Thursday, January 31, 2013

1st Month Year 2013

Salam Sumer…
Laaaa…da tamat bulan Januari 2013??!!
Punyala sibuknya aku, (ntah apa yang aku sibukkan) sampai nak menjengah ucap ‘happy new year’ pun tak dan…
Bukan apa sejak ada Najihah :anak dara tecik sorang ni (setakat ni ler..huhu) masihl agi dalam ‘adjustment’ dari semua segilah, basically yang menjadi perkara utama masa dan penyusunan kerja.
So, hasilnya semalam aku ada buat review apa yang routine, apa yang masih lagi KIV yang dok ada dalam list aku..hmmm..banyak la jugak!
Antara main concern aku ialah future plan untuk Brilliant     Bee..yang wujud tapi macaaam ntah?  Kadang-kadang aku rasa, aku berangan sorang-sorang je..tapi kadang-kadang aku rasa, masanya akan sampai..tapi bila?  Aku tau jawapan standard..bila aku take action, take step forward..barulah bernyawa Brilliant Bee ni..kan-kan-kan?
As end year 2012, selain aku dianugerahkan Allah, Karmila Najihah, aku akhirnya berjaya ada kereta sendiri di usia 32 tahun u’olls!  Alhamdulillah..so trade-in la ‘semangat  WAJA’ suamiku..lama jugaklah kitorang buat kira-kira masa nak tukar keta tue..  Bila kenang balik, sayang tolak keta tu, sebab dalam 6 tahun kitorang pakai memang tahan lasak, tapi oleh kerana faktor usia ‘dia’ jugak, ‘dia’ da banyak kali sakit dan mungkin da tak larat dengan kitorang..maka langkah terbaik untuk kedua belah pihak, ialah berpisah! Huhuhu…
Tetiba plak macam banyak idea kaaan…meh aku list..konon-konon macam lepas ni, I mean, tahun ni mungkin boleh menjadi blogger tegar seperti nama-nama Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Kasih Aleeya & Kasih Amaani etc-etc yang aku follow entri diorang..infomatif & seronok dibaca & gambar-gambar yang cantik!
List yang aku dapat pikirkan sekarang;
  1. My K.I.V.s..(tajuknya memang tak motivated langsung, mungkin tukar nanti)
  2. WARIS Bukan Jari Hantu
  3. My T.I.P.s (yang memang lama sangat2x tak berupdate)
  4. VLOGS??
  5. My Brilliantbee
Udah la tu..kang letak je list panjang-panjang..buatnya ntah!  Macam aku cakap sebelum ni la, aku tak nak buat entri setakat omongk osong! Wasted!  Bukan aku je yang dok syok sendiri, korang pun tak dapat apa-apa kan-kan-kan..jadi adalah lebih baik aku tak buat entri yang akan buat korang meluat or tak suka nak baca..betui dak? (macam la ramai yang follow)..wassalam..
~till next entry~
 
 

No comments:

Post a Comment

komen & idea bernas..