Thursday, May 5, 2011

Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong tapi perlukan MENTOR!!

Salam sumer...tunjuk ajarku Sifu!!(lagu tema MENTOR)

Merujuk kepada perkara tersebut di atas, saya dengan 'tersipu-sipu' malunya, sebab konon-konon bajet da cantik da menyusun ayat-ayat cinta di entry sebelum ni, rupa-rupanya, tersalah tajuk daaaa!!

Atas semangat yang berkobar-kobar dan membara menyala ni, saya buat lagi satu entry, yang tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk melayakkan diri mendapatkan no.1 Ground Trip percuma anjuran BBC & BBV GiveAway!! ya la, kena la berusaha, kalau nak menang kan-kan-kan?

Kalau entry yang sebelum ni saya listkan apa yang saya impikan, apa yang saya dapat kalau saya menang, kali ni saya cuma nak kongsikan pengalaman saya yang tak berapa nak ada sangatnya ni, di sini.  Saya mula melibatkan diri dalam dunia berniaga ni, sejak saya sekolah rendah lagi.  Yela, nak cari duit poket la katakan.  Masa zaman dulu, belanja sekolah, arwah ayah bagi 50 sen je.  Tapi yela, zaman dulu-dulu 50 sen boleh la dapat nasi lemak sepinggan, air selalunya minum air masak je, bawak bekal dari rumah.  Jadi, kalau nak beli apa-apa yang lebih-lebih sikit ni, kenala ada duit sendiri kan?  Tau saya meniaga apa?  Saya jual penanda buku buatan saya sendiri.  Adalah aura-aura seni sikit mengalir dalam diri, so, gunakanlah.  Jual tak mahal pun, 30 sen ke 50 sen, ikut saiz dan gambar-gambar yang saya buat.  

Lepas tu, zaman sekolah menengah tak de meniaga apa-apa, sebab masa tu, fokus struggle kepada belajar je la.  Tapi, bila masuk UiTM dihatiku, nuuuuuuun di Dungun, Terengganu, saya bekerja di MEDEC.  So, kami ada jadual la ikut turn sapa yang kena jaga kedai.  Maklum jela, student kan selalu je lapa waktu malam time study-study tu kan, so, kalau sesiapa nak cari maggi, kat kitorang la. Lokasi MEDEC ni kat sebelah ruang makan di hostel siswi.  Untuk menambahkan lagi duit 'mahsyuk' keuntungan MEDEC, kami ambik jugak nasi lemak dengan ikan 'aye'  (ikan tongkol), bihun goreng, kuih-kuih, yang kami order daripada mak cik-mak cik yang dok kampung dekat area UiTM kami.  Sambil tu, kira dapat bantu mak cik-mak cik ni, tambah pendapatan jugak kan-kan-kan?  Geli hati pulak bila ingatkan kenangan menjual dari bilik ke bilik ni, tapi seronok!

Bila da kawin dan bekerja makan gaji ni, saya rasa, saya perlu ada kerja sendiri bagi mengukuhkan lagi ekonomi keluarga. Oleh kerana minat saya meniaga tu, masih lagi terpahat dalam hati, saya teruskan usaha dengan letak di FB jual tudung, baju yang amek dari Jalan Kenanga, tapi macam tak berapa menjadi je.  Mungkin sebab kurangnya ilmu di dada.  Lagi satu masalah standard saya ialah, MODAL!!..Ni yang nak tanya SIFU dari Team Great Minds ni macam mana nak buat. Harap-harap dapatla saya menang GiveAway tempat yang pertama! 

Tula serba sedikit yang boleh saya kongsikan kali ni, mana tau kot-kot ada idea lagi, saya tulis lagi yer! 

; )
Bubbye...

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds. GiveAway ini juga bersiaran khas dari Harian Metro

http://bisnesborongchina.com/giveaway/bbc-1st-give-away/ 
http://brilliantbeeminded.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..