Friday, June 10, 2011

Ada apa dengan Brilliant Bee...

Salam sumer...
aku tengah nervous ni..sebab??? esok aku ada peksa!! iyer...peksa amali KAAK (Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak)  Amali mulai esok smpai ari Ahad ni.  Harap-harap boleh la aku buat dengan jayanya.  Inilah satu daripada langkah-langkah yang harus aku buat untuk Brilliant Bee menjadi kenyataan..Amiiin..

Brilliant Bee sebenarnya wujud dalam minda aku sejak 2008 lagi.  Tapi, biasa la lumrah kehidupan mesti ada dugaan dan pasang surut sepanjang perjalanan, agak mencabar untuk dilaksanakan.  Brilliant Bee bukan hanya sekadar impian atau cita-cita aku saje, tapi apa yang aku mahukan hasilnya demi keluarga, agama, masyarakat dan juga generasi akan datang, anak-anak pewaris kita nanti.

Cikgu Besar masa aku sekolah menengah selalu akhiri ucapannya setiap kali masa perhimpunan dengan kata-kata ini: 'Allah tidak akan mengubah nasib kamu, sekira kamu tidak mahu mengubahnya..'Ada ke antara kita yang tidak mahukan perubahan?  Jalan untuk berubah, kita yang tentukan.  Sebab, hanya kita yang tahu liku-liku sepanjang perjalanan, tak kirala ketika saat pertama mengorak langkah, ketika sampai separuh jalan, ketika ada di persimpangan, hinggalah di akhir titik perhentian.  Kita yang harus tentukan.  Aku nak berubah!  Membuat satu sejarah demi anak-anak aku dan anak-anak orang lain jugak. Banyak sangat yang kalau boleh, nak aku ceritakan. Kesimpulannya : LUAS, TIADA BATAS!, ANJAKAN PARADIGMA (macam citer giler-giler pengantin remaja la pulak).

Harap-harapnya, esok aku dapat buat yang terbaik!!  Ini baru langkah kecil, langkah mula.  Moga dengan langkah ni, perlahan-lahan bangkit dengan hasil seperti yang aku ilhamkan.
Okla, nak tido, sebelum aku lebih 'leleh-meleret- ke laut' baik sudahkan dulu sampai sini..esok pagi-pagi kena kua awal, nak hantar anak dulu, lepas tu, pergi peksa!

doakan aku yer!!

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..