Friday, December 30, 2011

~ R.E.V.I.E.W Y.E.A.R 2011: part?..by part ~

Salam Sumer...

~motip? letak gamba lengan besar paha nie?~

Ada ke yang nak menelek a.k.a mengambil perhatian a.k.a kesah a.k.a port tentang perjalanan hidup aku ni?  ngeeee ~ senyum ~...tiada lain, sekadar untuk muhasabah diri aku dan harapan aku, kok kalau ada yang boleh diambil pelajaran; sila-silalah 'renung-renungkan dan selamat beramal'..yang elok-elok je amek tau, yang buruk buat sempadan!

Hmm...nak mula ikut bulan ke.....ikut suka jelah kan-kan-kan?  Tak delah nak cerita abis-abis detail-detail sangat..kang kalah pulak OMBAK RINDU, dari novel berjilid-jilid convert pulak ke teater, buat pulak movie..macamlah ada yang  terkinja-kinja nak follow!

Kehidupan seeemuuuua orang mestila ada turun naik kan, kalau mendatar je, bukan la hidup namanya..macam mesin nyawa kat hospital tu, bila orangnya dah tak de bunyinya 'teeeeeet'..dan mestilah bosan kalau tak de cabaran dan rintangan.  Alhamdulillah, sebagai insan yang berakal, aku sentiasa percaya setiap yang didatangkan dari Allah, ada tujuan dan hikmah terbaik buat kita..jadi sentiasa tanamkan sifat sabar dan semangat untuk bangun supaya kita tidak lemah dan putus harapan untuk meneruskan kehidupan.  Tentulah, ada masa menangis, ada masa suka, ada masa sakit, ada masa kecewa..tapi jangan lewatkan sangat perasaan tu, sampai ia menguasai kita, akhirnya, sampai kita tak boleh meneruskan hidup dan menyusahkan orang-orang yang tersayang.

Korang suka cerita sedih last ke, cerita gembira di akhir rancangan?  Biasanya, kalau kita tengok cerita apa-apa pun, tak kesah la melayu ke, omputih ke, mestilah nak happy ending kan?  Macam cerita 'Tentang Dhia' kesudahannya sedih la pulak, tapi bagi aku still happy ending, sebab mereka bersama ke akhir hayat..hukuman untuk Ku Salmi dan si Zetty tu, kita anggap ( buat summary sendiri ) dapatlah balasan dari Allah..over plak, iklan sekejap..hihihi!

~ 'diiiaaa yang aku cinta..'nyanyi la plak ~


Sambung balik....

So, kita tiru storyline 'Tentang Dhia' la kan-kan-kan?  Aku cerita yang best-best dulu lah..ngee..

Di awal pembukaan tahun 2011, abang Nu'man menjejakkan kaki (jangan muntah! itu bak kata AR TOMPEL - ' Sasstera ')  kitorang mulakan dengan perasaan teruja, sebab anak nak masuk darjah 1 la katakan..hihihi..

Samalah macam ibu ayah lain, dok la shopping beli semuanya serba baru..dan abang Nu'man pun, excitedla 'menerrai' (oh! bahasa ku!)..


~Slamat Darjah 1 Nu'man~

Pastu, di Januari (sila nyanyi macam Glen), aku dan cik suami bawa anak-anak bercuti sekolah di Kuala Gandah, menengok gajah! Yeayyy! Bagi aku pergi ke tempat-tempat 'mesra alam' macam ni, anak-anak enjoy dan ada pengisian untuk diorang belajar..salah satunya kehidupan makhluk lain ciptaan Allah!







Masa kitorang pergi Kuala Gandah ni, hujaaaan tak berhenti, so, naik air lah sungai tempat mandikan gajah-gajah tu..makanya, tak delah sesi mandi-manda bersama gajah..:(




~ tempat mandi gajah yang dinaiki air ~




~ adik da abis gaya, buat gaya ruku' plak..abang buat-buat tengok tempat lain~





~mandikan gajah-gajah dulu~

~kenalkan nama-nama gajah~



~bagi makan buah~




~naik gajah~

Sebenarnya, kok nak diuploadkan semua gambar-gambar memang la banyak!  So, kalau korang ada yang nak bawa anak-anak bercuti sekolah akan datang, boleh lah datang ke Kuala Gandah ni.  Free of Charge!  Sebab gajah-gajah ni under Jabatan Perhilitan Negeri. Ada persembahan dari gajah-gajah, sesi bagi makan, sesi naik gajah dan mandi bersama gajah!  Memang bestlah!

Tempat kedua lepas tengok gajah, kitorang ke Deerland yang tak jauh dari tempat gajah ni.  Entrance kali ni, ada bayaran tapi tak mahal sangat, sorry, tak ingat pulak berapa hengget.  Walaupun tertumpu pada rusa-rusa, ada jugak haiwan lain yang dipelihara kat sini..jom tengok gambar lagi!


























~menunya ialah kuih raya letak madu~







~Nabhan kata ular ni comey~

~abang Nu'man takut~


Lagi 1/2 jam nak melangkah ke 2012...huhuhu...
Mata pulak rasa mengantuk! Camner tue? kita sambung part 2 la yer..


~till next entry~



No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..