Thursday, November 14, 2013

~ Kenapa Beloglebah?~

Basmallah...
Salam Sumer...
Mula-mula sekali, nak citer pasal hpon kesayangan yang dicurik orang semalam (16 Nov 2013)! Tempat kejadian ialah di PWTC, melayan KLIM - Kuala Lumpur International Motorshow 2013..tension dan sangat geram dan marah sangat-sangat sebab banyak sangat info dalam hpon tu, dan yang membuatkan lagi tak best ialah, banyak video ngan gambar anak-anak dalam hpon tu!!! 
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiii!!!!!!
Hpon aku tu idak la gempaks or hebak tahap gaban pun..tapi cik suami yang belikan. Dan kalau korang nak tau, aku dah lama tak beli hpon, sebab aku kan supplementary no dengan cik suami yang dah dengan MAXIS berpolohan tahun, makanya, setiap tahun adalah akan diofferkan data plan baru untuk line dia dengan diberikan hpon secara percuma.  So, aku akan dapat hpon percuma tulah, kalau cik suami nak tukar data plan line phone tu..tapi idaklah deme bagi hpon latest, tapi idaklah zaman tok adam sangat, ate buleh leer...

Dah la, tak nak citer kisah sedih nie..amek pelajarang, yang jodoh & rezqi tu urusah YA Rabb!!
Ok, sambung ikut tajuk aku di atas...

Aku baru perasan rupanya aku g publishkan entri ni sebelum letak citernyer..huhuhu..sebab, aku selalu bila ada terlintas tajuk-tajuk yang nak diletakkan ke dalam belog, aku akan letak dulu dalam list, sebelum nak nulis-nulis ni...takut lupa!

Kenapa aku bagi nama belog aku camtu? Brilliantbee lah, dan skang ni, belog lebah...jeng3x!
Ada ke hoghang kesah? tih-tih-tih!! Korang tak kesah pun aku nak citer jugak!
Sapa yang ada terbaca entri aku yang ni : My Brilliantbee..

Pelan aku yang nak buka taska tu kan-kan-kan...sejak 2008 tau aku punya angan-angan tu!! Ya Allah! Malunyer la sebab TAK BERTINDAK lagi sampai da nak masuk 2014!!

Aku amek binatang Lebah petikan dari Surah An Nahl (16) dalam AQ. Dalam Surah ni, diceritakan tentang sifat-sifat lebah dan segi-segi pelajaran yang ada lengkap tentang kehidupan.  Ada kisah Nabi Ibrahim, ada kisah kejadian manusia yang direlatekan juga dengan kejadian Lebah yang boleh diambil pelajaran untuk kita.  Umpamanya, sifat Ratu Lebah menunjukkan peranannya kepada anak-anak buahnya; begitu juga seorang Pemimpin dengan rakyatnya...Very Unite! Kelebihan madu Lebah sebagai penawar untuk pelbagai jenis penyakit dan banyak lagi, ada juga tentang hukum-hakam.  So, pendeknya, korang nak tau detail, bukak la Manual kita tu, dan dalami inti pati terjemahan yang boleh diambil pelajaran.

Pastu, kebetulan pulak, kalau dalam bahasa Inggeris; Bee selain daripada maknanya Lebah, huruf 'B' sama dengan permulaan nama panggilan aku; Bira..

Selain tu, aku tambahkan Brilliant bersesuaian dengan konsep Taska, anak-anak yang dididik InsyaAllah, anak-anak yang punya skil-kemahiran hidup berdikari, rajin (macam sang Lebah), suka membantu dan tidak mementingkan diri sendiri, kewujudannya juga sentiasa diperlukan dan merahmati alam.. dalam masa yang sama Bijak dari semua sudut!

Dari segi warna Lebah, Kuning terang, (kalau tak salah aku) makna warna Kuning ialah tentang baik untuk perkembangan minda dan idea untuk anak-anak. 

Dan lagi, kalau korang pernah dengar ada juga penceramah-penceramah jadikan contoh; bunyi lebih kurang macam ni:
"Jangan jadi mata Lalat; yang selalu cari benda-benda busuk dan hinggap atas benda-benda busuk tu, dan menyebarkan wabak penyakit, tapi jadilah mata Lebah, sebab Lebah selalu cari bunga-bungaan yang baik untuk dijadikan madunya..yang bukan sahaja menjadi makanan kepada kaum keluarga Lebah yang lain, tetapi juga menjadi ubat kepada manusia". 

Menunjukkan perspektif yang positif mestilah kita terapkan kepada anak-anak kita, barulah dapat melahirkan anak-anak yang mindanya positif, jiwanya positif dan akhlaknya juga InsyaAllah, positif dan baik.

Panjangkan cita-cita aku nie..Harap doaku ini dimakbulkan ya Rabb!! Amin...




Oklah, sampai sini dulu yer...Najihah pun da bangun...
~till next entry~

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..