Thursday, February 21, 2013

M.Y. T.I.P.s..

Salam Sumer..
 
 
Jam da pukul 12.00 malam..aku belum tido lagi..masih 'merayau-rayau di alam maya pada' lagi..(sastra!)..
 
 

KOBIS!
 
Ada ke orang yang tak kenal kobis?  Nak bagi tips ni tau!
 
 
 
 
Bukan jugak! Kalau makan kobis dapat anak kembar  >_< ...bukan lah! hiks!
 
 
 
Bukan buat balut baby lah! Tapi nak bagi tips yang kobis boleh jugak kita gunakan untuk melegakan bengkak payu dara bagi ibu-ibu yang menyusukan baby.  Mungkin ada yang da tau petua ni. So, kepada yang tak tau, sila ambil pelajaran yer..
 
Pengalaman sendiri lepas bersalin anak ketiga, arwah Naufal, aku kan berpantang jugak sepanjang 2 bulan. Tapi tanpa baby di sisi, Allah lebih sayang dia..so, susu aku yang banyak dok terkumpul, sampai aku demam seminggu!  So, untuk kurangkan bengkak serta sakit dan demam, ibu aku ambil kobis, seelok-eloknya, beli kat pasar tu, yang besar-besar sebiji kobis tu, sebab, kelopak kobis yang besar-besar tu, kita kepakkan dan tutup payu dara kita. Nanti korang akan rasa sendiri bengkak susut dan bila kobis tu dah layu, tukar yang baru.  Saaampaila korang rasa lega.  InsyaAllah..cuba la kepada sesiapa yang mengalami bengkak 'susu' ni yer..
 
Opps! lupa pulak!  Kalau jadi macam kes aku, tiada baby yang nak menyusu, jangan sesekali, pam susu keluar.  Sebab bila korang buat macam tu, tindakan tu tidak membantu menghilangkan atau mengurangkan bengkak susu.  Ini kerana, setiap kali kita pam susu keluar, susu akan 'direfill' dan terjadila lagi bengkak susu.  Gynae aku nasihatkan, pergila ke farmasi, dan beli ubat untuk berhenti susu..sekiranya, tiada baby yang nak disusukan..atau sebab-sebab yang tidak mengizinkan kita menyusukan.  Kalau tidak, boleh la dipam dan dibuat stok untuk diberi kepada baby kita seperti biasa.  Okla, harap korang dapat manfaat daripada entri aku kali ni..cuba tau!

~till next entry~
 

Saturday, February 16, 2013

M.Y. K.I.V.s

Salam Sumer..
 
Tengok la tajuk entri aku tu..K.I.V.s :  banyak sangat penangguhan nampaknya kan-kan-kan?
 
Antara yang tertangguh tu ialah, nak buat monthly budget, filing and reading!

 
 
 
 
 
 
 
 
 



 
 
Haaa banyak kan?  Tak tau la mana aku nak mula.  Rasa nak baca semua sekali dalam satu masa.
 
Aku suka sangat buku biografi.  Banyak cerita hidup orang lain, pengalaman diorang yang boleh aku belajar.  Kadang-kadang aku terfikir, ada jugak orang yang sekuat mereka-mereka ni.  Walaupun da melalui keperitan hidup, kematian ibu atau ayah, masih boleh bangkit dan berusaha memperbaiki diri dan kehidupan.  Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan?
 
Aku nak tutup dengan Surah Al-Ankabut ayat 2 (29:2)
 
[2]Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
 
~till next entry~


Wednesday, February 6, 2013

Waris Bukan Jari Hantu..

Salam Sumer...

Dua hari sebelum entri ni ditulis, aku & opismate dikejutkan dengan kematian baby di nurseri ibu pejabat kitorang di Bangi..Innalillah..kesiannya dekat ibu & ayah anak kecik tu.  Baru 3 bulan da diambil Allah kembali..memang semuanya milik Allah, hanya pinjaman kepada kita, itula pelajaran yang boleh aku ambil.
 
Tepat dengan tajuk yang da aku listkan sebelum ni..bukan citer hantu tu..tapi ini waris kita, amanah Allah kepada kita, anak-anak kita..

DSC_0009.JPG

                         
DSC_0041.JPG
 


 DSC_0043.JPG



DSC_0176.JPG 
~bagila 'can' ibu dia sekali~

Pernah tak kita muhasabah diri kita, tanggungjawab kita telah dilaksanakan dengan baik atau tidak? Ada tak lagi perkara-perkara yang masih kita belum beri kepada anak-anak kita?  Macam mana kalau kita belum sempat selesaikan tugas-tugas kita, kita diambil Allah?  Aku selalu terfikir macam tu..
 
Pada pendapat aku, selain daripada ilmu agama, berikan pelajaran akademik, kita kena juga mendidik anak-anak untuk berdikari.  Skill untuk hidup.  Apa yang mudah, kita boleh libatkan diorang dalam buat kerja-kerja rumah.  Ajar cara lipat baju, ajar basuh pinggan dan gelas minuman sendiri lepas makan, mengemas etc. supaya diorang dapat kemahiran hidup ni.  Nanti takdela sampai da besar panjang masih kita kena siap sediakan untuk diorang, kita ajar, beri diorang buat, monitor balik.  Kena ingat yang satu hari, diorang akan hidup sendiri tanpa kita lagi..


Aku nak tinggalkan entri kali ini dengan terjemahan 'manual' kita Surah Luqman ayat 6 hingga 20..untuk diambil pelajaran...ini jugala antara sebab aku tak nak tulis entri yang mengarut tak de isi untuk korang...jelas!

6]Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

 
[7]Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya. 

 
[8]Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, 

 
[9]kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah – janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


[10]Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

 


[11]Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.

[12]Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

[13]Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.
 

[14]Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

[15]Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

[16](Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
 

[17]“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
 

[18]“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
 

[19]“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.
 

[20]Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

~till next entry~