Saturday, October 26, 2013

~ Ada apa dengan DAO & Magnet 2013 ~

Basmallah...
Salam Sumer...


~ Kredit to magnet2013.com- Mentor terchenta Dr Azizan Osman cum DAO..boleh gitew? ~


Alhamdulillah..aku dan suami berkesempatan attend sesi Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan di Wisma MCA hari ni, 26 Oktober 2013 (Sabtu). 

Ini kali kedua aku dan suami pergi seminar DAO anjuran Richworks ni.  Pertama dulu, aku pergi Seminar Hidup Luar Biasa 2013. 

Bak kata pepatah, 'tak kenal, maka tak cinta'..sebelum ni, aku banyak dengar-dengar tentang program DAO kat tv, especially dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) tv9.  Sejak dari situ aku mula search di Internet pasal DAO, pasal Richworks, tengok testimoni orang-orang yang telah berjaya dibantu. 

Dulu, masa mula-mula aku nak pergi Seminar Berani Berniaga..tapi masa tu, aku pun sama lah macam orang yang berlambak-lambak kat luar sana, dok bermain dengan 'kata-kata budak kecik', bermain dengan perasaan sendiri..'nak pergi ke, tak nak?'.  Itulah kita ni kan, belum buat apa-apa langkah dah fikir yang bukan-bukan.  Pergi la dengar dulu..bukak jer dia punyer website, tapi TAK JUGAK DAFTAR!
Memang TAK LA PERGI!

Kali kedua, muncul pulak program Hidup Luar Biasa 2013.  Aku tengok kat tv9, DAO buat promosi album tentang seminar tu.  Dalam hati, kali ni, try pergi tengok & dengar lah! 
Alhamdulillah, kali ni, aku berjaya melawan 'kata-kata budak kecik dalam hati kecik' aku!  Dan paling best ialah, aku pergi dengan 'my heart & soul' suamiku Kamal Bashah bin Bahrin.

MEMANG TERUJA TAHAP GILER SAMPAI AKU SUSAH NAK TIDUR SEBAB SEMINGGU DOK PIKIR SETIAP KATA-KATA DAO!

Pendekkan citer, apa yang aku nak kongsikan dengan korang yang membaca belog lebah aku ni ialah, DAO, memang seorang yang SANGAT-SANGAT-SANGAT memberi INSPIRASI. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, Dia Maha Mengetahui, Dia yang menggerakkan..ada insan yang benar-benar punya matlamat untuk membantu manusia lain, yang sebangsa dan seagama untuk berubah, menambahbaik kehidupan.

Aku nak kongsi antara kata-kata yang buat aku rasa terkesan...dan antaranya adalah 'ayat-ayat standard' orang yang berjiwa kecil sebenarnya.

'Alah! poyo jer ni!'..

'Nak buat apa kaya, nanti lupa diri'

'Bukan boleh bawak mati pun harta tu sumer'

'Hidup ni hanyalah sementara, bukan boleh menongkat langit kalau kaya banyak harta pun'

Ini semua 'ayat-ayat standard' kebanyakan orang-orang kita, bangsa Melayu, agama Islam!  Matlamat yang sebenar-benarnya yang DAO nak bina ialah KAYA JIWA, JIWA BESAR BUKAN JIWA MISKIN! Kita perlu ubah hidup kita menjadi orang yang KAYA JIWA, KAYA MINDA, KAYA HARTA supaya kita boleh beri manfaat kepada orang lain.  Konsep MERAHMATI ALAM.  Allah tak ciptakan manusia hanya duduk tanpa berusaha ntuk hidup.  HIDUP yang macam mana yang kita nak?  Takkan selama-lamanya kita hidup nak tersekat di Highway, lalu jam setiap hari, sambil dok dengar radio pekenakan orang, apa faedahnya? 
 
Buat apa bila banyak duit, kaya-raya, pastu dok pergi main golf, pukul bola golf, jalan kutip, baik aku spend masa aku citer ngan bangsa aku, macam mana nak ubah hidup diorang untuk jadi lebih baik!

Kata DAO lagi:

Kita hidup bukannya lama, kenapa tak fikirkan apa yang kita boleh buat persediaan kita 'di sana' sementara kita hidup ni? Berapa banyak sedekah & amal yang kita dah buat? Sampai bila kita nak hidup tak de masa untuk Allah, tak de masa untuk diri sendiri, dok terkejar-kejar pergi balik kerja, tak sempat tengok suami, isteri dan anak-anak? Kalau kita tak de masalah ekonomi, apa kesah dengan bajet-bajet ni sumer? Kalau tak dibagi bajet, korang bising, dibagi bajet pun korang bising! Sebab tu KENA BERUBAH!

Bagi aku, keikhlasan DAO membantu, menambah nilai hidup orang lain adalah perkara yang tidak ternilai.  Buktinya, Yayasan Richwell dibawah Richwork jugak, yang sentiasa buat kerja-kerja amal dan menerima sumbangan daripada orang ramai jugak, untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.  Kata DAO, mudah-mudahan, bila saya dah meninggal, semua kerja-kerja amal ni berterusan..adalah sikit untuk saya bila di sana nanti.

Macam dalam sesi kali ni, berbeza dengan seminar Hidup Luar Biasa, sebab kali ni, DAO kongsikan pengalaman hidup dia, siapa dia sebelum dia berjaya, sampailah dimana dia berada sekarang.  Tujuan dia, bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi nak memberi inspirasi.  So, banyak gambar-gambar dia kongsikan tadi.  Gambar rumah yang arwah dia sewa semasa di Kelantan. Gambar Isteri & anak-anak, gambar ibu & ayah beliau, gambar tempat-tempat seminar dalam dan luar negara, tempat-tempat yang dia melancong bersama isteri dia.

Dia berkongsi rutin hidup dia setiap hari.

Setiap hari dia akan bangun 4.30-5.00 pagi dan mulakan urusan dia dengan Allah, bersolat Jemaah di masjid, balik dia akan singgah di level mak dia berbual-bual atau bergolek kejap dengan mak dia, pastu sarapan..tapi kadang-kadang tak sebab dia tengah diet katanya..dengan nada sedih..huhuhu!

Dia tanya, 'siapa nak hidup macam tu, say I'..banyak masa, banyak duit, boleh bantu orang!

Seminar Mini Magnet 2013 ni jugak, dia beri buku percuma! Dan hari ni, Pelancaran buku MAGNET Kekayaan & Kejayaan diadakan di MPH,One Utama Damansara.  MPH juga bersetuju untuk menjadi pengedar buku DAO di MPH seluruh Malaysia.  So, nanti akan ada satu rak khas di MPH seluruh negara untuk jualan buku-buku DAO.


Antara tips DAO :

  • Yakin dengan ALLAH! Mintaklah kepada ALLAH sejelas-jelasnya. Doa dengan emosi. Sungguh-sungguh!

  • Kita mesti tulis matlamat kita hari-hari, selagi kita tak tulis, semuanya hanya angan-angan!

  • 4 magnet - apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasa, apa yang kita kata, apa yang kita buat..SEMUANYA DOA!
  1. magnet fikiran
  2. magnet emosi/rasa= keinginan
  3. magnet komunikasi
  4. magnet perbuatan = tindakan
  • buat sesuatu/kerja sampai habis..stick till e end.

Kalau nak diceritakan dengan satu entri memang tak cukup..belum lagi kesah hidup orang-orang yang bermula dengan '0' tak de apa-apa tapi sekarang dah berjaya selepas dibantu.

Apa-apa pun, sesiapa yang BERANI dan betul-betul SERIUS nak berubah, ALLAH akan beri jalan.  Yang penting 'istiqomah'..buat sampai habis!

Perasaan teruja!! Publish!

~till next entry~








4 comments:

  1. Tambah bersemangat saya bila baca perkongsian bira.. InsyaAllah one day nak pergi ke seminar DAO. Tapi anak kecik ni taktau nak bagi sape tolong jagakan..hihi.. Thanks ye atas perkongsian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..kita usahakan sesama yer..Mohon Allah permudahkan kita sama-sama berjaya di dunia & akhirat..amin ya Rabb!!

      Delete
  2. Nice Bira
    Thanks for the sharing
    www.norrmaslina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don't mention Mas...

      Bira & Hubby da submit utk attend IMKK Disember ni..sbb ni mungkin yang terakhir, sbb lpas ni, DAO nak fokus buat di Indonesia next year...

      Delete

komen & idea bernas..