Tuesday, September 20, 2011

Lagi Insan yang memotivasikan aku..


Salam Syawal Sumer...

Penulisan beliau penuh dengan motivasi.  Berikut tips-tips beliau 'mendidik' minda kita berfikiran positif dan meletakkan azam. Diharap dengan perkongsian ini, dapat menjana minda dan diri agar menjadi lebih luas!

Aku ada baca kisah beliau dalam buku '50 Usahawan Wanita di Malaysia'..kisah beliau bagaimana memulakan perniagaannya sehingga berjaya!  Aku teruja!  Teruja dengan jiwanya yang kental, kuat semangat, kesanggupan menempuh dugaan, berani, tidak mudah kalah dan paling utama sentiasa POSITIF!  Aku mahukan sifat-sifat ini, barulah boleh 'merahmati alam'!  Jom baca apa yang ditulis supaya kita sama-sama dapat manfaatnya. InsyaAllah!!
Petikan dari FB Datuk Dr. Maznah Hamid:
MARI KITA JADI MAGNET WANG!

Adakah anda ingin menjadi magnet wang?
Money Magnet! Ilmu pertama yang perlu kita pelajari ialah The Universal Law of Attraction. Undang-undang alam daya tarikan. Guru saya orang Canada. Hingga ke Canada nak menuntut ilmu magnet wang ini!... berikut saya kongsikan beberapa langkah permulaan yang perlu kita segera ambil.

1. Hapuskan dari pemikiran apa jua kepercayaan mengenai kekurangan wang.

2. Hapuskan kepercayaan ‘sukarnya nak cari wang’

3. Hapuskan kepercayaan hanya kerja-kerja sukar dan mustahil saja yang boleh buat wang.

4. Hapuskan kepercayaan anda mengenai HUTANG DAN KERUGIAN! Kerana ianya amatlah sial dan membinasakan.

5. Hapuskan pemikiran dan percakapan ‘aku tak mampu’. Terlalu mahal! Aku takkan pernah MAMPU! Hapuskan! Singkirkan dari pemikiran dan kepercayaan anda!

6. Buka minda anda untuk menerima! Menarik WANG dari pelbagai sumber & arah. Ganjaran dalam perbagai bentuk. Pasti yang HALAL. Ok hari ini cuba kita praktikkan. Hapuskan semua kepercayaan2 ini dari pemikiran dan amalan kita ya! 
Setelah kita menghapus semua kepercayaan-kepercayaan negatif dan tidak membina dari pemikiran dan amalan kita. Langkah bijak seterusnya ialah...

7. Kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kasih. Bersyukur. Menghargai walau sebanyak manapun wang yang kita ada. Katakan pada diri anda. ( ni cara guru org Puteh ajar la) wang adalah Bagus. Wang amat penting. Saya sukakan Wang! Dan Wang juga sukakan saya. Wang akan dapat membantu saya untuk membantu orang lain. Ulang-ulang. Dari sudut psikologi, ianya secara langsung akan menghantar signal. Isyarat kepada minda kita dan dunia di sekitar untuk menarik dan menghantar lebih banyak wang dari pelbagai sumber termasuk & ganjaran2 yang tidak kita jangka..

8. Hapuskan dari pemikiran anda apa jua perasaan geram. Marah. Kutukan dan
kritikan pada orang KAYA. Dan berjaya. Kerana pemikiran begini tidak akan
membantu 'Apapun' dan WANG JUGA AKAN LARI JAUH DARI ANDA. Percayalah!
Kerana ianya berlawanan dengan hukum alam. Undang-undang tarikan!

9. Hargai kekayaan dan kemewahan orang lain dengan menyatakan kekaguman. Sanjungan apabila melihat sesuatu yang anda ingin terjadi pada diri anda. Berdoa dan bersyukur pada Tuhan untuk diri anda dan orang yang anda ingin 'Jadi' tu. 
10. Sentiasa bersyukur dan menghargai berapa banyak wang yang anda ada.
Sikap ini akan menarik lebih banyak WANG ke dalam hidup anda dan berpotensi utk menggandakannya.

11. Hargai dan syukurilah setiap sen dan ringgit yang anda perolehi kerana ianya adalah rezeki. 

12. Kasihi diri mu dan letakkan diri mu terlebih dulu. Bantu diri mu dulu supaya berupaya membantu orang lain. 

13. Ingatlah utk membayar diri mu terlebih dulu. Bayar hutang setelah bayar anda dulu. Sikap ini akan memberi isyarat pada minda separuh sedar kita dan seluruh dunia bahawa diri anda diletakkan terlebih dulu dan anda memang berhak dan layak menikmati kekayaan.

14. Yakinlah bahawa anda dilahirkan ke dunia utk mencipta kejayaan dan kekayaan sekiranya anda benar2 berusaha memperolehinya!
BAYANGKAN KIRANYA ANDA TELAH JADI 'KAYA'
Sahabat ku. Selamat datang ke hari yang penuh bermakna ini.

15. Mari kita sama-sama bayangkan bagaimana agaknya kita akan menggunakan kekayaan yang kita miliki secara bijaksana. Bayangkan membeli rumah besar. Kereta ferrari idaman anda. Bawa ibubapa ke Mekah! Bayangkan berapa ramai yang boleh kita gembirakan! Hapuskan terus pemikiran 'SAYA TAK MAMPU'. 

16. Psycho pemikiran anda. Daripada bimbangkan mengenai masalah kewangan. Mari kita 'Bimbangkan' mengenai nak belanjakan wang-wang yang banyak datang dari pelbagai sumber untuk menggembirakan hati anda. Keluarga. Bersedekah. Berzakat. Membina Masjid! Bayangkan!
'Bimbangkan' betul2 Wang yang banyak ni cam mana nak dibelanjakan!
 
17. Cuba anda 'Lakonkan sebaik mungkin' seolah-olah anda telah benar-benar menjadi 'KAYA' 'JUTAWAN'. Tanya diri anda. Apa dan bagaimana agaknya seorang jutawan 'Berfikir','Bercakap' dalam situasi ini. Kemudian berfikir dan bercakap dari mindset seorang ' jutawan'. Adakah pemikiran dan bahasanya sepertimana 'diri' anda yang sebenarnya?!

Bayangkan! Fikirkan!
p/s:  Betullah kata orang tua-tua, apa yang keluar dari mulut kita merupakan satu doa!  Tengok! Omputeh pun dah guna cara tu!  So, keluarkanlah kata-kata yang baik dari mulut kita, sebab itu merupakan doa/permintaan kita yang Allah dengar dan mungkin dimakbulkan..amin ya Rabb!

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..