Monday, September 19, 2011

Manual kita...ingatan untuk aku kongsikan..

Salam Syawal Sumer...

Apa Manual kita? Mana Manual kita?  Kenapa kita ada Manual tapi kita masih tercari-cari jalan penyelesaian dalam hidup kita tanpa rujuk atau guna Manual kita yang telah sedia ada?

Dalam zaman ini sepatutnya kita bukan lagi menunggu ilmu-ilmu dari Manual kita dijajah, dikaji dan dicedok!..KITA yang sepatutnya sentiasa 'melihat' sendiri Manual kita..Kita kekadang terlupa, leka dan lalai tentang cara bacaan, lagu-lagu yang pelbagai tapi sayangnya kita tidak pernah 'melihat' apa yang perlu kita ambil untuk digunakan dalam hidup kita yang Allah dah berikan dalam Manual kita...

SERIUS...
Umpama si Buta dengan tongkatnya..


Iya, aku serius memikirkannya.  Betul, kita perlu tahu macammana nak membaca Manual kita dengan betul..tapi apa maknanya, kalau kita tak faham dan tak tau isinya?  Apa gunanya kita mengalun dengan baik, yang kadang-kadang sampai bertikam lidah pula sesama kita, yang cara orang tu baca salah, cara orang ini baca betul, kita kena baca begini, kita kena baca begitu..kemudian, secara tidak sedar, kita berbalah sesama sendiri tentang perkara kecil itu.  Sedangkan, perkara yang besar kita biarkan.  Pernah ke kita, baca maknanya selepas solat?  Kenapa kita yakin yang kita baca Yaasin setiap malam Jumaat sudah cukup? Untuk siapa? Orang yang dah 'pergi'? Kita yang membaca? Dapat apa? Pelajaran?  Apa pelajaran yang kita ambil? Apa yang tertulis dalam Yaasin? Terang dan jelas dalam Surah Yaasin itu juga ada tertulis di ayat 69 dan 70 :


69 : (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

70 : Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar


Adakah kita dianggap berdosa atau salah, kiranya setiap kali selepas solat, kita bukan sekadar 'mengaji' tapi kita 'mengaji' maknanya? Bukankah Manual kita tiada tarikh luput? Boleh digunapakai sampai bila-bila? Kenapa kita masih biarkan orang lain 'mengaji' untuk kita? Ada berapa Surah dalam Manual kita? Apa makna nama setiap Surah dalam Manual kita?


Aku bertanya, tujuannya tidaklah lain semata-mata sebagai peringatan untuk aku kongsikan. 


Supaya dapat aku ingatkan diri aku dan juga saudara seagamaku..


Supaya luas pandangan duniaku..


Supaya luas ilmuku..


Supaya luas mata hatiku..


Supaya luas pengisian jiwaku..


Aku sudahkan entri ingatan untuk aku kongsikan dengan Surah Al-A'raf: ayat 2 dan 3


[2](Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.
[3]
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): “Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan”.

~Manual Kita~

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..