Thursday, August 18, 2011

dah nak raya dah?? betul ke ni??

Salam sumer..

(menghapdate sambil diiringi lagu Uji Rasyid & Hail Amir yeerrrr, aura raya ma! tih-tih-tih!)

Oleh sebab aura raya da mula ni, nak ubatkan ati yang lara ni, meh citer pasal nak raya..Rasa cepat sangat pulak Ramadhon kali ni, da tinggal 12 hari jer lagi da nak raya..tapi aku belum buat persediaan apa-apa lagi, sebabnyer gaji masuk macam biasa.  So, shopping last minute la jawabnyer.. apo nak buek!  Apa yang pasti, kuih raya yang diorder da dapat yer! Mujur la bayar bila dapat gaji nanti huk-huk-huk!

Banyak ke kuih ghaya korang tahun ni?  Aku cam biasa beli apa yang satu family suka makan jer..yelah, tak nak nanti, berlebih-lebih membawak ke ghaya aji kuih beskut ko tak jugak abis lagi!  kan membazir namanyer tu!  apa favor kuih ghaya korang?  Aku tiap-tiap tahun tak miss order Choclate Rice dengan Mama Carey kat opis ni.  Yang lain, aku prefer beli kat PKNS waktu cari baju raya nanti.  Tu pun beli yang patut-patut jer, banyak kerepek-kerepek jer yang aku beli.  Alah, nanti bila orang datang beraya, kan kita sure akan masak yang berat-berat jugak kan-kan-kan?  So, tak yah beli banyak-banyak tau!

Tema?  Tahun ni, kitorang plan nak pakai color grey ala-ala 'silver' la gitue..ni anak-anak la punyer idea, ibu & abah ikut jerla..da ada anak ni, rasa seronok pulak aura raya, yerla, anak-anak seronok, kita pun tumpang suka.  Inilah anugerah Allah, penyeri rumahtangga, anak-anak!  hmmm...bila la aku nak tambah anak lagi sorang ni..apa-apa pun, Allah Maha Mengetahui, Dia-lah yang mengatur.  Maunyer tak usaha!  usaha-usaha dan usaha!

Duit raya pun da siap tukar daah! Aku senang jer, sebab, biras aku kat AFFIN, adik ipar kat Bank Islam, so, takde masalah la nak berebut-rebut gi bank nak tukar duit ni.

Laaagiiiii....nak packing balik beraya!! yeeeaaaaayyyy!! tahun ni, balik beraya di kampung aku di Tampin, rumah Wan!!  Nabhan kata, 'Adik nak balik rumah Nenek, barulah raya, sebab kampung..'  Konon-konon ala-ala buat video klip menyanyi-nyanyi sambil duduk di tepi daun tingkap laaa kaann, rumah kampung la kata kan!  Memang best!

 
       Pastu, menu pagi ghaya pun macam-macam ada, yang semestinya buat aku TAKKAN TAK MAKAN!  Ada kuah lodeh, sambal tumis, ayam masak merah, kuah kacang, nasi impit, rendang campur Wan yang TERBAAAEEKK~sebab kitorang akan ada sesi 'cucuk-cucuk' bila nak makan rendang Wan~ ada yang nak makan daging jer, ada yang nak makan paru jer, tue memang jadi tradisi..dan Wan suka jugak buat kek Oren..tak lupa lomang..nyumm..





Alhamdulillah..inilah rahmat Allah beri pada kita hingga ke saat ini..ntah ada lagi peluang di tahun depan??  Kebiasaan pagi raya lepas Solat Eidulfitri, aku dan keluarga akan ziarah pusara-pusara keluarga kami, arwah atuk, ayah, moyang dan saudara-mara lain.  Aku akan ziarah ke kubur anak bila balik ke Seremban nanti..da 5 tahun kalau arwah Naufal ada.

Harap-harap korang berhati-hati bila balik beraya nanti yer..mesti sesak di Lebuhraya tu nanti.  Jangan lupa kita da masuk penghujung Ramadhon, rebut dan kejar masa yang tinggal 12 hari jer lagi untuk kita buat apa yang belum dibuat, tambah apa yang kurang dalam ibadah kita.  Okeh..jumpa next entry..

bubbye!


Tuesday, August 16, 2011

Nak shopping raya tapiii......*&%$#@!

Salam sumer..
Yela, aura nak shopping raya dah ni..tapiii....kena tunggu gaji mahsyuk yang jadi hari ini dalam sejarah dapatnya ialah SEHARI AWAL dari tarikh gaji masuk setiap bulan!!daaaaannnnnnn bonus masuk sehari selepas itu..buleh?!!
Orang da siap standby mode nak bersoping ari Rabu yang cuti ni, takde plak sumbernyer!! eeeeeeeeiiiiiiii....
Biasanya tahun-tahun lepas, masuk terawal sangat-sangat plak..minggu kedua da ada dah!  Apsal plak tetiba tahun ni skema ikut buku pulak, bagi macam biasa?!!  eeeeiiii....memanglah, masuk macam biasa kira baguslah, sebab nanti tak la terlopong tengah bulan 9, sebab dapat awal sesangat kan-kan-kan, kang terblanja tak ikut kira-kira buku tiga 5!! Tapi kurang-kurangnya masuk lah yang bonus tu dulu..senang jugaklah nak adjust untuk raya ni ha!

Hish!! dah tu je nak cakap!!tak best!!

Friday, August 12, 2011

~kuota??!!~

Salam sumer...

Hari ni nak bercerita topik yang serius sikitlah daripada biasa...bukan kuota gula, tepung or minyak masak! Ini nak cerita tentang 'kuota Allah'..serrriiiiuuusss kan-kan-kan, topik ni!  Adatlah, orang kita suka cerita yang gelak-gelak pecah perut jer, bila cerita macam ni, orang akan kata 'BORRRIIIINNNGGG'..tetiba pulak aku ni!

Tak jadi hal lah kan, pada aku elok la sempena Ramadhan ni, kita kurangkan or mellow-down sikit kata omputeh.  Tahan sikit terkinja-kinja, beli juadah buka puasa, penuh gundah-gandah plastik merah kiri kanan, makannya belum tentu tu, meh kita muhasabah diri cerita tentang kuota Allah hari ni.  Bukan lah pandai macam ustazah/ustaz/penceramah bebas/ustaz Kazem best bagi ceramah ilmu tu, cuma hari ni, bila baca suratkhabar banyak na kesah-kesah yang menyayat hati.  Teringatkan tu, ketentuan Allah dan milik Allah jua lah 'kuota'-Nya tu.

Macam-macam ada dalam suratkhabar, tapi yang pastinya, hari-hari (bukan Pasaraya Hari-Hari yer) cerita yang tak pernah ketinggalan dalam column, tak kiralah Akbar apa, sumer ada cerita orang mati kena bunuh, cerita orang mati eksiden, cerita orang tua tak sedar diri nak mampuih rogol anak-anak kecik (mujur belajar jadi Setiausaha jer, kok jadi Hakim..tak taula apa jadi kat 'atuk2x' bengong ni!!) seperti biasa tanda seru tanda marah, serius!! cerita orang yang dipanggil ustaz/cekgu yang meliwat anak murid, cerita pecah rumah dan rogol sekali dan cerita orang simbah asid, cerita orang kena kerat berbelas-belas, etc-etc-etc! Segala macam jenayah lah! 

Ini semua buat aku terfikir sorang-sorang, yang kuota Allah macam-macam kan-kan-kan?  Jalan cerita yang ditulis Allah dibahagikan dengan macam-macam cara dan situasi, yang kadang-kadang takut bila aku fikir setiap pencaturan masa kita sehari-hari, atau pun dalam masa satu jam, dalam masa setengah jam?..apa yang akan jadi pada kita, kalau bukan kita, anak-anak kita, keluarga kita, saudara seagama kita..bayangkan masa aku menaip ni, kat tempat lain waktu ni, ada orang yang sedang nazak, atau sedang cuba nak merompak..ya AllahhuAkbar!

Ada bagus dan tak bagusnyalah, bila dalam column di akhbar banyak cerita-cerita macam ni..yerlah, ada yang ambil iktibar dan share dengan anak-anak atau keluarga apa yang nak dibuat kalau nak jadi sesuatu yang tak baik, cara-cara pencegahan, etc, tapi ada jugak yang macam buat jadi trend, dia pulak nak merompak ikut cara yang sama!  Tu sumer la, kok time tu, cerita simbah asid, citer simbah asssssiiiiiiddddddd jerlah penuh kat suratkhabar..kok cerita buang anak..gheghamai pergi buang anak pulak!  Suratkhabar pun macam ada Season Storyline pulak dah!..

Aku memang aura lain macam bila baca 'tenaga pengajar' meliwat anak murid, macam aku baca arini.  Apa lah yang ada dalam jiwa dan kepala hotak dia?  Dah kawin, pasangannya normal, tak songsang, tapi rupa-rupanya naluri dia yang songsang! Ya Allah!!  Bukan ke, anak murid tu amanah ibu bapa untuk dididik dengan baik?  Kalau tak rasa satu amanah pun, cuba letakkan yang nak ko liwat tu, sama macam anak ko sendiri yang nak kena liwat, macam mana? Kadang-kadang aku rasa, baik pulak dilepaskan orang-orang gila di wad Tanjung Rambutan dan masukkan orang-orang yang macam ni dalam wad Tanjung Rambutan tu!  Biar diorang berkurung sesama diorang jer, kelakuan diorang ni, jauh lebih 'gila' jiwa dan otaknya dari orang gila di Tanjung Rambutan!

Takut bila difikirkan, yelah, mana tempat yang kita nak rasa selamat, kalau kat sekolah pun ada yang macam ni?  Takkan anak-anak kita nak ada depan mata setiap detik setiap saat.  Inilah masa dan proses diorang belajar berdikari, kenal erti hidup yang sebenar..satu hari nanti diorang kena jugak lalu semuanya dengan kaki sendiri!  tapi yang patutnya boleh membantu, dia pulak yang jadi 'tukang carik'! 

Inilah cabaran jadi ibu bapa di era sekarang ni. Bila da terlampau maju, da terlampau sibuk, sampai kita dihimpit pulak dengan masalah karektor/personaliti individu tu sendiri.  Tambah pulak, jiwa yang 'kosong' atau kurang nak amek port tentang rohani yang haus dengan pengisian dan perlukan perhatian.  Selalu malas dan leka dengan urusan yang tak habis-habis ni..bukanlah aku kata kita nak jadi jumud sangat sampai tak jalankan apa-apa untuk hidup! tapi kita kena seimbangkan hidup kita..apa-apa pun semuanya terletak di tangan kita.  Kita yang kena putuskan sendiri, jalan apa dan macam mana kita nak berjalan!

Untuk kali ni, aku nak tutupkan entry serius 'kuota Allah' dengan Surah Al-Baqarah ayat 185..

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Salam Ramadhan!
bubbye!



Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432 - List yang best??


 Salam sumer...

Alhamdulillah..kita da sampai hari ke 5 Ramadhan!! Just nak share kat sini apa yang best list Ramadhan tahun ni ~macam la ada orang kesah kan-kan-kan?~ huk-huk-huk!!

Ni antara perkara yang best dalam list aku : )


1. Nu'man & Nabhan mula belajar berpuasa..
Hihihi..kelakar kalau teringatkan anak berdua ni..Alhamdulillah, nilah hikmahnya beranak setahun sorang..ada "geng" yang boleh encourage each other untuk puasa bersama-sama. 

Status diorang berdua setakat hari ke-5 ni, Nu'man berjaya 1 hari fullday (semalam), day-1 ke day-3, 'terbuka' (statement anak-anak yeerrr) dia tak tahan haus!! hari pertama tu, pukul 5:15 dah yer..dia menangis nak gak togok air, walaupun lepas dia dapat seteguk ' da, abang tak nak dah!'.  Aku yang tahan tensi di situ yer!  mujurla sebab ingat konsep puasa! so, saba yolah! Nabhan pulak, 'terbuka' di hari kedua, yang lain Alhamdulillah berjaya bertahan.  Skrip Nabhan berbunyi cenggini :



Nabhan :  Ibu, adik 'terbuka' kat umah umi, adik termakan nasi lauk sup ikan..tapi adik makan sikit je, nasi dengan sup dia je, tak de ikan.

Ibu        : Hmmmm...kira da tak puasa la ni...

Nabhan : Tapi adik makan sikit jer, adik punyer puasa banyak lagi, boleh tak adik puasa balik?

Ibu     : Mana boleh, da batal la dik!



Terus member monyok! Esoknyer, aku pesan lagi, kena cuba bertahan sampai berbuka kat diorang. Dia ingat puasa dalam sehari tu, boleh dibahagi-bahagi agaknye, bajet makan sikit tak batal la, sebab waktu nak berbuka panjang lagi..setiap patah kata yang keluar daripada mulut anak-anak ni, kadang-kadang buat kita tergelak jer. Ni sumer la akan jadi kenangan kat kita yang da jadi ibu & ayah bila kita da tua nanti (kok sompek sampai tuo!). 


2.  Dapat balik keje awal dari biasa
Yelah, biasa aku sampai umah (kalau makan terus kat kedai la kan) pukul 9 malam tau!  Sebab kena tunggu Nu'man balik pukul 6.30ptg, nak tak nak kenalah aku tunggu dia walaupun waktu balik aku 5.30ptg! Bulan puasa ni, Nu'man balik 5.30ptg.  

Yang tak bestnyer, aku masih belum berjaya nak masak menu berbuka kat umah!  Konon-konon macam-macam menu nak meraikan anak-anak yang belajar puasa ni dengan makan di umah, tapi tak sompek!  hari-hari berbuka kat kedai.  Nampak gayanyer, weekend jerla dapat nak masak sendiri menu berbuka di umah..


3.  Sebagai "talian hayat" untuk bantu misi aku!

Huk-huk-huk!!  kurang la sikit makan, kok tak tu, bfast lah, kalau tak sempat amek bfast, branch lah, lunch & dinner ~ sumernyer makan berat-berat! macamana nak capai misi, asyik seedaaap jer selera makan!


4.  Bersahur dengan anak-anak!!

Ni yang paling best dalam carta aku.  sebab??!! diorang makan macam makan tengahari! keh-keh-keh!  ini agak mengganggu misi abah diorang yang konon-kononnyer tak nak makan nasi di waktu sahur.  so, abah, niat nak makan yang 'ringan-ringan' or 'so-so' tu..punah!

Ni aku tengok setakat 5 Ramadhan la..tak tau la hari-hari lepas ni camner diorang.  nama pun belajar puasa, tak boleh paksa-paksa.  Jadi parents ni, kena banyak-banyak beri galakan.  Anak-anak harus dihormati perasaannyer kan-kan-kan.

Senang nak kejutkan sahur, tak dela yang nak kena berdukung atau nak kena layan merengek-rengek di pagi hari..Alhamdulillah sangat-sangat! TQ Allah! sebab bantu kami yang sedang berusaha mendidik anak-anak ni.

Perkara best yang lain-lain biasanyer, sama macam orang lain jugak..dapat Terawih, mula shopping (ni aku belum buat lagi), pendek kata, suasana Ramadhan ni, memang lain lah! Tenang, takde serabut kalut!  

Harap-harap anak-anak dapat bertahan lagi hari ni.  dah dulu! nak pegi hantar diorang ke Sekolah!

bubbye!