa ada nyawa
Luahan Rasa harapkan tenang


~till next entry~


Sunday, December 4, 2011

~No More Bleeding~

Salam Sumer...

Aku baru je clear from bleeding lepas buat D&C 25/11 aritu..Alhamdulillah..harap-harap betul-betul la clear..risau jugak, takut kena buat D&C lagi sekali kalau dok bleeding..tapi esok aku ada appointment dengan Dr. Yus untuk scan, makesure that betul-betul clean & clear..

Hari ni belum ada kemana-mana lagi. Kami sekeluarga duduk kat rumah je. Tapi da ada yang plan nak makan kat luar dinner nanti.  Anak-anak dah seronok duk kat rumah tak ke rumah Umi (babysitter) lebih kurang 2 minggu lebih ni, sejak aku MC.

Cuma yang tak bestnya, kitorang kenalah postponekan plan cuti yang konon-kononnya nak ke Lost World of Tambun masa cuti Awal Muharram aritu.  Takpela anak, kita plankan lain la plak..mujur cuti sekolah sebulan.

Aku nak mula makan jamu Mustika Ratu untuk sesi so-called 'pantang' kali ni.  Dr. Yus da confirmkan once bleeding ni clear, boleh la makan jamu untuk kecutkan rahim etc.

Banyak gak plan entri-entri yang tertunggak kan-kan-kan?  Sorry guys, dok mengesahkan diri dalam masa 2 minggu ni, dan yang pastinya, akan berterusan kalau boleh bagi masa sebulan ni, untuk berpantang..walaupun kena gak pergi kerja macam biasa esok. 

Mesti banyaknyalah menda atas meja ofis ni..mesti tak tau nak mulakan yang mana..hmm..malas nak pikir..harung je esok..daaan yang paling tak best, nak mengadap muka boss!..


~ bestnya cuti ~


2012 - tak sampai sebulan je lagi kan,kan,kan?..kalau tengok list aku, nampaknya Allah makbulkan satu..get pregnant..Alhamdulillah..

Again, time for us to review back what 've we gone thru all over 12months this year, every single 2nd, every single day..hmm..Lagi cantik, di tahun baru Islam - Awal Muharram..umur bertambah lagi..sampai ke umur kita nak mendengar suara anak-anak kita lagi tahun ni..sempat ke kita capai apa yang kita cita-cita di tahun ni?

till next entry~