Saturday, April 6, 2013

~K.A.G.U.M~

Salam Sumer...

Al-fatihah buat saudari K Gee iaitu isteri kepada Abg Abil http://abil4fauziah.blogspot.com
Semoga arwah K Gee dicucuri rahmat..amin ya Rabb!
 
Aku suka blogwalk dan sampaila aku discover blog Abg Abil nie, & mengikuti perkembangan dia menjaga isteri tercinta setiap hari.  Kebetulan Abg Abil nie orang S'ban tak jauh dari rumah ibu aku..
 
What a small world kan?  Dalam pada tu, seribu cerita kehidupan setiap manusia di muka bumi Allah yang boleh diambil iktibar dan berkongsi pengalaman sesama kita.

Aku suka blogwalk sebab setiap kali aku baca, aku dapat belajar tentang pengalaman orang lain.  Pendek kata, bahagian masing-masing berbeza.

Turun naik kehidupan..setiap orang melaluinya, tapi masa turun dan naik tak sama.

Untuk diri aku sendiri?

Masa zaman sekolah-sekolah sampai ke universiti, aku tak la pandai sangat belajar..biasa-biasa jer..bahagian hidup aku yang berbeza sikit daripada kawan-kawan aku ialah ayah aku jatuh sakit masa aku di tingkatan 4 macam tu.  Jadi, ibu, aku dan adik terpaksa belajar untuk buat sendiri banyak perkara.  Ibu kena fokus jaga ayah hari-hari.  Mula dengan masuk wad di Hospital S'ban, kemudian pindah ke Hospital Melaka.  Masa di Hospital Melaka ni, lama jugak la kitorang terpisah dengan ayah dan ibu.  Mujur la ada wan tunggu kitorang di S'ban.  Bila hujung minggu jer, kitorang ikut wan balik Tampin jengah rumah dia dan pergi tengok ayah dan balik ke S'ban balik hari Ahad.  Macam tula rutin kitorang setiap minggu.  Arwah ayah sakit kanser.  Bila Hospital Melaka dah mintak ayah dibawak balik, ibu terus menjaga ayah di rumah.  Boleh la aku dan adik tolong ibu sikit-sikit mana yang patut. Hari Jumaat, hari terakhir persekolahan sebelum seminggu cuti sekolah, ayah meninggalkan kami 3 beranak.  Naik dari cuti sekolah tu, aku trial exam SPM...cukup-cukup makan jer.  Adik UPSR dalam tahun yang sama, adik pun biasa-biasa jer..
 
Aku puas hati sebab dapat jaga ayah masa dia sakit..
 
Ayah, along rindu ayah..
 
Lepas result SPM aku keluar, aku apply untuk masuk universiti.  Alhamdulillah, dengan SPM gred 2 aku dapat masuk pre-dip di ITM, Dungun, T'ganu.  Ikutkan macam tak nak pergi jugak masa tu.  Sebab aku kesiankan ibu dan adik, tinggal berdua jer di kg.  Tapi, aku keraskan hati, aku kata dalam hati yang aku buat untuk bantu ibu dan adik jugak..selain bantu diri aku sendiri..
 
Masa belajar, aku cari duit poket dengan jadi ahli kelab MEDEC..MEDEC ni macam kedai runcit la kat area hostel siswi.  Kedai nie kat belakang dewan makan siswi.  Aku da tak ingat berapa gaji aku sejam masa tu.  Selain daripada jaga kedai tu, aku ngan kenkawan jual jugak nasi lemak ikan tongkol, bihun goreng, kuih akok dari bilik ke bilik.  Lepas habis duty, setiap malam aku akan call ibu dan adik.  Kecuali kalau aku ada kelas malam tak dapatla aku call ibu mengubat rindu..siap kena beratur panjang tunggu turn nak guna public phone..lawak jer..kadang-kadang sanggup jalan dari satu blok ke satu blok sebab nak cari public phone yang tak ramai orang!
 
Habis belajar, alhamdulillah..selepas 4 bulan dok beli paper the Star hari-hari dengan pergi Cyber Cafe hari-hari, aku dipanggil interview di MPOB.  Tempat aku bekerja sampai sekarang..masih di sini.  Ingat lagi masa nak pergi interview tu, aku tumpang tidur rumah sewa Lin.  Lin nie kawan sekampung aku.  Dia waktu tu, belum habis study lagi dia buat Degree di UPM.  Lepas Subuh tu si Lin ni hantarla aku naik 'Che NAB' dia!  NAB tu nombor plat laa..Motor si Lin pergi ke kelas hari-hari.
 
 Tiba-tiba pulak rasa mengantuk tahap gaban!  Jam pukul 2.10 pagi..patowwttt la ;)
 
Cik Suami dan anak-anak da selamat beradu masa aku borak ngan korang kat sini...huhuhu!
Esok la aku sambung yer..mata tak larat nak tongkat ni!
 
~till next entry~

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..