Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Cikgu!!

Salam sumer...

Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan 'Selamat Hari Cikgu' kepada semua cikgu-cikgu 1M'sia kan-kan-kan?..

Arwah ayah aku pun cikgu jugak. dia mengajar subjek Geografi, Sastera, Sejarah & Bahasa Melayu.  Ayah merupakan bekas cikgu di SMKA Sheikh Hj Mohd. Said, S'ban, sebelum ayah sakit dan meninggal pada 5.9.1998. Masa tu, aku baru nak amek trial SPM, adik pulak nak amek UPSR.  Satu cabaran dan jadi kenangan yang menduga ibu dan kami dua beradik.  Ayah sakit kanser.  Sepanjang ayah sakit, ibu tabah dan kuat jaga ayah di hospital.  Mula-mula tu, masuk Hospital Seremban, kemudian pindah ke Hospital Melaka. kat Hospital Melaka ni, lama jugak la. Jadinya, kami dua beradik wan yang jaga kat rumah.  Yelah, sekolah tetap kena pergi jugak macam biasa.  Biasanya, aku pegi sekolah, dengan ayah, balik ibu yang jemput.  Tapi bila ayah sakit, aku tumpang Cikgu Shakirah yang kebetulan rumah dia dekat dengan rumah aku.  So, pagi-pagi aku tumpang Cikgu Shakirah, balik pulak, kalau cikgu balik lambat, aku balik je jalan kaki ikut 'shortcut' jalan kg., tembus terus dari sekolah ke rumah.  Dulu-dulu berani je balik, jalan sorang-sorang ikut semak-semak hutan kecik tu, tapi bila skang aku lalu bila balik rumah ibu, naik keta tu, boleh tahan jauh jugak la jalan tu.  Tapi, masa dulu rasa kejap je, okeh je balik jalan kaki walaupun berpeluh-peluh bawah panas matahari terik merentang.

Setiap hari Jumaat, aku, adik dan wan akan naik bas dari Seremban pegi ke Melaka, tengok ayah.  Pak cik aku (adik ayah) ada kat Melaka, so, tidur rumah dia la bila ke sana.  Penyakit kanser ayah berat jugak, sampaikan Doktor suruh bawak ayah balik.  Nak tak nak, kitorang pun bawakla ayah balik ke rumah.  Baru beberapa hari duduk rumah, ayah nak jugak duk wad.  Dia kata, kalau duduk kat wad, katil dia boleh adjust-adjust, tak sakit badan dia.  So, ayah cal Pengetua dia mintak nak masuk PUSRAWI di Seremban.  Tapi tak lama, sehari semalam je.  Doktor di PUSRAWI, pujuk ayah cakap dengan jelas pada ayah, yang penyakit ayah tak boleh dibuat apa lagi.  Aku masih ingat sampai skang, apa yang Doktor tu terangkan pada ayah, ibu dan aku masa tu.  Doktor tu jelaskan betul-betul tentang 'pro & kons' semua prosedur yang boleh dicadangkan.  Tapi, semua punya risiko.  Doktor kuat nasihatkan ayah untuk balik.  Aku dan ibu pun redho sebab kesiankan ayah.  Tak tahan tengok dia menanggung sakit.

Meleret ke citer lain plak kan?  Apa pun, itula relevannya bila setiap kali sambutan Hari Guru sebab salah seorang yang menyambutnya ialah Ayah aku sendiri! Dan jugak, mengingatkan aku kepada cikgu kelas aku sendiri, Puan Zanariah Mokhtar.  Dia lah yang menjadi pendengar setia tempat aku kongsikan kesedihan aku setiap hari, aku bercerita bila duty di library.  Paling best, masa aku nak hantar kad jemputan kahwin aku kat cikgu Zana, rupa-rupanya cikgu aku ni, kawan skolah suami aku! ha-ha-ha! kecik nya dunia kan?

 ~ ni gamba dengan Cikgu Zanariah; aku yang duduk 3 dari kanan ~ huhuhu ~

Terima kasih kepada semua Cikgu di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Sekolah Menengah Jalan Sikamat (skang nama skolah da tukar lagi canggih, aku pun tak sure apa ke namanyer), dan last di Universiti Teknologi MARA, Dungun, T'ganu!  

Al-fatihah buat Ayah..ayah jugak merupakan 'Cikgu Besar' dalam hidup along.  Ayah banyak mengajar supaya menjadi orang yang kuat melalui apa juga dugaan hidup dan tinggalkan along untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam apa juga yang along buat.  Ayah pernah kata, 'Ilmu tu penting, sebab orang akan pandang bila kita ada ilmu, tapi, orang yang ada ilmu belum tentu berjaya dalam hidup'. Kita sebenarnya TAK PUNYA ALASAN untuk jadi orang berjaya dalam hidup.  Dan jangan jadikan alasan sebab kita tak de qualification yang tinggi, kita tak boleh berjaya dalam hidup.  Maksud lain, kalau orang yang tak de qualification yang tinggi atau hidupnya susah, tak mampu nak masuk Universiti pun, tapi cuma berlandaskan atas usaha dan kemahuannya yang tinggi, TETAP boleh berjaya. Pendeknya, kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

Kalau jadi cikgu ni, untungnya, sampai mati orang akan panggil cikgu walaupun sesama jiran atau orang sekampung.  Best kan? Hmm..tulah, dulu suruh jadi cikgu tak nak!..tak pe, aku tengah nak jadi Cikgu jugak ni.  Sedang menuju ke arah itu..fokus! fokus! fokus!

Okla, sebelum berjela-jela sampai lari tajuk, kita jumpa next entry yeh! roger n out dulu!  bubbye!

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..