Wednesday, March 28, 2012

~ Persediaan semasa mengandung ~

Salam Sumer...


~tq mr. scanner~

Selalu bila mengandung je, kita akan lebih buat persediaan bersalin, selepas melahirkan ataupun lebih tepat, masa ibu-ibu nak berpantang.  Tapi jarang-jarang kita concern tentang amalan atau persediaan ibu semasa mengandung, yang mana ini lebih penting.  Buku ni aku beli sejak mengandung sulong lagi ~ Nu'man ~ Alhamdulillah, sampailah kali yang kelima ni, masih aku jadikan panduan.  Maklumlah, manusia kan mudah lupa!  

Buku ni pun lengkap dari mula merancang kehamilan saaaampaaailaaah melahirkan, siap panduan menamakan anak lagi.  Antara yang boleh aku kongsikan amalan semasa mengandung secara ringkas :

  1. Banyak Bertaubat
  2. Menutup Aurat
  3. Membaca Al-quran - janganlah ambil sebahagian-sebahagian surah sahaja, lebih cantik kalau dapat kita baca hingga selesai semua juzu' sehingga sampai waktu untuk melahirkan. Inikan 'manual' dari Allah kepada kita!
  4. Selalu berdoa agar anak dalam kandungan dipelihara
  5. Jaga pertuturan dan tingkah laku, emosi ibu mempengaruhi tumbesaran anak dalam kandungan.

Persediaan lain, sebagai ibu dan bapa banyakkanlah membaca artikel/buku/majalah keibubapaan, kerana setiap anak berbeza cara 'approach'nya.  Kepada bakal ibu bapa, carilah buku-buku yang boleh kita manfaatkan sepanjang tempoh mengandung sehinggalah tiba waktu melahirkan.

Berdoa ini terpulang mengikut kehendak kita, Allah sentiasa Mendengar permintaan hamba-Nya.  Sekadar perkongsian yang aku ambil dari buku ni bunyinya:

'Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit'.

'Ya Allah, rupakanlah, bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupay yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu'.

'Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.  Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna akal dan pandai, soleh solehah dan beramal.  Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam'.

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membaca blog aku ni..Amin ya Rabb!

~till next entry~

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..