Thursday, December 15, 2011

~C.O.L.O.R.S~

<><> <><> <><>
~credit to bing images~

Salam Sumer...

Hari ni aura nak bercerita tetiba je datang..so, jangan 'matikan jiwa' tu..laaayaaaan..

Aku nak bayar hutang entri lagi ni!  Kali ni, nak bercerita tentang warna pada sayur dan buah-buah yang kita makan...





-Warna Oren-

* agen anti-oksidan membantu melindungi badan daripada kebanyakan jenis penyakit kanser dan penyakit jantung, dan mampu melambatkan kemaraan sakit mata.

* contoh buah & sayur : carrot, oren, labu, mangga, betik & aprikot.




-Warna Kuning-
* mengandungi Vitamin C yang cukup untuk melindungi sel tubuh.

* mengandungi Potassium untuk menurunkan tekanan darah tinggi & mengurangkan pembentukan plak di arteri.

* mampu meningkatkan fungsi jantung dan agen anti-kanser.

* Pisang mampu membekalkan Vitamin B6 untuk mengawal hormon.

* contoh buah-buahan; pisang,limau manis dan jagung.


 


-Warna Hijau-
* agen anti-oksidan dan perangsang enzim menyahtoksik semula jadi.
* mampu mengelakkan sel-sel tubuh daripada mengalami kerosakan dan penyakit kanser.
* semakin kuat warna hijau, tanda semakin besar kandungan klorofil.

* contoh? boleh pilihlah sendiri, sayur-sayuran yang warnanya hijau kan-kan-kan!


 

-Warna Ungu-

* membantu dalam masalah penuaan.

* 'julap' yang baik, so, sesiapa yang ada masalah nak buang air besar, sila makan sayur-sayuran/buah-buahan warna ini.

* kandungan airnya yang sangat banyak, mampu meningkatkan jumlah cecair yang diperlukan oleh tubuh.

* terung mampu menurunkan kadar kolesterol dan asid hempedu di dalam usus, kemudian menyingkirkannya daripada tubuh.


 
 

-Warna Merah-

* menjaga kesihatan sel dan mampu mengurangkan risiko kanser.

* membantu tubuh menyerap radikal bebas dan membaiki sel-sel badan yang telah rosak.

* mampu melakukan proses menyahtoksik untuk menghilangkan sel-sel barah.

* contoh; tomato, strawberri,tembikai,epal & cili merah.





-Warna Putih-

* kandungan sulfur dalam sayur/buah dalam warna ini menjadikan makanan berasa pedas atau berbau tajam.

* merupakan agen anti-tumor.

* melindungi membran sel.

* contoh; lobak putih, bawang merah, kucai,tauhu.


~till next entry~



No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..