Friday, May 27, 2011

Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong tapi duit tak cukup!!

Salam sumer...

Ya ampuuuun!  lamanya saya tak menghapdatekan belog!  Ini harus dapat komen yang tak best daripada blogger tegar yang lain kan-kan-kan?  Bukan apa, masa asyik tak kena je, tiap kali nak hapdate, ada je menda lain yang interrupt ngacau.  So, InsyaAllah, hari ni, lapang sikit ni, boleh la kita citer beberapa entry yer!

Masih lagi menanamkan impian untuk menang tempat pertama untuk 1st GiveAway anjuran GreatMinds ni! Kalau entry sebelum ni saya kongsikan pengalaman saya yang kudus, kecek, sikit, tak seberapa tu kan-kan-kan, kali ni saya nak mintak tolong pulak...hihihihihihi

Selain MENTOR, saya perlukan sumber utama untuk berbisnes ni, iaitu duit!  Bukanlah nak mintak bagi duit!  Tapi nak mintak MENTOR ajarkan macam mana usaha-usaha yang boleh saya buat, saya perlukan cadangan-cadangan bernas, daripada siapa, bagaimana, dimana saya perlu dapatkan duit!  Yelah, bagi saya, perkara-perkara begini yang kita kurang dapat pendedahan secara terperinci.  Khidmat nasihat daripada bank-bank kadang-kala kita tak dapat persepsi yang jelas dan telus.  Jadinya, saya nak mintak tolong kat team GreatMinds selaku MENTOR, cadangan yang terbaik yang perlu diambil untuk saya mendapatkan 'duit' atau 'modal' bagi memulakan bisnes borong ni.  

Almaklumlah, nak harap duit sendiri, memang tak cukup.  Sebab tak cukup la ni, nak cari jalan nak bagi cukup! Bukan untuk saya sorang-sorang, tapi untuk keluarga saya juga.  Harap-harap dapatla peluang menjadi 'Protege' GreatMinds..harap-harap masih belum terlambat untuk entry saya kali ni, sebagai tambahan usaha nak menang tempat pertama..: )

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds. GiveAway ini juga bersiaran khas dari Harian Metro

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..