Wednesday, April 27, 2011

Suka makan Kuaci...

Salam sumer..

Dah lama jugak aku tak buat entry untuk Tips Sihat kan-kan-kan?...Korang suka makan kuaci tak?  Aku takla kata favourite ~ yang kalau takde, aku akan nangis gesek-gesek kaki kat pasir sampai keluar darah sumer, Taaaak!  Tapi kuaci ni, yang paling best ada masa tengok tv.  Mesti susah nak beghenti kalau dah start makan kuaci ni.  So, aku terbacalah info ni tadi, & nak share dengan korang ; )!

KUACI Kurangkan Kolesterol!

"Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolesterol.  Kuaci, mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dan pengambilan kuaci jenis tawar daripada jenis labu atau bunga matahari boleh menambahkan zat besi serta mengurangkan kolesterol."

Maknanyer, tak salah la kita makan kuaci depan tv kan-kan-kan?  Tapi korang pandai-pandailah jaga etika semasa makan kuaci ni yer, janganlah selamba jer buang kulit kuaci bertimbun-timbun merata-rata plak.  Nanti jangan salahkan tikus sebab bagi penyakit kencing tikus or apa sahaja yang berkaitan dengan tikus or penyakit haiwan-haiwan seangkatan, sebab korang yang 'bagi makan' dengan buang merata-rata tak kiralah, sementara tunggu bas ke or masa duduk berbual kat KOOP ker, etc-etc-etc.
Okla, dah melalut-lalut dah entry Tips Sihat kali ni.  Daaahhh..Salam Sihat!

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..