Tuesday, September 6, 2011

Meriahnya Raya!!

* ha ko, sampai nampak jari kaki gambar raya kitorang tahun ni.. sila abaikan yer*

Salam Syawal Sumer....

Masih lagi dalam aura RAYA kan korang kan-kan-kan?  Sama lah macam aku ni ha, nama jer masuk kerja dari semalam, tapi hati-jantung-paru- buat rendang, semuanya masih dalam tajuk RAYA!  Tambah-tambah plak, bos aku masih lagi CUTI RAYA!! Wah-wah-wah!! lagi Ewah-Ewah la aku kan!

Standardla kan, di aura-aura RAYA ni, ko bacalah mana-mana belog, mana-mana entri pun, majoritinya mestilah topik RAYA! Aku pun nak citer pasal tajuk RAYA gak lah ni.. (tengok punyala aura RAYA, baper banyak perkataan RAYA dah!)


~semua tengah ready nak amek gamba~



dari kiri belakang : Mak Usu Salasiah, Danish (berdukung), Busu Borhan, Pak Ngah Zakaria, Mak Ngah Masitah & Liyana; dari kiri duduk : Ta'ah, Kak Lily dukung anaknya Eric, Wan, Ibu aku dan Adik aku; dari kiri depan : Kamal suamiku terchenta, ChiCha, Jasmin, Nu'man & Nabhan dan Aku yang tetap gemoks!


RAYA tahun ni, meriah sangat aku rasa sebab, beraya di Tampin umah Wan aku, ramai daripada biasa.  Kok tak tu, team aku ngan ibu, adik & wan jer.  Kali ni, Busu Borhan balik dengan 2 orang anak dia, team Kak Lily & Ta'ah.  Tu pun kurang lagi 1 team, Abang Shahril sebab kena kerja. Pak Ngah Zakaria balik jugak walaupun bawak sorang jer anak dia, Liyana..kira okeh la tu.  Biasalah, 2 orang anak perempuan sulong (team Kak Ida) & yang kedua (team Kak Ayni) kena balik umah mertua masing-masing, kenala ikut turn.  Punyalah seronok Wan aku, yelah, anak-anak dia semua ada tahun ni.  Macam-macam la dia nak masak, bukan nak lagi 'memang' masak pun!  Menu standard kitorang di umah Wan ni selalunya ialah Kuah Lodeh, Kuah Kacang, Rendang Cucuk, Ayam masak Merah, Sup Tulang, Lemang & Nasi Impit.  Dek kerana seronoknya Wan aku ni tadi, dia pun tambah lagi menunya, buat kek...sampai 3 macam!  Kek Seri Kaya, Kek Asam Manis dengan Keeekkk..lupa la plak apa namanya, tapi memang ada 3 lah!  Lagi Wan teringin plak nak makan Makaroni Bakar, sekali tak baper jadi la plak.  Penyudahnya atas cadangan Mak Ngah, aku gorengkan aje.  Mujur ramai orang datang beraya, laku jugak Makaroni Bakar cum Goreng tu! Alhamdulillah..Ha!  Itulah citer menu RAYA aku.

Aktiviti kitorang pagi RAYA, pergi Solat RAYA, lepas tu ziarah kubur arwah Atuk, Ayah & keluarga, pastu, terus pergi berjalan raya ke rumah adik-adik Wan; Wan Ngah & Wan Lang.  RAYA kali ni pun Wan yang ajak berjalan RAYA.  Pergi 2 buah umah di Melaka.  Aku pun tahun ni, seperti biasa, balik ke Senawang RAYA kedua, lepas tu, pergi rumah Mak Sedara belah Kamal dan pergi Jelebu rumah Mak Lang belah arwah Ayah aku.  Seronok kan bila dapat jumpa keluarga yang dah lama tak dengar cerita.  Tuela pulak bila jumpa masa RAYA setahun sekali ni.  Tau-tau semua dah beranak pinak, dah bercucu, ada yang amek peluang menjemput nak terima menantu pulak dalam bulan RAYA ni..macam-macam lah!
Korang pulak macam mana? 


~Keluarga aku dengan Wan; tapi Nu'man buat mata juling la plak~

Okehla, sampai sini dulu..ada gak gambar-gambar RAYA yang nak dikongsikan..ni nak kena hantar anak sekolah dulu la yer..jumpa nanti! bubbye!!


No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..